Cari di sini

iklan

Wednesday, 25 September 2013

Tips Pukau Pelanggan, Pembeli Secara Bijak

Assalamualaikum w.b.t,

Jom belajar bagaimana cara nak pukau pelanggan atau pembeli dengan cara yang lembut, ini tiada kaitan dengan ilmu sihir atau ilmu hitam ya.

Terpanggil untuk kongsikan tips ini apabila ramai kawan-kawan yang kongsikan di laman facebook mereka. Terasa sangat betul sebab itu lah saya kongsikan gambar di bawah ini. Memang menjadi kebiasaan bila tengok ada potongan yang sangat banyak, kita tidak teragak-agak untuk membeli.


Promosi melariskan


Bila ada Jualan Murah berebut orang datang. Dan paling penting kena promosikan, kalau perniagaan online, kena selalu update di blog, facebook atau fanpages masing-masing. Jika perniagaan offline, maka mulut kena selalu promosikan dan tampal iklan-iklan di kedai, bagi flyer atau pamphlet pada orang ramai.

Di bawah ini pula salah satu ayat manis yang boleh membuatkan pelanggan beli lebih dari satu jika kena dengan cara nya.


Ayat manis penjual


Taktik ini sangat berkesan untuk sesetengah orang. Bukan kata kita menipu atau memperdayakan mereka tetapi pancing sikit, tengok dah pun mengena kan. Mungkin ada cara lain yang juga baik, nanti kita sesama kongsikan.

Itu saja perkongsian kali ini.
In shaa Allah saya juga sebagai peniaga mungkin akan promosikan dengan cara begini.
Moga ia bermakna untuk anda di luar sana yang sedang mencari teknik tarik pelanggan.

Sekian.

sumber :  https://www.facebook.com/zaila.mohamad?fref=ts