Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday 27 January 2018

Peria Goreng Telur Mudah Rupanya

Assalamualaikum w.b.t,

Mood masak masih ON, jadi kita layankan saja.
Kita pilih menu yang sihat, peria goreng telur. Katanya peria ini elok untuk cuci darah kotor dalam tubuh, elok juga untuk pengidap diabetes.

Lauk sampingan adalah udang goreng kunyit, letak bawang besar-potong bulat-bulat. Sebagai penambah selera.
Semasa dalam tempoh berpantang lagi, memang sangat terliur dengan udang. Dah habis pantang, apa lagi, kita kerjakan ia lah kan. Sedap.

Peria goreng telur sangat mudah sebenarnya.
Tapi sebelum dimasak , perlu rendam dengan air garam terlebih dahulu untuk hilangkan pahitnya.
Cara masak peria sangat mudah dan tak perlu banyak bahan pun, cukup ada bawang putih bawang merah dan sedikit halia. Kalau nak guna bawang putih saja pun dah cukup. 
Tumbuh dulu awas dan tumis, masukkan air jika perlu dan taruh peria yang terlebih dulu ditos air garam tadi. Kacau rata. Lepas itu tuang telur 1 biji dan kacau biar melekat dengan peria.


Semudah itu saja. Dah siap pun peria goreng telur. Boleh dimakan dengan nasi panas-panas. Ada lauk ini pun dah cukup.


Peria yang dah dipotong, direndam air garam terlebih dahulu.

Sekian dulu, resepi ringkas dari saya. Sejak pandai makan peria, kalau hari-hari makan peria begini pun tak apa.

Thursday 25 January 2018

Mencari Pendapatan Sampingan?

Assalamualaikum w.b.t,

Saya nak kongsikan peluang perniagaan yang bagus untuk anda tak kira apa status anda.
Jom loyal pada produk yang boleh bagi kita pulangan💰💰💰 yang banyak. Boleh bagi kita pendapatan PASIF💖 . Boleh bagi kita 14 lapis pendapatan.

Ada lebih dari 600 barang2. Semua ada.
💖Barang2 rumah. Banyak. rumah kita lubuk duit.
💖Barang2 kegunaan kereta. Ada 6. Kereta kita lubuk duit.
💖Barang2 kegunaan peribadi. Banyak. Diri kita lubuk duit. Untuk muka saja pun ada 16 barang.

🌹Muka kita lubuk duit.🌹

1. Cuci muka
2. Toner
3. Mosturizer
4. Mask
5. Scrub
6.Foundation
7. Bedak
8. Lipstick
9. Eye shadow
10.maskara
11. Eyeliner
12. Blusher
13. Lip liner
14. Make up remover
15. Eye/lip make up remover
16. Kapas muka

Semua ni pakai dan buang hari-hari.
Selama ni guna brand X, dapat apa? Bila orang puji kita, tanya kita guna apa, kita rekemen dapat apa? Tak dapat apa-apa pulangan wang kan.
Bila beli brand X punya, rasa macam jimat sebab masa beli tu mungkin murah. Tapi jika jimat mana duitnya?

Jom loyal pada produk yang bagi kita pulangan 💰💰💰yang banyakk💖💖

🎯Jom belajar dan buat betul-betul🎯

Boleh hubungi saya untuk tahu lebih lanjut.

Saturday 20 January 2018

Rutin Baru (Anak Baru)

Assalamualaikum w.b.t,

Entri ini ditulis pada 17hb Januari 2018.

Bermulalah rutin baru sejak semalam, apabila saya dah mula bekerja semula.Sekejap sahaja cuti 60 hari yang diberi oleh syarikat habis. Sungguh pantas masa berlalu kan. Jadi saya coretkan di sini sebagai pengalaman ibu anak 3.

Balik dari kerja bergegas masuk dapur. Lauk basah memang awal-awal dah letak peti bawah, supaya tak beku dan ambil masa yang lama untuk defrost. Masak secepat dan seringkas yang mungkin. Biasa saya dah rancang untuk masak apa dengan bertanya suami dan anak-anak, dan bergantung pada lauk apa yang ada dalam stok kami untuk menu yang dimasak.

Dah ambil anak dari Pasti yang berumur 6 tahun, kena layan kerenah dia pula. semakin banyak mulut dan songeh bercerita pasal kejadian d sekolahnya dan apa yang berlaku pada hari tersebut. Kemudian, saya bergegas ambil beg sekolah dan beg pakaian anak di transit, kemudian baru ambil bayi di rumah pengasuh. Memang satu jalan saja, kira berdekatan antara satu sama lain.

Rutin yang lain adalah Basuh baju, kena basuh hari-hari sebab tak nak baju bayi rosak sebab kesan muntah biasa akan sebab kan pakaian mudah bertaik lalat. Lagipun senang diurus jika terus di basuh.
Bila malamnya pula,Kemas buku sekolah anak ikut jadual waktu, sekolah agama untuk paginya dan petang sekolah rendah. Kemas beg anak yang Pasti al hadi, letak baju 2 pasang untuk jagaan petang.
Isi air mineral dalam botol untuk dibekal ke sekolah esoknya. Terus sediakan bahan-bahan untuk bekal esok, kalau nak goreng nasi, pastikan bawang sudah siap ditumbuk dan bahan lain sudah siap dipotong. Tinggal esok nak menggoreng saja, jadi jimat masa di waktu pagi.

Begitulah rutin harian yang sedikit sebanyak memang bertukar sejak ada bayi baru. Keutamaan mestilah untuk dia. Jadual kita pun banyak bergantung pada keadaan dia, waktu tidur, waktu nak menyusu dan waktu nak bermain. Jadi ibu dan bapa harus sedia untuk hadapi sebarang kemungkinan itu.

Mata dah mengantuk dan badan sudah minta rehat, baik saya lelapkan mata dulu sementara bayi sudah tidur, kerana kita tak tahu bila dia akan bangun dan minta nak bermain.

Sekian dulu.

Wednesday 17 January 2018

Protein untuk Kurus : Shake Me

Assalamualaikum w.b.t,

Pernah dengar nama Shake ME? Produk baru keluaran dari SHOM. Mungkin ada yang dah selalu dengar dan mungkin juga belum, mari sini ita kenalkan nya.





-----------------------

Why Shake Me?
• It serves more than just an ordinary protein drink
• High in protein & dietary fiber
• Multi-source protein formula for wholesome nutrition
• Enriched with vitamins and minerals
• High in Vitamin B12 & Vitamin C
• A good source of Calcium & Magnesium
• Promotes healthy gut
• Enhances energy production for long-lasting vitality
• Formulated with non-genetically modified ingredients
• Instant & easy-to-prepare formula
• A smooth, delicious & satisfying shake
• Only 90 calories per serving
• Low in fat
• Cholesterol-free
• No sugar added
• No preservatives
• No artificial colouring

#shakeNshape #shakeme

Dalam bahasa melayu nya, kenapa Shake Me ni perlu jadi pilihan?
Sebab sangat menggalakkan penghasilan tenaga dan buatkan kita cergas walau tanpa makan banyak.

Dirumus tanpa ramuan yang diubahsuai secara genetik.

Mudah disediakan.

Tekstur yang halus dan licin dengan rasa yang lazat.

Hanya 90 KALORI dalam setiap hidangan Shake Me.

Rendah Lemak.

Tanpa Kolestrol.

Tiada gula tambahan.

Tanpa pengawat dan tanpa pewarna tiruan.

--------------------------

Shake Me minuman protein yang sangat berkhasiat.

Nak tau kenapa protein tu sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia?

Protein adalah Makronutrien iaitu sejenis kelas makanan yang diperlukan dalam jumlah yang besar dalam badan manusia. Protein adalah sebatian kedua paling banyak didapati lepas air dalam badan.

Protein sangat penting sebab protein ni yang bentukan struktur asas bagi setiap sel hidup termasuklah Hormon, Enzim, dan Antibodi. Protein jugak sangat penting dalam interaksi Metabolisme.

Dalam badan manusia, protein terlibat dalam banyak proses penting seperti mengawal tahap gula dalam darah, untuk penghadaman makanan, menghalang jangkitan, pengecutan otot, pembekuan darah, Membaiki sel, penghantaran sistem saraf dan banyak lagi.

Sesuai tak Shake Me ni untuk Kanak-Kanak?
Sesuai sangat. Shake Me ni boleh diminum tak kira umur. Orang dewasa boleh, kanak-kanak yang sedang membesar pun digalakkan minum Shake Me.

Shake Me ni terbaik untuk membantu pertumbuhan. Sebab apa tau, sebab Shake Me ada 9 Asid Amino Penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan manusia dan hanya dapat diperolehi dari makanan je.

Shake Me membantu dalam membina dan memulihkan sel termasuklah otot, tisu, rambut, kulit, kuku dan lain-lain.

Shake Me Ingredients :
Soy Bean Powder
Isolated Soy Protein
Fructose
Polydextrose
Oat Protein
Whey Protein Powder
L-Carnitine
Fructooligosaccharide
Bamboo Salt
Vanilla Flavour
Xanthan Gam
Vitamin and Mineral Premixed
Sucralose

Storage :
Keep in a cool and dry place away from the sunlight

Direction of Use:
Mix 1 sachet Shake Me into 200ml water.
Avoid using hot water.
Shake well until smooth and consume immediately.

NO PRESERVATIVE
NO SUGAR ADDED
HIGH IN PROTEIN AND DIETRY FIBER
HIGH IN VITAMIN B12 & C
SOURCE OF CALCIUM & MAGNESIUM

Harga Shake Me ni RM 118 Sahaja.
Harga Shake Me Sabah Sarawak RM122.

Sekotak ada 20 Sachet Shake me

Bolehlah hubungi kita untuk dapatkan produk yang bagus seperti ini.

Sekian.

Monday 15 January 2018

Rajinnya Buat Latihan Matematik

Assalamualaikum w.b.t,

Gambar lama dan entri dari April 2017.

Wah rajinnya dia buat latihan matematik. Buku baru beli dari kedai Eco Shop. Masa tengah semangat kita layankan saja. Kalau tengok dari pemerhatian kita, memang dia sangat minat dengan matematik dan bermain dengan nombor. Ada sedikit persamaan dengan mama yang sangat terror kalau operasi matematik.





Gunakan batu untuk mengira. Jadi lebih mudah daripada duk membilang dengan jari tangan dan kaki.
Saya kongsikan di sini sebagai kenang-kenangan. Sebenarnya banyak lagi yang nak dicoretkan tetapi sudah terlupa dan banyak memori sudah hilang. Ini kebiasaan bila dah terlalu lama kerja tertangguh. 

Apa yang menjadi harapan seorang ibu terhadap anak-anaknya adalah supaya sentiasa cemerlang di dunia mahupun akhirat, baik bidang akademik mahupun bidang luar. Yang paling penting, pandai berdikari untuk hidup di dunia yang sentiasa mencabar, juga supaya sentiasa ingat yang akhirat adalah tempat yang abadi.

Sekian dulu.

Sunday 14 January 2018

IMPIAN 2018

Assalamualaikum w.b.t,

Dah pertengahan bulan Januari dan masih terkapai-kapai lagi ke mana halatuju untuk kehidupan tahun ini
Kena paksa diri untuk buat dan adakan impian 2018. Dah ada lebih mudah untuk kita jenguk supaya sentiasa dalam trek dan tak lari jauh atau menyimpang dari landasan.

Baik kita baca dan hadam satu persatu impian saya untuk 2018.
Saya kongsikan di sini untuk mudah menilai semula dari semasa ke semasa dan pada akhir tahun nanti. Kita pantau bersama nanti. Dan saya juga berimpian untuk kongsikan pada orang yang rapat seperti rakan dan upline dalam bisnes supaya mereka bersama saya membantu untuk capai impian murni ini.

Antara impian yang saya ada buat masa ini ialah;
Dapat beli rumah paling lewat 2019,usaha dari 2018 (sekarang)
Simpanan sehingga awal 2019 adalah sebanyak 50K, konkrit.
Naik haji atau umrah sebelum cecah umur 40 tahun, dapat bawa mak sekali.
Dapat keuntungan bersih dari perniagaan sebanyak 1K sebulan paling kurang
Bantu orang lain upgrade taraf hidup, ada pendapatan sampingan sendiri walaupun surirumah sepenuh masa
Kekalkan berat badan ideal dan kesihatan optimum
Ibu yang terurus jadualnya dalam mendidik dan menjaga anak-anak
Isteri yang mendengar kata dan patuh pada suami
Solat di awal waktu dan banyakkan amalan sunat
Kurangkan aktiviti lalai dan melekakan (tidur yang lama, berborak perkara sia-sia)
Tidak boros dalam berbelanja, sentiasa fikir dulu keperluan
Sentiasa kemaskini barangan yang ada, buang yang tak perlu dan kekalkan yang mana perlu sahaja.
Banyak memberi dan bersedekah kepada kenalan rapat, adik beradik, saudara, jiran tetangga, rakan setempat kerja, guru kepada anak-anak. (Setiap Jumaat, mesti pantau sendiri.

Sekian dulu

Saturday 13 January 2018

Protein untuk Kesihatan

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah,
Allah masih panjangkan umur dan beri kesihatan pada kita untuk teruskan kehidupan dan terus berkongsi di media ini.Niat tiada lain,hanya untuk membantu diri sendiri dan anda jika memerlukan.

Mari kita amalkan sarapan, makan tengahari dan malam yang sihat. Apa yang kita makan, itulah kita. ATau kita adalah apa yang kita makan. Jika masuk makanan sihat, sihatlah badan kita. Jika masuk makanan yang banyak berlemak, berminyak malah tak sihat, maka sakitlah kita, itu secara teorinya. Selebihnya Allah yang maha Kuasa untuk kekalkan dan beri kita kesihatan.

Anda boleh lihat pada gambar yang saya kongsikan di bawah.
Hanya amalkan dua produk ini sebagai gantian meal atau menu harian, anda boleh turunkan berat badan.  Selain untuk tutun berat,ia memberi kesanyang lain untuk kulit dan badan kita. Dan yang paling penting kolestrol dalam badan dapat diturunkan dan ia dapat seimbangkan gula dalam darah. 2 penyebab kepada penyakit ini yang paling digeruni iaitu kolestrol dan gula.

Boleh dapatkan 2 produk ini 010-9336935

Gantikan protein biasa yang kita ambil dari ayam, daging dan ikan kepada protein dari sumber tumbuhan seperti protein all plant atau ada beberapa perisa lagi seperti green tea,beri dan coklat.
Sekali sekala boleh nak makan protein dari sumber haiwan yang biasa kita ambil. PAstikan ia berpatutan dengan keperluan badan kita.

Untuk anda yang nak tahu lebih lanjut, bolehlah bertanya pada saya dengan hubungi saya seperti yang dah tertera di atas dan kiri kanan blog ini.

Sekian dulu.




 

Friday 12 January 2018

Motivasi Kehidupan

Asslamualaikum w.b.t,

Catatan di muka buku pada tahun 2015, kini datang kembali flashback.

Bagi saya, tak kisah anda nak mengata saya naik kete buruk, kete kecik, tepon lama tak canggih, tak up to date
Guna pampers anak yang murah, susu yang murah

Saya tengok orang yang bagi pampers mahal, susu mahal ke anak-anak mereka tapi anak mereka dalam sebulan berkali-kali masuk hospital, masuk wad

Alhamdulillah rezeki saya walau minum susu murah, pakai pampers murah, anak-anak saya sihat

Hantar anak ke pasti murah, Taska murah tak de standard katanya
Alhamdulillah anak-anak saya membesar dengan baik juga, kita ibu bapa yang boleh ajar anak-anak kita sendiri

Dari saya berhabis duit beli kete baru, rumah baru yang memang tak sesuai dengan poket, baik saya menyimpan

Duit itu kalu diguna memang habis licin
Baik disimpan dan ingat masa depan 

Saya ni kerja makan gaji, buat bisnes lagi nak tampung hidup bukan  untuk seorang diri tapi masih ada anak-anak, ibu dan adik-adik yang masih kena tanggung dari makan minum, pembelajaran dan lain-lain.
Ada orang yang mengata tu ambil tahu? Tiada kan?

Jadi ini hidup kita,
kita yang buat pilihan

Nak bergaya tapi papa
Atau bia nampak kuno tapi.....(sendiri fikir lah)

Jadi bila terbaca semula coretan ini, ia menjadikan saya rasa lebih tabah dalam mengharungi liku kehidupan. Memang akan senantiasa ada mulut orang yang bercakap dan mengata serba tak kena.

Maka harungi saja kehidupan kita, dalam drama kita. Jangan cuba cuba nak masuk dalam drama orang lain.

Sekian.

Kuatkan semangat dan jalan terus.

Beg Sekolah Anak lagi

Assalamualaikum w.b.t,

Kebetulan minggu lepas adalah minggu pertama persekolahan dan anak mengadu yang beg sekolah agamanya sudah koyak pada bahagian bahu dan belah dalam. Jadi sebenarnya memang mama berniat dah nak beli beg satu lagi yang warna merah untuk 'standby' pada adik yang akan naik darjah 1 pada tahun depan, biasalah kalau beli awal, tak rugi. Takut bila beli lambat, harga akan naik maklumlah ekonomi Malaysia sekarang bagaimana dan duit kita makin rendah nilainya daripada matawang dunia. Bila-bila masa barang yang dari luar, akan berubah harga.

Jadi masih bersisa cuti pantang, saya memang plan nak ke GM Klang dan singgah di shop Amway yang berdekatan sangat dengan GM itu. Maka termakbullah niat nak beli beg baru untuk anak.

Seperti yang anda nampak saya pernah cerita kebaikan beg dan kelebihannya di blog ini dan di FB saya, ia sangat patut dimiliki oleh anak-anak kita. Buatlah pilihan yang bijak untuk pilih yang terbaik demi anak-anak kita.
Dah gantikan beg baru untuk sekolah agama

Nampak koyak pada bahu

Sebelah dalam juga dah koyak, jadi memang patut ganti baru

Apa yang menjadi target saya adalah, anak-anak dapat guna sehingga mereka tamat sesi persekolahan, paling kurang 5 hingga 6 tahun. Nak lebih baik, dari darjah 1 hingga tingkatan 5 guna beg yang sama, in shaa Allah. Dah beli beg mahal dengan taraf kualiti yang sangat elok, maka penjagaan rapi haruslak dipantau dengan elok . Semoga anasir-anasir seperti pisau atau gunting atau api tidak menyebabkan beg ini rosak. kalau sekadar guna untuk ke sekolah dengan isi buku-buku tidak akan menjadi masalah.

Jadi setiap tahun tak kalut kita sebagai ibu bapa nak ke kedai bersesak dengan orang ramai semaa-mata nak beli beg baru setiap tahun pada anak. Anak kita, kita harus didik dari awal. Semoga anak-anak mama istiqomah dan ambil berat akan jasa mama ini. Tiada lain mama minta selain mereka hargai dan gunakan ia ke arah kebaikan saja.

Sekian dulu catatan saya. Jika anda ibu-bapa yang sedang mencari beg yang terbaik seperti ini, jangan gusar dan buatlah pilihan tepat sengan beli beg ini, jangan lupa untuk hubungi saya dan dapatkannya ya. Kos penghantaran percuma sahaja.

Thursday 11 January 2018

Testimoni : Rawat Kencing Manis

Assalamualaikum w.b.t,

Testimoni panas baru dapat.
Dengan guna protein all plant saja, tabur pada luka jari dan alhamdulillah dengan Kuasa Allah yang Maha Penyembuh, dengan izinNya sembuh dan baik luka-lukanya.

"Semalam jumpa Kak Minah (nama samaran) kat kedai, pengguna tegar protein+bodykey, pesakit kencing manis, bapa mertuanya pun ada kencing manis dan jari tangannya memang dah Doktor putuskan kena potong sebab takut melarat ke seluruh tangan.

Orang tua, yang dah makan macam-macam ubat, bila Kak Minah belikan ayahnya protein all plant, taknak makan dengan alasan cukuplah ubat hospital ayah makan. Kak Minah memang sedih, tetapi Kak Minah taknak mengalah. Dia tabur protein tu atas jari ayahnya. Gambar pertama tu kesan selepas hari pertama, dan gambar ke 2 itu 2 minggu lepas tu. Alhamdulillah, memang nampak perubahan yang sangat-sangat baik. Rezeki untuk mereka yang berusaha.

Gambar sebelum dan selpas ditabur all plant protein
Sebenarnya protein all plant adalah minuman kesihatan untuk mengantikan makanan harian kita terutama sarapan. Amalkan setiap hari untuk minum sebagai sarapan pagi.

Untuk tahu lebih lanjut, teruskan bersama saya dan saya akan kemaskini dengan entri yang terbaru. 

Wednesday 10 January 2018

Bekal Anak Sekolah 2018

Assalamualaikum w.b.t,

Dah sekolah minggu kedua baru anak mau bawa bekal ke sekolah. Itu pun setelah pujuk memujuk supaya bawa dan boleh simpan duit belanja.  Kesnya dia dah guna duit simpanannya untuk beli botol air tupperware dengan mama. Jadi nak kena guna duit belanja untuk tambah simpanan semula.

Antara bekal yang mama dah masak untuk Amirul bagi sekolah pagi dan petang. 3 hari dalam minggu ini.

Pasta goreng dan nasi goreng

Makan pagi mama pun sama

Nasi goreng dan spaggeti carbonara

Nasi putih dan sup ayam, nasi goreng
Kalau ada yang nak beli bekas bekal tupperware dengan mama, boleh hubungi terus sms/whatsApp 010-9336935. 
Mama dalam proses nak clear kan barang stok tupperware yang ada.

Sekian dulu, salam sayang dari saya.t

Monday 8 January 2018

Beli belah di GM Klang

Assalamualaikum w.b.t,

Kebetulan cuti berpantang masih bersisa, saya ambil peluang untuk ke GM Klang, sebelum ini dah pernah datang 1 kali, tapi tiada peluang nak singgah sebab keadaan sangat sesak dan susah dapat parking. masa itu saya, adik, adik ipar dan anak dalam perjalanan ke Meru Klang, ada jemputan makan-makan di rumah makcik.
Jadi hari ini luangkan sedikit masa untuk tinjau apa yang ada, sebab bunyi glamor sangat GM Klang ni.

Nasib tidak berapa baik kerana dari Kajang, hujan renyai-renyai dan keadaan trafik sangat sesak. Ambil masa lebih kurang 1jam untuk melepasi kesesakan lalulintas, banyak kereta atas jalan raya. Saya andaikan itu mereka yang telah terlambat masuk kerja atau waktu kerja mereka bermula jam 10pagi.

Dalam jam 1.30 tengahari saya sampai, alhamdulillah parking pun banyak kosong. Saya makan tengahari dulu di Nyonya Village. Isi perut dulu, dari pagi tidak bersarapan nasi, hana minum air protein dan body key nutrilite saja.   Plan asal nak ke Warung bunian untuk makan nasi lemak telur bungkus dan roti canai jiwa kacau. Kena dibatalkan sebab dah lewat, hampir jam 10 masih berada di Kajang akibat kesesakan.

Dah siap makan, saya beli biskut di tingkat G, sama level dengan kedai makan tadi. Kemudian kami naik ke tingkat 1, ada pelbagai jenis pakaian dijual. Antaranya baju-baju tidur seksi, gelang dan rantai daripada manik,ada juga macam emas tapi tiruan, kedai kasut. Saya beli stokin dan tuala kecil.


Kemudian naik pula ke level 2, cuci mata dengan pakaian lagi, beg-beg tangan. Saya terbeli pakaian bayi di sini.  Ada juga barang permainan kanak-kanak serta baragan hari jadi diual di dini. Barang rumah seperti rak-ak pun ada dijual. Memang puas hati cuci mata. Adik saya pula beli towel hello kitty, stokin dan biskut koala.

Kami balik dalam jam 3.30, itupun kerana kaki dah tak larat nak berjalan dan kebetulan adik nak masuk kerja pula jam 7 malam nanti. Kami sampai semula di Kajang dalam 4.30petang. Dalam masa yang sama, berjanji dan bercadang akan kembali lagi ke sini. Ada barang yang saya berkenan tapi belum boleh beli lagi sebab bukan keperluan tetapi kehendak.

Meh tengok antara gambar yang saya snap yang boleh dikongsi di sini.

Jambangan bunga dan patung di kedai menjual coklat

Boleh buat rujukan (dalam lift GM Klang)
Sekian dulu, sehingga berjumpa lagi nanti.

Saturday 6 January 2018

Ikan Selar Bakar - Makanan berpantang

Assalamualaikum w.b.t,

Antara makanan berpantang yang menjadi kesukaan saya adalah ikan selar bakar makan dengan lada hitam dan nasi panas-panas. Tambah pula sayur air menjadikan menu berpantang lengkap.

Kebiasaan ikan goreng atau bakar letak kunyit serbuk dan garam halus saja sudah memadai dan sedap.

Tapi kali ini saya cuba resepi lain dengan masukkan halia, bawang putih dan kunyit untuk ikan.

Tumbuk saja bahan tersebut dengan sedikit garam halus, nak guna garam kasar pun boleh cuma kurangkan dos sahaja.

Ikan selar bakar yang dah siap untuk dimakan dengan nasi panas-panas, bau wangi ikan bercampur nasi panas sungguh menyelerakan.

Ikan selar bakar siap

Saya guna pemanggang ajaib dengan masa lebih kurang 15 minit, kali ini saya balikkan ikan. Kalau anda hanya nak balikkan pemanggang tanpa balikkan ikan pun boleh. Mana mana ikut yang mudah bagi anda.

Bakar dalam pemanggang ajaib

 Cukuplah 2 ekor untuk 2 kali makan, tengahari dan malam. Saya spray kan sedikit minyak pada ika  supaya ikan tak terlalu kering apabila masak.

Bahan yang digunakan

Siap untuk dibakar

Friday 5 January 2018

Saling bantu sesama muslim


Assalamualaikum w.b.t,

Tergerak hati untuk kongsikan pada hari Jumaat yang mulia ini. Jumaat pertama di tahun 2018. Semoga sama-sama dapat hayati.

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: 

"Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. 

Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. 

Barang siapa yang menutupi Aib seseorang muslim, pasti Allah akan menutupi Aibnya di dunia dan di akhirat. 

Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya". 

(HR. Muslim)

Aktifkan Blog

Assalamualaikum w.b.t,

Selain target nak hidup ringkas dan mudah, tahun 2018 ini saya nal aktifkan balik penulisan di blog dan jadikan ia tempat untuk berkongsi seperti tahun 2013 iaitu tahun di mana saya mula belajar dan bina blog.

Ya jika anda di luar sana yang berminat untuk ada blog, nak bina blog seperti ini, boleh cuba hubungi saya atau mana-mana cikgu kelas blog yang ada. Boleh gunakan untuk berkongsi apa saja atau fokus kepada bisnes.

Sebenarnya tujuan utama saya berblog adalah untuk berbisnes online. Alhamdulillah setakat ini ON walau lama atau jarang update blog. Dengan berkongsi cerita di entri, ia memudahkan pengguna produk hubungi kita dan buat belian. Jadi sangat penting untuk kita berkongsi produk jualan kita di entri entri terkini supaya apabila pengguna mencarinya, ia terus dapat berhubung dengan kita.

Kadang ada produk yang sudah tak dijual lagi pun masih ada yang mencari tetapi kita perlu tegas mengatakan sudah tak berniaga produk itu lagi. Untuk buang dan delete entei berkenaan mungkin tidak kerana di situ terletak kenangan kita.

Jumlah entri di blog ikut tahun
Boleh lihat trend saya menulis dan berkongsi entri di blog dari tahun 2014 semakin menurun. Ini merupakan salah 1 blog yang saya ada. Sebenarnya saya sendiri sudah ada 4 blog. 2 blog memang saya fokus pada produk jualan iaitu produk DCL dan 1 lagi produk Tupperware. 1 blog yang lai  adalah perkongsian mengenai panduan berniaga online dan offline.

Ok itu adalah azam tahun 2018 iaitu saya nak aktifkan balik blog. Tunggu saya akan muat naikkan produk jualan saya yang terkini.

Thursday 4 January 2018

Baju Lama- Kosongkan Wardrobe

Assalamualaikum w.b.t,

Sempena tahun baru, azam pun mesti baru kan. Azam tahun ini nak simple dan easy. Iaitu nak jadi orang yang ringkas dan mudah sahaja.

Langkah pertama yang perlu dibuat adalah kosongkan almari Pakaian dengan baju baju lama yang telah lunyai dipakai dan juga baju baju lama yang sudah tidak dipakai. Menyemak saja di dalam almari pakaian. Baku baju baru sentiasa dibeli dan disumbat masuk, baju lama pula tak dikeluarkan menjadikan pakaian bertambaj banyak dan menjadi beban kepada almari. Bukan saja almari menjadi beban dan sumbak, tetapi rumah pun seakan berat. Faham apa yang saya maksudkan?

Hidup perlu ada aliran keluar masuk. Bayangkan jika masuk sahaja dan tak keluar apa akan jadi?
Jika duit yang masuk tak keluar itu sangatlah menarik tetapi ia sangat mustahil untuk dilakukan. Jika makanan pula masuk sahaja tanpa ada keluar seperti najis melalui proses penghadaman, bagaimana agaknya dengan tubuh badan kita?
Jadi saya lakukan kerja-kerja kosongka  almari pakaian.

Langkahnya mudah saja, bagi orang yang macam saya iaitu sangat sayangkan barang dan memang tak akan  buang, simpan sampai jadi sesak ruang. Pejam mata saja dengan ambil plastik beg yang besar dan mula lakukan kerja-kerja masukkan baju baju tersebut ke dalam plastik. Dalam hati memang niat untuk simpan sementara wakti di dalam plastik tetapi langkah sebenarnya adalah untuk buang atau sedekahkan kepada yang memerlukan.

Baju raya lama-jarang pakai

Muatkan dalam beg plastik

Sebenarnya sebuah rumah yang tak banyak barang lebih tenang dan tak sarat. Kata nak jadi orang yang mudah dan ringkas, maka kita mulakan dari kemas pakaian kemudian barangan lama yang sudah tak digunapakai.

Apabila tak banyak barang, kerja mengemas menjadi lebih mudah dan cepat.

Jom berusaha!

Wednesday 3 January 2018

Testimoni Minuman Phytopowder Nutrilite

Assalamualaikum w.b.t,

Saya nak kongsikan khasiat minuman Phytopowder Nutrilite yang sudah jadi minuman kegemaran saya dan anak-anak.

- Minuman khasiat seisi keluarga
- Kaya dgn vitamin, mineral & phytonutrients
- Mengandungi khasiat mineral Zinc & 8 vitamin B
- Merangsang pertahanan tubuh
- High Vitamin C utk antioksida
- Menghidrat & menyuburkan tubuh badan supaya sentiasa aktif
- Minuman yg membekal tenaga tambahan

Anak-anak saya terutama yang sulung sangat sukakannya. Kadang mereka bancuh sendiri saja tanpa saya tahu. Benda elok ok saja, ini nak menunjukkan sukanya mereka akan minuman ini dan selalu nak minum.


Bagi anak-anak yang suka minum air gas boleh tukar ganti dengan minuma ini.

Bagi yang nak dapatkan dan berminat nak tahu lebih lanjut boleh lah hubungi saya ya.

Monday 1 January 2018

Nasi Goreng Telur Kicap Mudah

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi dan semangat tahun baru 2018.

Pagi ini saya nak kongsikan cara goreng nasi mudah. Kebetulan ada lebihan nasi dingin malam tadi dalam 2 cawan.
Jadi kita tumbuk bawang putih dengan sedikit garam (kena sedikit sahaja untuk elak masin). Lepas itu tumis dengan minyak sampai naik bau. Pecahkan telur dan kacau. Pastikan telur dibasuh bersih ya. Bila telur dah masak, saya tambah sedikit air dan kicap manis. Kacau sekata dan masukkan nasi dingin tadi yang dah diberaikan. Kecikkan api dan kacau rata. Dah pun siap. Sedap dimakan panas-panas dengan keropok keping.

Jadilah nasi goreng telur kicap yang viral dan tersangat mudah.

Sepinggan besar nasi goreng viral
Jadi bahan untuk masak nasi goreng mudah ini ialah
Nasi dingin
Bawang putih beberapa ulas, lagi banyak lagi sedap dan wangi
Sedikit garam
Kicap
Telur
Sedikit air

Sekian dulu. 
Selamat mencuba!