Jom baca tips kemas rumah kali ini |
Tips hari ini adalah tips kemas rumah bagi mereka yang sangat rajin. Ini adalah lebih kepada untuk pastikan rumah kita terutama pada bahagian lantai dan dinding supaya tidak melekat kesan kotoran degil.
Sapu dan buang semua habuk yang ada di tepi-tepi dan bawah perabot |
Tips nya adalah, selalu lah alihkan perabot atau susun atur rak-rak atau kabinet di rumah anda. Maka kesan kotoran terutama debu dan habuk tidak akan bersarang di tepi-tepi rak atau kabinet tersebut.
Keletihan lepas kemas rumah akan berbayar selepas rumah kemas & bersih |
Mengapa tips ini hanya sesuai untuk orang yang rajin sahaja? Kerana bukan semua orang ada perasaan rajin untuk alihkan perabot dan membuat kerja-kerja mengemas menjadi dua kali ganda. dua kali tenaga dihabiskan. Masa yang lama untuk mengemas dan menyusun atur semula.
Apa-apa pun selepas mengemas, anda akan rasa sangat berpuas hati kerana kediaman anda sekarang berwajah baru dan lebih kemas.
Pandai-pandai lah mencari masa yang sesuai untuk mengemas. Supaya semua nya berjalan dengan teratur. Supaya tiada gangguan bagi mereka yang ada anak-anak kecil dan masa yang fleksibel bagi mereka yang bekerja.
No comments:
Post a Comment