Assalamualaikum w. b.t
Sungguh sekejap masa berlalu, cepatnya membuatkan kadang-kala kita tidak sedar. Rupanya dah genap setahun esok umur anak kecil ku yang nombor dua.
Persiapan kecil-kecilan untuk disambut atau dirai di Taska bersama kawan-kawan kecil nya dah saya siapkan. Hanya ringkas dan mudah, tiada kek hari jadi dan tiupan lilin.
Sekadar plastik beg kecil jajan sebagai bekalan dan kad kecil comel untuk peringatan.
Walaupun ada sesetengah nya kata tak penting pun sambutan hari lahir. Tapi ia mengingatkan kita banyak perkara. Dalam setahun sudah banyak yang dipelajari, susah senang beranak kecil. Kesakitan saat melahirkan kembali terimbau. Untuk si anak pula, banyak kenangan yang mungkin dia sendiri tidak akan ingat. Jatuh bangun semasa mula-mula belajar berjalan. Sekarang memang sudah berteteh banyak langkah. Makin galak bermain permainan lelaki.
Selamat Hari Lahir sayang anakku, moga menjadi anak yang baik untuk mama dan abah. Menjadi khalifah yang baik di muka bumi Allah. In shaa Allah.
No comments:
Post a Comment