Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday 22 April 2016

RESEPI SIHAT

Assalamualaikum w.b.t,

Ya Allah, Ya Allah,
Betapa susah payah nya nak dapatkan balik rentak menulis dan berkongsi di blog.
Al maklum lah rutin harian saya sepanjang bulan April ini agak berubah, jadual sangat padat dengan aktiviti. Tak sempat nak berborak atau bersembang 0 pun kata orang.

Apa tak sibuknya, sejak awal April, saya daftarkan anak sulung saya, si Amirul Hakim ke tuisyen Sinar Palma Learning centre, untuk mantapkan bacaan yang rasanya suam-suam kuku. Saya ambil kelas malam jam 8 hingga 10 malam kerana memandangkan saya tak cuti setiap minggu pada hari sabtu, jadi ada sedikit masalah untuk menghantar pada hujung minggu Sabtu dan Ahad, nak tak nak, saya kena ambil kelas malam, berkorbanlah sedikit aktiviti malam saya untuk anak saya.

Saya mungkin terlebih risau kerana dia dah memasuki 6 tahun, tinggal beberapa bulan sahaja lagi nak melangkah masuk ke Sek Ren yang rasanya silibus pembelajaran sekarang sangat ketat dan perlukan pelajar lebih pintar dari zaman kita belajar dahulu. Walaupun bapanya masih santai dan rileks saja mengatakan tak ada hal jika masih belum pandai membaca, tetapi bagi saya sebagai ibu, saya amat memandang berat akan perkara ini, biarlah berkorban duit untuk membayar yuran, berkorban masa dan tenaga untuk menghantar dan menjemput, kena luangkan lebih masa di rumah untuk mentelaah dan mengajar semula, walaupun bila di rumah, sangat liat dan susah kita sebagai ibu untuk mengajar anak sendiri, asalkan dia dapat membaca dengan lancar, mengenal huruf satu-satu . Itulah impian saya sebagai ibu.

Pada awal April juga saya bawa 2 orang guru Pasti si Amirul ke kelab untuk mendapatkan 10 hari program kesihatan, maka setiap malam yang terluang masa kami dipenuhi dengan aktiviti begini.

Dan dugaan juga apabila di bulan April ini juga, suami ditugaskan unuk bekerja di luar kawasan selama seminggu, yang mana setiap urusan rumahtangga terpaksa di pikul di bahu saya seorang sebagai mama. Jadi rutin mama memang 100% bertukar dan masa lebih banyak dihabiskan untuk urusan anak-anak, rumahtangga, kerja dan masyarakat. Tak ada masa untuk luangkan depan PC/laptop dan smart phone, Jika ada masa untuk kemaskini status atau berbalas komen setiap pesanan di telefon bimbit, itu saja lah masa curi-curi yang ada untuk perkara ini.

Tapi apa yang saya nak kongsikan adalah, pentingnya menjaga kesihatan diri. Nak resepi sihat? Sihatkan dulu minda kita dan in shaa Allah yang lain-lain akan sihat dengan sendiri.
Bila minda sihat, kita akan mula makan yang sihat-sihat saja, buat aktiviti yang sihat sahaja.
Kita akan lupakan malah abaikan saja benda yang tak sihat sekali-sekala yang datang mengganggu kita.

Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah




No comments:

Post a Comment