Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday 31 March 2019

MATLAMAT MESTI JELAS [BIG]

Assalamulaikum w.b.t,

Untuk persekitaran kita berubah,kita yang dulu kena berubah. Kita kena ada matlamat yang jelas untuk apa hidup ini. Macam saya, memang dah cuba buat bisnes MLM, dan ini adalah syarikat ketiga dan saya tetapkan matlamat untuk tidak beralih arah lagi. Sebelum ini dah cuba syarikat yang lain mungkin bukan rezeki dan bukan jodoh saya dengan perniagaan tersebut. Tapi kata orang jika dah minat,tak ke mana, mesti akan terpalit juga, dari pengguna kepada pengkongsi cerita kebaikan hasil guna dan terus jadi pengedar, penjual dan mudahan jadi jutawan produk. Insha Allah.

Sedikit perkongsian pagi ini untuk sama sama kita baca dan renung dalam kehidupan kita.

B Book (Buku)
I Individu (Perseorangan)
G Goal (Matlamat)

Banyak perkara yang perlu kita buat untuk berubah. Kena ubah beberapa perkara.
Pertama sekali kita kena keluar dari zon selesa kita. Memang akan jadi cabaran kepada ramai orang tapi bagi kita yang ingin berubah, ia mesti.

Buku
Kena rajin membaca buku, kaji dan belajar. Sentiasa baca buku motivasi dan kisah kejayaan orang. Tak dapat baca, dengar kaset,CD, youtube untuk naikkan motivasi dalam diri. Cari kisah kejayaan orang terutama dalam bidang yang kita nak berjaya. Banyak ilmu akan menjadikan minda kita kuat. Perlu sangat bila ada cabaran, ada tentangan dan penolakan dari orang sekeliling. Benda-benda ini akan kuatkan kita di saat orang terdekat kita tak dapa bantu kita pun, tapi kita kuat sebab kita tau matlamat kita jelas. Memberi kita kekuatan.

Masa awal-awal, mesti susah. Tapi jika dah tau untuk berjaya kita mesti berubah, maka kita haruslah berubah dan lakukan perkara ini.

Individu
Kena ikut orang yang dah berjaya dah dapat, kena ikut cara orang yang dah berjaya, orang yang telah berjaya. Kena ikut sikap dan cara orang yang dah berjaya, kena rapat dengan orang yang dah berjaya dalam bidang yang kita mahukan. 
Contoh kalau kita berkawan dengan ustaz, 1 hari orang akan panggil ustaz. macam berkawan dengan penjual minyak wangi, kita sekali terpalit bau wangi.

Goal (Matlamat)
Jika ada matlamat, kita ada perancangan.
Contoh: matlamat kita nak balik kampung, awal pagi jam 7am. Jadi malam dah sediakan semua kelengkapan untuk balik pagi. Pagi esoknya kena bangun awal untuk bergerak jam 7am.
Untuk berubah mesti ada gol, ada matlamat. Kena setkan matlamat, sekecil mana pun malamat, mesti tulis dan setkan gol, plan untuk capai.

Jadi mulai hari ini setkan gol, dan teruskan dengan individu dan buku.
Ikut saja 3 perkara ini, berubah dahulu dan akan berjaya. Kejayaan akan menyusul selepas kita berubah.

Sekian dulu.

Seperti biasa, jika anda nak join Bisnes bersama dengan saya atau membeli produk jualan saya, sangat dialukan. Semoga dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Thursday 28 March 2019

Nak kurus sihat ke

Assalamualaikum w.b.t

Mari kita baca cerita kawan kita yang sedang nak slim mlim sebelum puasa dan raya.




KENAPA KALAU AMBIL SHAKE SAYA CEPAT LAPAR?

Itu soalan biasa bagi mereka yang menggantikan sarapan pagi dengan minuman shake. Sebenarnya tak lapar pun tapi itu adalah "craving" kepada makanan tidak sihat. Biasalah tubuh kita dah 30 tahun makan macam-macam makanan yang manis masin tapi tetiba pagi-pagi dijamu susu perisa vanilla.

Hapooooooookejadah!

Penyelesaiannya kenalah sediakan snack yang berkhasiat setiapkali perasaan "lapar" tu datang. Alah bukan lapar sangat pun tapi lebih kepada tabiat suka mengunyah. Hah saka lah tu ðŸĪŠ

Apa yang bestnya sarapan dengan #BodyKeymealreplacementShake ni?

✅ Sudah tentulah rendah kalori jika dibandingkan dengan nasi lemak, lontong atau sarapan seangkatan dengannya. 1 peket lebih kurang dalam 112kcal tetapi membekalkan tenaga sama seperti kita makan nasi 🍚

✅ Sudah tentulah kaya dengan vitamin seperti protin, fiber, karbohidrat, vitamin B6 B12, vitamin C, D, E dan banyak lagi. Meh sembang tepi Mekla snap nutrition info kat kotak. Kalau ambil nasi lemak, agak-agak boleh dapat tak semua kebaikan di atas?

✅ Sudah tentulah ianya sedap! Mekla tak pernah rasa #shake jenama lain tapi kalau yang iols ambil ni ada 3 perisa iaitu vanilla (serious rasa macam ais krim 🍧) ada perisa coklat ðŸŦ dan kopi (feveret iols juga ni). Kalau nak campur dengan susu segar boleh nak shake dengan air sejuk terus dari peti ais pun boleh. Ikut kreativiti masing-masing

SIAPA YANG BOLEH AMBIL SHAKE NI

Alahai kat rumah ni semua pun suka. Kalau sarapan pagi takyah susah-susah masak dah, hanya sediakan shake sahaja pagi-pagi. Orang yang nak kurus boleh ambil sebagai ganti sarapan tak sihat. Tengahari boleh ambil lunch nasi suku suku separuh dan malam ganti shake so takyah ambil nasi lagi.

Orang yang ada kencing manis pun boleh ambil. Boleh bagi tenaga berterusan jadi takdelah cepat lapar atau craving benda-benda manis.

Zaman sekarang semua orang sibuk kan? Tapi sarapan memang wajib ambil tau jadi inilah SOLUSI nya. Sihat dan cantik bersama #nutrilite ♥

Nak dapatkan #BodyKeyMealReplacementShake boleh terus whats app di sini 👇
www.wasap.my/60109336935

Wednesday 27 March 2019

Slim semula

Assalamualaikum w.b.t,

Jika anda masih ingat yang saya dah pernah kongsikan cerita untuk kurus pada tahun 2015, boleh baca semula entri lama di sini , pada tahun lepas saya kembali semula turun KG sebanyak 10. Bukan 10gram tapi 10KG lebih kurang lah kan, berat saya tak naik tinggi, tapi jika dah lebi 60Kg memang badan minta berbuat sesuatu sebab tak selesa dan akan ada masalah kesihatan yang tak disangka.

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH, atas bimbingan hebat seorang jurulatih yang dah 13 tahun berkecimpung dalam bidang menurunkan berat badan dan menyahkan lemak jahat dalam badan manusia yang obesiti, saya kembali slim semula. Dengan berat 52kg, 53kg sekarang ini, banyak perkara yang saya boleh lakukan.

Paling penting, saya ada ramai kawan yang positif dan berfikiran yan sama seperti kami. Kami berjuang untuk slim kerana kami sedar nilai kesihatan . Kami sedar kegemukan itu punca segala penyakit, walaupun kalau kurus pun, penyakit tak terkecuali. tetapi dengan menjaga makan, jaga apa yang masuk ke dalam mulut dan perut kita menyebabkan kita menjadi orang yang berdisiplin dan mementingkan kesihatan.



Tak percaya bila lihat gambar sebelum, oh besarnya
Jika anda pun adalah seorang yang sedang mencari cara untuk turun berat dengan sihat dengan pantauan dari jurulatih yang hebat dan kemahuan anda kuat, bolehlah risik-risik dari saya yang dah dapat hasil begini.

Cubalah dan anda pasti dapat.

Sekian.

Monday 25 March 2019

Impian dan Doa


Assalamualaikum w.b.t,

Jom sama-sama kita baca doa dan sematkan dalam minda, jiwa dan hati kita, semoga kejayaan menjadi milik kita. Apa yang kita impikan, jangan segan dan silu untuk mohon doa supaya Allah makbulkan.


Rakan2 seperjuangan sekalian, ketahuilah untuk setiap perkara berubah, kita dulu yang perlu berubah. Dan untuk setiap perkara menjadi lebih baik, kita dulu yang perlu jadi lebih baik. Bayangkan dgn usaha yg kita lakukan, kita dapat capai satu persatu impian kita, impian keluarga kita. 
 
-Ya allah ya tuhanku, kau ampunilah dosa dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dosa guru guru kami, dan seluruh dosa dosa umat islam di atas muka bumi ini ya allah. Ya allah ya tuhanku, kau jodohkan lah kami dengan orang orang yang berjaya, dan orang orang yang mempunyai kebebasan dalam hidup mereka ya allah. Ya allah ya tuhanku, kau kuatkanlah iman kami, kau berikan lah kami semangat yang tak pernah putus ya allah, kau berikanlah kami kesihatan yang baik, ya allah ya tuhanku, kau permudahkan lah rezeki kedua ibu bapa kami, kau permudahkan lah rezeki kami untuk terus capai impian kami & impian ibu bapa kami ya allah. Ya allah ya tuhanku, kau tempatkanlah kami dikalangan orang orang yang berjaya dalam hidup mereka, dan orang orang yang beriman, ya allah ya tuhanku kau masukkan lah kami serta keluarga kami & rakan rakan seperjuangan kami ke dalam syurga firdausmu ya allah.  Amin amin ya rabbal alamin.

Katakan KITA BOLEH LAKUKAN, KITA INSAN LUAR BIASA!


Ayuh kita mulakan usaha hari ini, langkah hari ini untuk hari esok yang lebih baik. semoha segala impian kita tercapai dengan sempurna seperti yang Allah inginkan.

Sekian.

Friday 22 March 2019

Cat Hijau

Assalamualaikum w.b.t,

Dari rumah cat kuning dan tertanggal-tanggal dan ada yang simen tak bercat, kita catkan dulu coating warna putih dan baru salut sekali lagi dengan warna hijau.

Plan asal nak panggil upah orang indon yang buat lantai bilik air tapi tak jadi, kami 1 keluarga sendiri buat dan catkan kebetulan mak dan adik ada di sini. buat sikit-sikit makan masa dalam 4 hari juga untuk siapkan semua.







Jika upah orang indon, dia nak RM250 siap. 
Tapi kita buat sendiri dan bagi belanja ke mak dan adik RM300 lebih dari Kalau kita upah orang lain yang cat. 

Memang agak senang nak cat sendiri Cuma perlu masa dan kerajinan saja. Stamina pun kena kuat sebab ada bahagian yang tinggi perlukan tenaga dan fokus yang lebih. 

Sehingga berjumpa di lain entri. 
Kita sambung lagi  cerita kerja mengecat ya. 

Sekian. 





Wednesday 20 March 2019

Tandas Bersih Dengan LOC

Assalamualaikum w.b.t,

Kesan lama dari tandas agak bersih selepas 3kali penggunaan LOC, caranya mudah saja, tuang LOC dan biarkan sementara. Kemudian gosok dengan berus tandas.
Kesan lama tersebut hilang sedikit demi sedikit.

Setelah 3 hari saya ulang Cuci, kesan hitamnya dah berkurang dan nampak. Semakin bersih (seperti dalam gambar )

Boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas LOC


Ini dia LOC kesukaan ramai
Jika ada anda di luar sana yang sedang mencari dan nak dapat kan LOC, boleh hubungi saya 0109336935. Saya agen di Bandar Baru Bangi, Kajang dan Putrajaya. 

Kalau anda salah seorang yang nak jadi ahli di bawah pasukan saya, boleh juga terus daftar dan dapat kan Kelebihan sebagai agen. 

Sekian.


Monday 18 March 2019

Nasi Himpit Noxxa

Assalamualaikum w.b.t,

Kebetulan hari cuti dan niat nak masak Nasi bubur untuk si Amin. Jadi saya ambil 1 pot beras dan basuh bersih. Saya gandakan dua air dan masuk kan ke dalam periuk noxxa. Saya set kan 20HP bermakna 20minit dengan tekanan tinggi.

Bila dah siap, periuk akan berbunyi bip bip bip dan inilah masanya untuk Off kan periuk dan lepas kan wap melalui tombol periuk. Nasi masak elok dan saya ceduk ke dalam bekas freezer mate yang dah dilapik Plastik sambil tekan rata Nasi ke dalam bekas.

Ada lebihan sedikit, Saya tinggalkan untuk Si Amin dan yang lain memang di jadikan Nasi himpit. Simpan dalam peti semalam an.

Dan paginya boleh dipotong elok. Cantik kejadiannya. Saya guna beras Faiza. Sedap dimakan dengan kuah kacang.



Gabungan yang menjadi
Anda boleh la mencuba ya. 

Mulai Mei tahun ini  Periuk noxxa versi baru akan berada di pasaran dengan harga baru dan fungsi tambahan yang baru juga. 

Jika anda berminat, boleh lah hubungi saya 0109336935 memalui what Apps atau call terus. 

Sekian.

Friday 15 March 2019

Tandas baru

Assalamualaikum.w.b.t

Nak tunjuk tandas lepas siap baiki dan tukar mozek baru. Walaupun jiwa memang suka warna gelap sikit tapi kita ambil warna trendy yang mana seakan pasir warnanya. Niat di hati nak lantai epoxy tapi tak kesampaian sebab mahal dan tukang yang ini memang tak mahir untuk epoxy. Nak mudah kerja kita ambil yang mana mudah dan baiki secepatnya memandangkan nazak sangat lantainya dengan mangkuk tandas memang nak rebah bila duduk.

 Dah siap ni, alhamdulillah syukur pada Allah. Habis jua RM3K untuk siapkan, upah Indon dalam 2.5K dan lagi 500 beli sendiri cermin, sinki dan paip. Jubin lantai dan dinding juga sendiri beli tapi dlaam RM87.80 saja untuk jubin. Pilih yang tak mahal, asal selesa dan siap untuk digunakan.

Lantai bersinar kesan dari cahaya lampu

Bahagian lantai retak dah dibaiki sepenuhnya

Sini pun lantai retak dekat dengan lubang air sudah dibaiki

Cermin dan sinki dalam 100 lebih



Boleh lah kan dari dulu

Setakat ini memang rasa puas hati dengan tambahan sinki dan paip baru serta cermin penaik seri dan pembantu nampak luas.

Kalau nak tengok tandas asal, boleh tengok di entri yang lepas.

Sekian.

Thursday 14 March 2019

Aloe Care untuk Jerawat dan Kulit Luka Terbakar

Assalamualaikum w.b.t,

Aloe care....
Testimoni kwn pakai kat hidung sebab luka gelupas, dia selsema teruk.
OK baik lukanya

Kawan laki naik jerawat, sapu kat jerawat, kesannya lega rasa sejuk-sejuk saja dan tak rasa sakit
Mengecutkan lepas beberapa hari

Aloe care ni campur dalam mask masa pakai sangat elok, melembapkan dan menyejukkan muka.


Saya ada jual aloe care ini sebab saya juga ada pakai.
Satu saya memang beli dan tingalkan di pejabat tempat kerja
Dan satu lagi untuk di rumah, bila anak ada luka senang terus sapu selain ada losyen Allano di rumah.

Sekian dulu.

Tuesday 12 March 2019

Beli Belah untuk Kenduri Kesyukuran

Assalamualaikum w.b.t 

Beli belah barangan basah dan kering untuk kenduri kesyukuran di rumah. 
Plan buat solat hajat dan bacaan doa selamat 2 Mac 2019.  Panggil jiran baru dan jiran lama serta orang surau. Target tak ramai tapi yang datang Alhamdulillah penuh rumah untuk solat hajat. Ramai orang surau, adik beradik, kawan dan jiran yang datang solat dan meriahkan majlis.

Plan asal memang upah orang masak dan tempah siap nasi dan lauk tapi saat akhir,caterer ada hal peribadi dan tak dapat masakkan, nasib baik mak memang pandai dan berpengalaman lama dalam masak memasak kuantiti banyak. Dah selalu buat makan di kampung masa kenduri dan mak masak sendiri saja. 

Alhamdulillah syukur dipermudahkan. 

Mak suruh beli 12kg gula


Beli salad, cawan dan tisu juga


Panjang bil,nanti claim dengan En Suami

Dari kerja penuh sehari,saya minta cuti separuh hari dan balik segera untuk beli ayam dan lauk pauk, bawang semua untuk masak sendiri. Balik rumah, hantar barang dan terus siapkan bahan-bahan untuk masak memasak.
Keluar cari air batu dan beli tong polisterene untuk isi lauk basah sebab peti sejuk kecik saja dirumah.

Ikuti sambungan masakan dan persediaan memasak di lain entri ya.

Sekian dulu buat masa ini.

Monday 11 March 2019

Jubin Tandas Pecah

Assalamualaikum w. b. t,

Dah nasib badan kan nak buat cam mana banyak yang rosak dan nak kena baiki.
Kita buat sikit sikit ikut yang mampu.

Allah tak kan menguji hamba lebih dari kemampuan diri. Jadi bertabahlah.

Dapat lantai tandas yang dah pecah umpama remuk hati seorang manusia. dah hancur dan sangat bahaya juga jika masih guna dan biarkan saja.
Lubang tandas pula hitam berdaki kesan lama yang tak dicuci. Tak pasti ini dari kesan penghuni yang pertama dulu atau kedua, tapi apa-apa pun kita akan usahakan supaya takkan kekal begini.






Pam tandas dah rosak juga, mungkin sebab tandas lama. Seingat saya tandas rumah lama jika ikutkan lagi lama sebab guna yang seramik, dan rumah baru ini sudah pun ada yang plastik cuma dah nampak kronik keadaannya.

Jubin pula nampak seakan seperti ingin dibaiki sebab sudah ada warna merah jubin yang lain dari asal warna biru keciltapi tak sempurna dibaiki atau dalam proses tapi tak sempat nak siapakan semuanya,

Tak apalah, kita pujuk diri dan terima apa adanya. Ada rezeki kita buat lebih elok, lebih cantik dan lebih selesa. Insha Allah.

Sunday 10 March 2019

Racun Rumpai

Assalamualaikum w.b.t,

Baru saja beli 1 botol racun rumput, dah habis dan kena beli 1 botol lagi yang 1L. Kali ini beli terus 2 botol sekali dengan penyemburnya. 1 botol untuk mak di kampung. Katanya nak guna untuk sembur lalang dan rumput di sekeliling rumah di kampung.

Masa beli 1 botol dulu, suami saya dah sembur sekeliling rumah tapi tak cukup untuk semua rumput di laman rumah.
Ada Tinggal setumpuk rumput yang tak disemburnya.

Dulu beli yang botol biru yang mana racunnya cepat saja matikan rumput dan kuning semuanya namun cepat naik balik.

Kali ini beli yang hijau roundup namanya, kata pekedai, ini kuat dan akan matikan akar rumput sekali padahal harganya lebih kurang saja dengan yang botol biru.

Racun rumput

Kena baca dulu maklumat

Ambil tahu cara guna
Walau sang suami yang akan racun dan guna sembur racun ini, tapi tak salah kita baca dan ambil tahu cara guna. 

Sebenarnya pun saya dalam proses belajar untuk sembur dan buat sendiri. Sebab kadang kala rasa susah hati bila minta tolong orang lain walau pun suami sendiri. Kita jenis yang nak cepat dalam segala hal. 

Cukup lah dulu cerita berkenaan racun untuk hari ini. 

Nanti ada masa, kita update pasal rumput yang dah kering dan mati. 

Sekian. 
Salam hujung minggu.


Saturday 9 March 2019

Cerita Lama

Assalamualaikum w.b.t 

Saya pernah tulis cerita ini pada tahun 2016 di laman muka buku dan sekarang ulang tayang. Bila saya baca dan berulang kali memahami, Saya sebak. Ya inilah saya. Impian saya dari dulu.

Yang tak boleh duk diam dan buat 1 kerja sahaja. Mesti nak buat dan buat.. Mesti nak kongsi dan kongsi. Inilah saya.

Ceritanya :

Ada kawan saya berkata
Dah dah la kiah baik ko kerja saja, fokus pada kerja,
Tak yah dah lah bisnes2 nim
Sian aku tengok kau
bergegas situ sini
Gaji pon ok kan

Ya gaji tersangat OK selagi bos mau kau
jika bos dah tak nak lagi atau syarikat bagi kata putus bye2-maka nya?

Jika fikir nak rehat, nak tenang-tenang saja tanpa usaha tambahan, memang boleh tapi tak ke mana,

Sekarang kita nak kesian diri kita atau kita nak cuba capai lebih dari apa yang kita dah ada, ilmu yang kita dah ada, ada baiknya dikongsi, bisnes yang kita buat selagi dapat bantu ramai orang, maka gunakanlah, kadang kita tak nampak itu semua adalah sedekah, dan ada imbuhan pahala disebaliknya
Nak pahala bukan sahaja duk surau/masjid mengaji dan beribadah tetapi ada banyak perkara lagi jika ia benar-benar memberi manfaat
Allahu, selagi hayat dikandung badan, selagi ada kudrat untuk berbakti
ya akan saya teruskan

Ayuh geng, ayuh sahabat jika ingin bersama menyumbang tenaga dan akal fikiran

Sebab itu apa yang kita tulis, Semoga bukan untuk diri kita sahaja tapi untuk Motivasi kan diri orang lain juga.

Sekian dulu.

Friday 8 March 2019

House Meeting Pertama 2019

Assalamualaikum w.b.t 

Esok ya esok, Saya plan nak buat house meeting dengan ahli ahli dan jiran jiran serta rakan rakan yang terdekat. Jika ada yang berminat boleh juga join sekali.

Baru siap gantung magnetic whiteboard RM118. 50 beli di kedai buku dekat dengan rumah. Juga beli kipas besar RM185 untuk keselesaan semua.



Belum apa apa dah kena rasmi conteng conteng oleh budak Ammar

Esok ada yang nak datang sekali rasmi House Meeting pertama kita ke?
Jemput datang bagi yang berdekatan
Jam 9am sampai 11 saja

Wasap.my/0109336935/HouseMeeting
Sesuai untuk yang nak cari pendapatan tambahkan secara sampingan dan sepenuh masa
Nak tahu lebih lanjut pasal produk, marketing plan dan tips tips kejayaan, hidup bukan sekadar untuk di dunia Tapi di Akhirat yang abadi.

Wasalam

Monday 4 March 2019

Saya ingin seperti dia

Assalamualaikum w. b.t,

Alhamdulillah permulaan yang baik untuk 2019. Badan baru yang lebih sihat dan bertenaga. Apa yang kita nak adalah energetic berterusan dan boleh laksanakan tugas sebagai seorang Muslimah yang baik.

Kena sentiasa ingat kata positif

Bertenang dan senyum saja

Dah 3 bulan baru nak publish sebab tak sempat nak fokus dan taip cerita ini. Sebenarnya dah banyak draft entri dalam blog, tunggu nak habiskan taip cerita dan publish.

Biar sedikit tapi kita nak konsisten menulis dan buat perkongsian yang baik baik saja.

Nak kembali fokus berniaga menggunakan medium blog dan kongsi perjalanan hidup yang baik sebagai bacaan di kemudian hari dan Semoga boleh menjadi panduan sesiap a saja memerlukannya.

Tajuk saya ingin seperti dia adalah nak jadi baik dan positif sentiasa seperti dia, buat dahwah secara halus untuk menjaga pemakanan walau ada juga rintangan orang takmau terima. Tapi kita teruskan niat untuk membantu mereka yang memerlukannya. Yang tak perlu, tak perlu lah buang masa.

Peribadi orang ini secara luaran nampak biasa saja tapi jauh setelah mengenali, umpama mutiara yang bersinar di celahan banyaknya batu batu. Hanya kita yang boleh menilai bila dah duduk dan bicara dari hati ke hati.

Semoga sukses sentiasa.
Saya akan cerita kan lain kali siapa dia Sebenarnya.

Bagi orang orang di kalangan kami, memang jadikan dia sebagai contoh teladan sebab hanya kami lebih mengenali.

Sekian dulu.