Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday 31 July 2015

Promosi Hamper Tupperware Ikut Bajet Anda

Assalamualaikum w.b.t,

Semoga anda sentiasa di dalam rahmat Allah dan lindungan Nya. Hari ini saya nak buat promosi jika ada di antara anda semua yang mencari hamper atau hadiah mengikut bajet RM50, RM100 dan RM200. Jadi saya ada idea untuk anda dan anda boleh pilih dari produk yang berkualiti tinggi dan tidak asing lagi di mata dunia lebih-lebih lagi masyarakat di Malaysia.

Datangnya idea ini setelah ada permintaan dari kakak yang saya segani yang juga dalam kumpulan yang sama dengan saya. Saya ambil masa yang lama juga untuk menyiapkan permintaannya kerana kekangan masa dan saya sendiri kurang idea. Saya bersyukur apabila sentiasa didekatkan dengan orang yang positif dan Allah berikan idea dari mereka kepada saya.

Jadi tak perlu nak berceloteh panjang lebar, jom kita tengok apa barang atau hadiah yang boleh kita dapat dengan bajet RM50, RM100 dan RM200. Barangnya tidak lain dan tidak bukan adalah dari Tupperware Brands, yang memang boleh dikatakan semua orang pun ingin miliki semua barangan dari produk ini jika anda mengetahui kelebihannya.

Bajet RM50

Bajet RM100

Bajet RM200

Harga ini mungkin tidak akan sama dari masa ke semasa, apa yang saya boleh janjikan harga ini kekal sehingga September ini sahaja. Atau mungkin lebih, jika ada naik nya saya akan beritahu kemudian apabila anda hubungi saya.

Jadi bagi mereka yang sedang mencari hadiah sesuai dengan bajet di atas yang ramai sedia maklum produk Tupperware ini berkualiti tinggi sebab itu nilai harganya sangat boleh tahan. Dan kualiti nya juga terjamin seumur hidup, ada waranti lagi. 3 barangan yang saya nyatakan di atas, Eco Bottle, Freezer mate dan modular mate adalah produk yang tak lekang dek panas tak basah dek hujan sebab sentiasa mendapat permintaan semasa, ia juga adalah item regular dalam Tupperware Malaysia. Jadi memang sangat sesuai lah untuk anda dapatkan dan milikinya sendiri dan untuk dijadikan hadiah pada orang lain.

 Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti

Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Tuesday 28 July 2015

RAYA PERTAMA DI RUMAH TOK AYAH

Assalamualaikum w.b.t,

Rasa sangat terharu dan sayu di pagi Raya tahun 2015 kerana kami sekerluarga berseorangan dengan tok ayah yang menyambut raya di rumah mertua di Machang,

Yang lain ada hal masing-masing dan masalah yang tidak dapat dielakkan untuk bersama-sama beraya dengan kami.
Yang sepatutnya ada 2 buah malah 3 buah keluarga yang sama-sama tetapi satu tak dapat pulang sebab tiada kenderaan, sebuah lagi kerana sakit yang tak dapat dielakkan dan belum sembuh sepenuhnya. Jadi di pagi raya tinggal kami 4 beranak dengan tok ayah seorang saja. Bila si abah dan tok ayah dah keluar ke Masjid untuk menunaikan solat Sunat Aildilfitri, tinggallah kami 3 beranak. Si adik minum seorang di meja makan di dapur sementara menunggu si abang siap berpakaian.

Lepas makan dan minum, bebudak ni bukan nak makan sangat, kami lepak depan tingkap, tengok ayam dan pokok-pokok . Sayu lagi bertambah dalam hati, tapi apa nak buat. Terbayang yang selalunya tok ayah duk sorang-sorang mesti lagi sayu dan sunyi dia rasa kan.

Dalam tengahari ada abang ipar dan kak ipar 4 sekeluarga datang dan itu pun sekejap cuma. Sebab lepas itu mereka sibuk dengan urusan adik belah sana yang nak kahwin pula.
 Jadi kami teruskan beraya seperti tradisi setiap 2tahun, aktiviti di kampung ini berjalan ramai-ramai menziarahi jiran tetangga. Memang meriah sekeluarga berpakaian sedondon turun naik rumah yang berdekatan antara satu sama lain.

Kemudian baru balik rumah dan menanti tetamu yang lain pula datang berkunjung.

Sedikit gambar keangan sepanjang raya, kami tak berkesempatan untuk merakam potret keluarga masa hari raya pertama. Yang ada gambar-gambar sepanjang beraya yang mana sempat diambil. Jadilah sebagai kenangan raya 2015.

Selfie sementara menunggu tetamu tiba

Masa ni habiskan masa dengan bergambar

Dengan satunya anak buah perempuan

Beraya rumah makcik sebeah arwah ayah

Beraya rumah mak saudara mak, Tupperware Counter part di atas meja

Rumah wajib setiap tahun datang beraya

Gambar malam raya lepas bebudak ini main bunga api dengan anak-anak jiran, rajin mereka menolong masukkan kuih-kuih raya ke dalam balang.

Sambil buh kuih raya, sambil makan sekali

 Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti

Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Friday 24 July 2015

Kad Raya 2015

Assalamualaikum w.b.t

Ya dah lama tak dapat kad raya versi kad atau hard copy, ucapan biasa di sms, whatsap dan FB serta emel itu memang normal sejak bertahun kebelakangan ini. Sesekali dapat kad raya memang rasa terharu sangat, ia menunjukkan yang kita diingati. Tahun lepas rasa nya dapat dari kawan yang berbangsa india, memang semangat dia bagi kad raya pada saya. Tahun ini senyap pula dia, kurang bajet agaknya sebab banyak sangat yang kena tanggung lepas banyak kenaikan harga barang dan kejatuhan mata wang.

 Kali ini berbeza sebab lepas masuk kerja dapat kad raya yang dihantar ke pejabat, alamat yang saya bagi semasa berurusan dengan pembekal.  Walaupun tahun ini rasanya tiada ambil bekalan dari Yusuf Taiyoob, sebab memang tak berniaga kurma. Namun rekod urusniaga tahun lepas masih ada disimpan dalam sistem mereka dan saya terima kad raya yang dihantar sebagai tanda ingatan. Ia juga sebagai tanda menghargai pelanggan.

Teknik sebegini memang boleh dilakukan oleh siapa saja. Termasuk lah saya namun mungkin bukan pada tahun ini sebab dah masuk pertengahan Syawal dan agak terlambat untuk berbuat demikian. In shaa Allah ada masa di lain tahun kita akan praktikkan dan anda mungkin pelanggan bertuah yang terima kad raya dari saya. Saya memang simpan rekod pelanggan yang pernah berjual beli dengan saya, jadi jika anda pernah membeli dengan saya apa-apa produk dari tahun 2013, walaupun tahun 2015 anda belum buat belian apa-apa, saya akan hantar juga kad raya sama sepertimana yang Yusuf Taiyoob buat.

Satu lagi kad raya dari Miracle Refreshing Spray, memang saya masih aktif menjual dan ada pelanggan tetap dari produk ini, dan paling terbaik saya dapat 2 kad, satu diposkan ke alamat rumah dan satu lagi baru terima di pejabat. Memang sungguh terharu dan rasa yang kita dihargai. Makin bersemangat kita nak promosikan produk dan berkongsi kebaikan produk.

Saya memang jadi pengguna tetap dan tegar produk ini, jika anak-anak batuk memang saya akan sapukan MRS pada dada, belakang dan betis mereka. Jika mereka terjatuh dan terluka juga akan saya sapukan cepat-cepat di bahagian luka mereka, Maklumlah anak-anak saya tengah lasak nak membesar memang sangat nakal dan sering bergaduh sesama mereka, terjatuh dan terluka itu dah sangat biasa. Dan paling saya suka jika saya sendiri sakit kepala, memang MRS lah penemannya. Saya sapu ke semua bahagian kepala dan rambut, memang segar lepas itu. Dah la wangi semerbak saja kalau yang Sweet tu.  Untuk anak-anak biasa saya guna yang Elegant, baunya lembut.
Untuk gambaran yang lebih jelas, anda boleh klik Kedaionline cikroki yang ada link di bawah ini atau sebelah kanan.

Iklan lalu kejap:
Untuk pakej keahlian jika berminat, boleh hubungi saya, 

Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti

Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Thursday 23 July 2015

DEMAM TERUK SELEPAS RAYA

Assalamualaikum w.b.t

Ya saya dengan ini mengisytiharkan yang saya telah jatuh demam sejak dari raya kedua lagi, semasa perjalanan dalam tengahari balik beraya dari rumah mertua di Machang ke Kota Bharu, keadaan masa itu sangat panas dan berlawan pula dengan sejuk Air cond dari dalam kereta yang kekadang dibuka tingkap kereta untuk mengelakkan anak sulung muntah.  Memang berkali-kali juga dia muntah, mabuk kenderaan, sama seperti saya suatu ketika dulu, pantang naik kereta atau bas, pasti mabuk dan muntah. Bila sampai ke rumah mak, masih boleh bertahan dan beraya ke rumah mak saudara, itu pun hanya 2 buah saja sebab dah sampai rumah pun hampir asar.

Masuk saja jam 7 kepala saya makin berat dan tiada daya untuk tahan, melainkan telan 2 biji Panadol dan tidur. Nasib baik ketika itu saya masih bercuti dari ‘solat’.  Memang tak peduli pada siapa dah, suami nak makan ke, anak nak tukar pampers atau nak susu, memang saya serah sepenuhnya pada mereka yang ada di rumah sebab saya dah berlayar. Jam 10 malam baru saya tersedar dari tidur dan bangun makan nasi dan apa yang ada sebab dah terasa lapar.

Alhamdulillah walau pun tak berapa sihat lagi pada raya ke-3 tapi saya gagahkan diri dengan telan lagi Panadol walaupun berkesan hanya pada waktu yang singkat sahaja, bila habis dos ubat, demam datang menyerang kembali, nak buat macam mana, supplemen yang biasa diambil tidak dibawa balik sebab kali terakhir saya demam adalah bulan 2 itu pun bukan demam teruk, hanya selsema cair saja.  Ini demam bercampur dengan kepala berdenyut, hingus berair, batuk dan geli tekak, suara pun hampir hilang. Parah kan.

Tapi agak lewat juga kami keluar beraya bersama dengan mak dan adik beradik yang lain, masa ini suami tak ikut sebab dia pula kena resdung dan telan ubat, mengantuk yang amat. Jadi kami konvoi 2 buah kereta dan beraya di rumah saudara sebelah mak dan arwah ayah. Sampai Isyak lah beraya, sampai rumah dah malam. Masa untuk rehat tapi tak boleh nak rehat mana sebab dah kena mengemas untuk balik semula ke kota, basuh baju-baju kotor yang ada.

Masa berlalu begitu pantas, rasa terlalu singkat saja, sebab rancangan asal dah bertukar kerana dihabiskan dengan menunggu dan menunggu saudara dan adik beradik datang ke rumah, masalahnya raya kali ini ramai yang tidak sihat, makcik sebelah ayah juga demam dan sakit kepala kerana cuaca yang panas dicampur dengan makan pelbagai makanan dan minuman sejuk di musim raya ini.  Keluarga kaki par satu keluarga kena cirit birit dan ada anaknya yang juga demam.
Padahal saya memang dah beringat sangat pasal makan dan minum di musim perayaan ini namun itulah praktiknya tidak semudah teori. Teori semua orang tahu tapi bila sampai masa praktikalnya, memang akan terlupa dan ikut apa yang ada depan mata saja.

Kesimpulannya, raya kali ini, tak dapat berkumpul dan jumpa semua adik beradik belah suami, belah saya Alhamdulillah bersua muka, dengan makcik-pakcik saudara dan jiran-jiran saja tak sempat nak menjenguk. Kita jumpa raya haji nanti lah pula.

Sekarang masa nak fokus kerja, update blog, jalankan bisnes supaya kencang. Biar duit dan rezeki berlambak dan balik raya haji nanti, dapat kongsikan kegembiraan dengan semua kaum keluarga.  Niat di hati memang ada, harap tindakan juga berjalan seiring.

Jadi bagi anda yang tengah sesak, nak tambah pendapatan dengan bisnes online ada yang guna modal, ada yang tiada guna modal duit, boleh hubungi saya. Cuma suka saya nak ingatkan yang anda adalah modal yang paling penting. Ya diri anda adalah modal yang paling utama. Jika anda mahu, memang segalanya mampu dilaksanakan.

Iklan:
Jika berminat nak dapatkan bekas flask ini yang boleh digunakan untuk isi air batu dan juga air panas, bubur nasi, boleh hubungi saya.

Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti

Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935

Facebook : Wan Rokiah

Monday 13 July 2015

Kek Apam Susu Kukus Mudah dan Sedap

Assalamualaikum w.b.t,

Semua pembaca blog saya dalam keadaan sihat saja ya. Maaf lah saya sekarang kurang rajin dan kurang masa untuk update entri terbaru, sebenarnya kekangan internet yang punca utama, Apabila ada kekangan sebegini, membuatkan kerajinan dan mood nak berkongsi merudum, tetapi Alhamdulillah walaau ada kekangan sebegitu, saya tak mudah mengalah dan masih teruskaan apa yang dah saya usahakan sebelum ini.

Baik semepena bulan puasa yang mulia ini dan tak lamaa lagi nak raya, saya nak kongsikan resepi apam kukus yang saya dah cuba buat dan menjadi. Biasa duk buat apam nasi dan kali ini berpeluang cuba apam susu, ia sangat mudah dan sedap dimakan. Senang buat sekali dan boleh bagi juadah berbuka untuk jiran-jiran. nanti masa raya juga senang buat sekali dan boleh hidangkan pada tamu yang datang bertandang raya.

Layan gambar dulu sebelum bagi resepi.
Saya guna bahan yang sedia ada di rumah. Mudah dan cepat.

Kek apam yang dah sedia utnuk dikukus

Saya buat Versi kecil untuk budak cilik sebelah rumah

Rupa sebelum dikukus, saja letak kismis dan badam cincang sebagai hiasan

Kek yang dah siap dipotong, gebu dan sedap dimakan
Resepi Kek Apam Kukus
Bahan-bahan:
4 biji telur
1/2 cawan gula (saya guna sedikit sahaja, kurangkan gula)
1 1/2 cawan gandum
1 cawan susu pekat
sedikit esen vanila
satu sudu besar ovalette

Cara membuatnya:
1) Pukul telur, esen vanila, ovalette dan gula sehingga menjadi gebu dan putih atau kembag katanya
2)Masukkan susu pekat dan pukul lagi
3)Masukkan tepung dan kacau sebati
4) Asingkan kepada 3 bahagian (atau ikut suka anda), dan masukkan pewarna ke dalam adunan.
5) Masukkan setiap satu senduk ke dalam loyang dimulai dengan bahagian tengah dan sehingga habis adunan.
6) Panaskan kukusan dan masukkan kek apabila air dalam kukusan dah mendidih.
7) Kek masak dalam masa 20 -30 minit, jika guna bekas kecil-kecil, dalam 10 mint dan siap masak.

Tips: nak tahu kek dah masak atau belum, gunakan lidi dan cucuk di bahagian tengah kek, jika tiada apa yang melekat, maknanya kek dah masak, boleh tutup api dan angkat kek ke luar, sejukkan. Baru boleh potong ikut kesesuaian.

Sekian dulu, shingga berjumpa lagi

Iklan:
Jika tiada pemukul atau mixer, boleh dapatkan Speedy Chef dari Tupperware brands dengan saya. Lagi cepat adunan anda kembang berbanding dengan menggunkan mixer elektrik dan manual.

Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti

Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935

Facebook : Wan Rokiah

Saturday 11 July 2015

RESEPI BERBUKA PUASA

Assalamualaikum w.b.t,

Banyak sangat makanan untuk berbuka jadi tidak tahu mana satu yang harus dimakan dan dihabiskan
Jika tak habis, pembaziran, entah datang angin apa, mungkin sebab semalam tak masak apa akibat paip pecah di rumah, jadi ketiadaan air menyukarkan u ntuk memasak dan membasuh. Bila hari ini ada air dan anak-anak minta supaya masakkan pasta spiral yang baru beli, maka dengan angin rajin saya pun masak lah dengan menu yang sangat ringkas. Tambah lagi dengan masak nugget ayam sendiri atau diberi nama cekodok ayam homemade, sedap dan enak dimakan. Dan seperti biasa, jiran sebelah memang akan bagi makanan dia masak juga. Tambah lagi makanan yang dibeli dari luar kononnya awal-awal tak dapat nak masak sebab paip baru saja dibaiki dan ambil masa untuk gam kering, menjadikan makanan berbuka hari ini sangat banyak dan beraneka.

Kebiasaan  bulan Ramadhan kali ini saya hanya berbuka seringkas dengan air minuman sihat, teh hijau panas dan kurma sebiji. Jadi jika tidak masak pun tiada masalah bagi saya. Cuma suami dan anak-anak pasti kena ada makanan untuk mereka, biasa saya masak nasi pun jarang sekali habis.

 Bulan Puasa kali ini benar-benar berjimat, beras pun tak luak mana, nasi yang dimasak pun banyak kali tak habis. Ye lah kita tak makan nasi, jika makan pun sedikit sangat, sang suami bila nampak kita macam itu, dia pun tercabar dan makan sedikit juga.

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah pentingnya kita menjaga kesihatan terutama di Bulan Ramadhan ini.
Dan selebihnya nak kongsikan resepi “Pasta Spiral Perisa Tomyam”  dan “Cekodok AYam Homemade”

Spiral digoreng dengan Cookware inspire Tupperware
Semua minuman adalah saya punya

Spiral siap untuk dimakan, tambah sambal penyet lagi sedap

Cekodok Home made sedang digoreng

Resepi Pasta Spiral Perisa Tomyam
Bahan-bahan:
Pasta yang dah direbus, campurkan sedikit minyak zaitun dalam rebusan air semasa merebus
Ayam yang dicincang halus, saya beli ayam yang dah siap dikisar
Perencah tomyam kiub
Daun bawang yang dipotong halus
Bawang putih, merah dan sedikit halia

Cara-caranya:
1)      Tumis kan bawang dan halia
2)      Masukkan ayam dan perencah tomyam, jika boleh tambah sedikit sahaja air supaya perencah mudah larut
3)      Masukkan pasta dan kacau sebati
4)      Akhir sekali masukkan daun bawang dan tutup api
Saya guna periuk dari Inspire Cookware jadi cepat masak dan panas.
Boleh segra dihidangkan kepada anak-anak.  Pasti mereka sangat menyukainya.

Resepi Cekodok Ayam Homemade
Bahan-bahannya:
Ayam kisar
Daun bawang dipotong
Sebiji telur
Garam
Lada hitam serbuk
Cili merah dipotong

Cara-caranya:
1)      Campurkan semua bahan, kacau sehingga rata
2)      Panaskan minyak dan bentukkan kecil-kecil cekodok dengan sudu
3)       Goreng dan biarkan garing
4)      Siap, dah boleh hiding dan makan dengan nasi atau juadah yang lain.
Selamat mencuba, resepi yang mudah dan senang dibuat tetapi sedap di makan.

Makanan tambahan lain kebetulan ada.

Cekodok Pisang sedang digoreng, makanan tambahan
Kerang rebus dari Kedai Choleq 

Sekian dulu, jika ada nak beli sesuatu barangan yang saya jual, boleh lah hubungi saya ya.