Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday 17 September 2017

Jauhi Sifat Amarah


Assalamualaikum w.b.t,

Amarah itu bukan sifat manusia, kerna manusia punya sifat kasih sayang sahaja. Jadi kepunyaan siapa sifat Amarah itu? Ya sebenarnya ia adalah sifat syaitan, jadi bila kita sentiasa marah-marah, kena banyakkan istighfar sebab kita bukan Syaitan, kita manusia biasa yang banyak kekurangan. Jangan kita angkuh dengan sifat syaitan yang 1 itu dan membuatkan diri kita sendiri tidak tenang.


Saya sangat perasan sejak kebelakangan ini, saya selalu kepanasan jika suami ada di rumah, pasti nak cari gaduh saja. Kadang kala bila dia tiada dan balik kerja lewat, saya boleh saja melayan anak-anak dengan baik, masak dan makan bersama.

 Tetapi bila suami ada saja, mesti mood memasak itu sudah kelaut, badan terasa sangat penat dan perkara ini menjadikan kami bergaduh, walaupun isu sangat kecil.

Saya ada bercerita dan mengadu pada kawan yang kebetulan terkeluar cerita begini, maka nasihatnya minta saya jumpa Ustaz dan minta air penawar, sekadar satu ikhtiar. Kadang kala kita tidak Nampak apa yang ngaib dan di luar kawalan kita.

Tetapi jauh di sudut hati saya merasakan ia hanya perasaan saya, mungkin kita jeles bila suami ada, dia senang lenang berehat apabila balik dari kerja dan kita yang sama-sama kepenatan balik kerja terpaksa sibuk memasak dan melayan anak-anak.

Apa tindakan yang saya lakukan sekarang adalah banyak berdiam diri, istighfar dan banyak berselawat, sebolehnya saya tidak mahu bercakap atau mengeluarkan suara dalam keadaan tengah marah. Sebab saya tahu itu bukan sekadar percakapan biasa, tetapi ia sudah semestinya akan mengundang pergaduhan yang lebih besar, silap-silap dapat sakit badan lagi. Mana tak nya, jika kita bercakap kasar dan menyakitkan hati si dia, tak mustahil kaki dan tangan dia akan sama naik.

Jadi jauhi lah sifat amarah dan sakit hati. Cuba atasi dengan berdiam diri saja dan biarkan masa berlalu. Selebihnya serah pada Allah s.w.t yang lebih Maha Berkuasa.

Sekian dulu entri hari ini, yang sebenarnya telah lama 'draf' tetapi hari ini baru di 'publish'kan sebagai tanda ingatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang menghadapi keadaan yang sama.



Thursday 7 September 2017

Sambal Hijau Tumis Mudah dan Senang

Asslamualaikum w.b.t,

Mari kita kongsikan cara-cara dan bahan untuk buat sambal hijau tumis. Disebabkan caranya yang sangat mudah dan sangat sedap apabila dimakan, maka ada baiknya kita belajar buat sendiri dan dapat makan selalu.

Sambal hijau yang tersedia untuk dimakan

Cara dan bahan-bahannya:
4 biji cili hijau besar 
Nak campur yang  merah sikit pun OK
Cili api kalau nak pedas
Bawang merah 1 biji
Secubit belacan 
Sedikit garam

Kisar semua bahan dan tak perlu hancur atau ikut suka kita
Tumiskan dengan sedikit minyak dan siap bila sambal agak kering untuk pastikan ia tahan lama berhari-hari


Sambal ini sangat sedap dimakan dengan nasi panas-panas sekalikan dengan lauk kesukaan kita seperti ikan goreng, ayam goreng dengan ulam-ulam segar.
Memang akan bertambah-tambahlah nasi yang dimakan

Awas
Sambal ini tidak sesuai untukorang yang berdieg keras sebab pasti diet anda gagal.

Selamat mencuba!

Sekian.