Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday, 14 September 2013

Sirap Laici

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama rasanya tidak berkongsi resepi.

Kali ini resepi mudah iaitu sirap laici.
Kisahnya bermula semasa menghadiri jamuan rumah terbuka sahabat lama yang juga merupakan guru saya sekarang. Tidak tahu kenapa pada hari itu, bila minum air sirap, rasa sangat best dan sedap, tidak terfikir akan sirap laici. Dengan tak malunya bertanya, air sirap apa ni...adik kawan tu info sirap laici. Baru otak dapat kenalpasti sirap laici rupanya.

Pastu tiba-tiba nak tanya rakan seofis kalau buat sirap laici nak buat macam mana? Baru lah dia bercerita, dia dah buat banyak ujikaji untuk rasa yang sedap sirap laici ni. Rupanya bukan guna laici dalam tin yang ada buah tu. Sedangkan kawan aritu info  dia pakai laici dalam tin.


Tak apa yang penting kali ini nak tau resepi sirap laici itu kan.

Bahan-bahan:

Kena Guna Sirap rose Biduri & Kordial Laici GreenHill


Gula
Sirap
Kordial Laici
Air putih & air panas
Ais (bagi yang nak sejuk)

Cara-cara:
Bancuh gula dengan air panas (kawan tu suruh panaskan atas api, campur dengan sirap sekali)
Kemudian, masukkan sirap dan kordial laici, campurkan air putih
Akhir sekali letak ais untuk rasa sejuk
Siap..

Selamat mencuba...


2 comments:

  1. versi aku guna terus laici dalam tin pastu gunakan kordial sirapp laici jenama Greenhill tu juga..haritu tersalah bagi info..hahaha

    asalkan menjadi sudeh, rasa tastebud ikut lidah masing-masing

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    ok lah ni..rasa mmg kena ngn tekak..
    sedap...

    ReplyDelete