Dah lama tak kongsikan resepi di sini.
Jadi hari ini rasa bersemangat untuk kongsikan satu resepi popular iaitu Resepi Puding Triffle Sedap supaya hidup anda akan lebih bermakna dan ceria apabila puding ini siap. Malah tambah ceria apabila dah dapat makannya.
Resepi Puding Triffle Sedap
Bahan-Bahan:
1 paket Agar-agar serbuk jenama swallow (kali ini saya guna agar-agar, kemudian nanti nak guna jeli Nona)
Air secukupnya
Kek gulung (perisa asli)
3 sudu tepung kastard
setengah tin susu cair
2 sudu gula
buah dalam tin : saya pilih buah laici dan buah peach
Cara-caranya:
1) Potong kek dan susun di dalam bekas. Saya pilih bekas kecil-kecil sebab senang nak agihkan selepas siap, tidak perlu untuk potong bagai.
2) Basahkan kek dengan air buah dalam tin.
3) Masak campuran kastard di atas api. Campuran kastard tersebut ada gula, kastard dan susu cair.
Bila dah agak likat, masuk perlahan-lahan ke dalam bekas kek tadi.
4) Bolehlah susun buah-buah laici dan peach di atas lapisan kastard sebelum tuang lapisan agar-agar.
5) Kemudian boleh mula masak agar-agar. Hanya ikut arahan pada paket agar-agar.
Dah masak boleh curahkan perlahan-lahan di atas lapisan kastard tadi.
Pastikan lapisan kastard telah keras dahulu.
6) Boleh disimpan di dalam peti sejuk dan sedia dimakan.
Selamat mencuba.
Jom beriklan di sini :
SOHO
Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah
Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :
Email : wanr82@yahoo.com
Sms/whats app : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:
Post a Comment