Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 1 September 2013

Impian Tukar Kereta baru

Assalamualaikum w.b.t,

Tiba-tiba dalam minggu ini dalam kepala dan bual bicara berkisar tentang kereta baru. Tetapi Kereta baru yang diimpikan nak tukar tu pun bukannya kereta besar dan mewah....
Hanya kereta kecil seperti yang tengah bawa sekarang sahaja.

Niat asal selepas naik gaji awal Julai hari itu adalah plan nak beli kereta saga, tapi atas nama adik. Bayaran bulanan saya yang sanggup volunteer nak bayar sebagai membalas jasa mak dan adik yang sekarang ini tinggal dengan mak di kampung. Terpaksa berkorban untuk menjaga mak di kampung sedangkan kawan-kawan yang lain telah tinggalkan kampung halaman untuk sambung belajar di pusat-pusat pengajian yang bercambah di Malaysia sekarang.

Ini juga secara tak langsung untuk membantu mak untuk ke sana ke mari dengan membawa barang jualan dan keluar untuk membeli bahan mentah untuk perniagaan nya.

Kebetulan pula adik bongsu perempuan pun teringin nak pakai kereta kerana baru dapat lesen dan sangat berbahaya untuk naik motor datang dan balik kerja. Kerana waktu kerja adalah shift. Kadang malam, kadang awal pagi kena keluar rumah. Bahaya ada di mana-mana sahaja tapi kalau dengan kereta agak-agak selamat lebih dari motor. Dia memang berminat nak pakai kereta viva...kecil dan molek untuk gadis seperti dia.

Dan sebab paling kuat nak tukar kereta yang sedang pakai sekarang adalah kerana si dia sudah buat hal. Mula-mula penghawa dingin tak sejuk, bila periksa, memang kena tukar filter dan cooling coil. Kena lah RM500....tapi belum tukar lagi tu....Ahad lepas pula anak kecil main tekan-tekan radio, dia jarang duk depan...sekali duk depan..abis jahanam kereta mama...Bila tanya kedai aksesori, kena tukar baru, pomen kata radio dah rosak, kena dalam RM200, tapi yang ni pun belum tukar lagi.


Radio kete dah Error, lepas kena tumbuk



Itu antara sebab utama yang teringin dan berimpian sangat nak tukar kereta baru.
Bila survey pandangan kawan-kawan dan orang terdekat, semua mereka bagi pendapat, tak perlu tukar lagi, guna dulu kereta lama. Tak lama lagi habis bayar..loan pun tinggal dalam RM19,220 lagi..

Emm sekian..simpan dulu angan-angan / impian sehingga menjadi kenyataan. Moga impian kecil bertukar menjadi kenyataan yang besar.


Minta pada Allah, Allah akan Beri. Bermohon lah pada Nya, hanya Dia sebaik-baik penentu.

2 comments:

  1. akum....puan.sy saini penasihat jualan kereta baru proton dan produa
    puan boleh hubungi syuntuk dapat malumat tentang kereta baru
    call / whatsapp 017-2531206

    ReplyDelete
  2. Wasalam, xper..
    Alhamdulillah hari ini hari jumaat yang mulia, saya dah dapat tunaikan impian nak beli kereta saga untuk adik lelaki dan mak di kampung,
    memang kete sesaje, "niat pun: hanya nak kete yg bonet besar dan boleh ulang alik hantar barang saje"
    Untuk next plan, in shaa Allah bleh try ngan En Saini pula,
    Tapi En ni area mana?

    ReplyDelete