Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday, 16 September 2013

Hari Malaysia...Hari Cuti Umum

Assalamualaikum w.b.t,

 

Sebenarnya bukan itu tujuan dan sebenar tulis entri kali ini, tapi tak apa sebelum mengarut lebih panjang, saya nak ucap selamat hari Malaysia pada keseluruhan rakyat Malaysia dan terima kasih kepada anda kerana setia membaca tulisan saya, menyokong kuat di belakang saya walau kita tidak mengenali. Harap semua dalam keadaan sihat.

Pasti hari ini, semua rakyat sedang lepak-lepak atau bersahaja di rumah masing-masing, dan mungkin ada yang keluar menunaikan tanggungjawab terhadap negara atau keluarga seperti pergi pasar beli barangan keperluan rumah. Malah mungkin ada juga yang tidak sempat atau berpeluang lepak bersama keluarga tetapi perlu bekerja lebih masa pada hari ini untuk menampung keperluan dan kehendak semasa.

Tujuan saya tulis entri ini sekada ingin berkongsi luahan rasa mengenai hari cuti umum 1 Malaysia atau lebih tepat lagi mengenai penubuhan negara Malaysia. Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur yang negara kita masih aman, masih boleh hidup dalam keadaan aman damai tak kira di bandar atau kampung. Mudah untuk kita keluar mencari rezeki, anak-anak boleh keluar ke sekolah menuntut ilmu pelajaran dunia dan akhirat.

Sebagai rakyat Malaysia juga kita perlu ada semangat dan rasa tanggungjawab untuk kekalkan keamanan  ini dengan cara :

1) Pilihan utama pucuk pimpinan adalah semasa pilihan raya, lakukan tanggungjawab mengundi

2) Sebagai rakyat biasa, perlu sedar akan keadaan semasa, jika keadaan merbahaya perlu buat laporan kepada yang berkuasa

3) Sepakat membawa berkat, saling bekerjasama menjaga keamanan tidak kira bangsa, tidak berpuak-puak malah bermuafakat

4) Saling mengenali jiran tetangga dan sering berjumpa dalam aktiviti sosial

5) Solat berjemaah bagi lelaki yang beragama Islam

6)Yang bukan beragama Islam, patuhi ajaran agama masing-masing sebaiknya,

Itu sahaja coretan saya pada hari cuti umum ini, semoga yang lain boleh tambah lagi senarai apa cara untuk kita kekalkan keamanan hari ini sehingga hari mendatang.

Sekian.











No comments:

Post a Comment