Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday 31 December 2017

Beg Sekolah Anak

Assalamualaikum w.b.t,

Duduk tak duduk dah nak.masuk tahun baru 2018 dan sesi persekolahan baru akan muncul tak lama lagi. Mak ayah dah belikan beg sekolah anak ke?

Saya ada up iklan kat FB dan ramai juga kaum ibu yang mesej sata bertanyakan beg sekolah jualan saya. ALHAMDULILLAH, syukur pada Allah.

Sebenarnya ikut pengalaman saya sendiri sebagai ibu kepada anak yang bakal berumur 8tahun bila buka sesi persekolahan baru nanti, beg sekolah menjadi agenda penting untuk saya. Biasa 2 beg diperlukan untum sesi pagi iaitu sekolah agama dan sesi petang sekolah kebangsaan.

Alhamdulillah saya buat pilihan bijak tahun lepas dengan membeli dan bagi anak guna beg jualan saya ini.

Saya berminat nak beli setelah baca dan tengok sendiri video kanak-kanak yang menggunakan beg impact jualan saya sekarang, yang mana tahan bertahun tanpa lunyai. Kotor sedikit itu biasa tapi dari segi ketegapan dan zip serta kainnya masih kukuh, tiada koyak.

Jadi saya beli dan bagi anak pakai, memang puas hati. Sebelum beli beg ini, (lambat beli sebab harganya boleh tahan), saya dah beli beg ultraman biasa yang harga lebih kurang RM40-RM45. Lepas itu anak merengek nak beg yang ada tayar sebab terpebgaruh dengan kawan-lawan. Saya memang tak beli beg tayar sebab harga pon agak tinggi tapi bapaknya belikan untuk anak. Pakai berapa hari saja, boleh kira dengan jari tapi lepas itu menolak tak mahu guna lagi sebab berat.

Jadi saya ambil keputusan bijak terus pesan beg impact dan bagi anak pakai. Alhamdulillah 1 tahun  berlalu sesi persekolahan, beg langsung tak terjejas, tak leto (kata orang kelantan). Jadi boleh guna pakai ke tahun 2.
Anda jimat masa dan wang untuk membeli beg baru.

Ada alasan katanya anak nak beg baru setiap kali persekolahan, bagi saya kita yang didik dan ajar anak dari awal. Maka biasakan yang betul. Betulkan yang biasa.

Ini beg jualan saya, hanya ada 4 jenis sahaja. 2 patern dengan 2 warna yang berbeza. Anda boleh pilih ikut sesuai dan kesukaan anak-anak.











Persediaan untuk bayi baru lahir

Assalamualaikum w.b.t,

Antara perkara yang perlu dibuat apabila mengandung adalah sediakan pakaian dan kelengkapan bayi yang bakal lahir.

Pakaian mestilah baji dan seluar, sudah semesti ia sepasang, kain lampin, kain barut perut bayi, tuala kecil dan tuala mandi serta selimut bayi atau bekung bayi.
Kemudian sarung tangan dan kaki wajib untuk kegunaan dalam pantang atau 40 hari selepas bersalin. Satu lagi topi kepala bayi untuk kegunaan bila keluar rumah untuk ke klinik atau ke hospital. Mana tahu bayi dijangkiti jaundice atau penyakit kuning, perlu ulang alik ke klinik atau hospital. Jadi topi kepala juga diperlukan.

Saya banyak guna pakai baju abang-abang nya sebelum ini sebab doktor sahkan jantina kandungan saya juga lelaki seperti 2 anak sebelum ini. Maka boleh saja recyle dari situ.

Tapi ada juga saya beli baru untuk raikan kehadiran orang baru. Antara baju yang saya beli adalah di bawah. Cantik kan. Tiada warna biru atau pink menjadi pilihan. Pilih warna selamat, hijau dan peach. Lagipun memang saya peminat hijau. Tenang saja.
Baju baru untuk bayi baru

Dan baju-baju yang lama setelah disimpan selama 5 tahun iaitu umur anak ke2 saya yang sekarang, dikeluarkan untuk dibasuh. Saya pilih-pilih dulu yang kecil seperti saiz bayi baru lahir dan yang elok saja untul dibasuh dan disediakan dalam beg balik kampung kerana rancang untuk bersalin di kampung nanti.

Antara baju-baju yang dikeluarkan, sebakul juga dapat ini. Semangat nak basuh dan jemur baju-baju. Macam tak sabar nak tunggu kehadiran orang baru.

Baju-baju lama untuk dibasuh

Saya tulis entri di blog ini setelah saya selamat bersalin dah, biasalah tengah cuti berpantang dan mata tak boleh lelap, jadi kita gunakan peluang untuk berkongsi pengalaman di blog. Mana tau untuk rujukan sendiri atau pembaca yang memerlukan. Kebetulan bayi tengah sedap lena, maka ini masa yang sesuai sangat.

Sekian dulu.

Nanti saya akan ceritakan lagi mengenai bayi baru.

Saturday 16 December 2017

Usia 60 Tahun

Malam tadi sebelum terlelap dengar jiran bising suara dengan anak cucu
Tetiba terfikir ramai anak cucu yang duk sekali 1 rumah
Dan terbayang mak kita duk sorang-sorang di usia 60 tahun
Walaupun mak kita sihat dan masih boleh dapat pendapatan aktif dari jualan kuihnya
Tapi

Tetiba terfikir dan terbayang pula jika kita berusia 60 tahun masih kah larat dan mahu bekerja pejabat seperti sekarang?
Di mana kita pada waktu dan ketika itu
ada anak ataupun cucu yang menemani?

Mesti bersiap sedia kerana tindakan hari ini penentu masa akan datang

Antara kejayaan mak dan arwah wan adalah dapat miliki rumah sendiri di usia muda (awal 20an), ada simpanan sendiri dan dapat bantu ramai saudara dan adik beradik yang kesuntukan
Sekarang mak juga yang jadi tukang tongkat kami adik beradik
Sebab itu mak masih kuat

Mak adalah idola
Tapi untuk jadi seperti mak
Emmmm (banyak permasalahan)

Cukuplah dapat balas balik jasa mak
bagi lebih lagi sementara mak masih ada
Sementara Allah bagi rezeki untuk kita
Saya tak pandai berkasih manja, cukup sekadar bagi dan lengkapkan keperluan mak dari segi material walau dia tak pernah bersuara meminta

#cikrokiDahMenulis
www.wanrokiah.blogspot.com

Tuesday 5 December 2017

Turun Darah Sebagai Tanda



14hb November

Datang Hospital Serdang jam 12.40 tengahari, mendaftar dan bersoal jawab dengan jururawat di kaunter depan dulu.

Jam 1 lebih dah kena panggil dan kaunter depan minta IC, kad kahwin dan minta isi borang bersetuju untuk menunggu.

Kemudian dipanggil masuk dan jururawat periksa jantung bayi selama 20minit. Menunggu dah agak lama juga, kepuasan.
Kemudian dah habis, ingat boleh terus balik, rupanya doktor periksa perut dan bukaan jalan dulu. Dia kata lambat lagi nak bersalin, sempat jika nak bersalin di kampung.

Tunggu prosedur doktor isi buku dan siapkan laporan, sekali datang doktor pakar, doktor tadi laporkan dan tunggu untuk scan perut. Dari jam.2.20 petang, sehingga jam 3.20 petang doktor tak muncul sebab ada kecemasan. Jadi saya ambil keputusan untuk solat Zuhur dulu. Dah siap ambil wuduk, Tetapi nama dipanggil untuk scan. Siap scan doktor cek bukaan sekali  lagi untuk pastikan bukaan. Dah buka 2cm tetapi sama doktor pakar kata sempat jika saya nak masuk pejabat semula untuk kerja. Nak balik bersalin di kampung pun sempat.

Saya bercadang balik ke kampung sempena cuti sekolah pada 25hb nanti. Lebih kurang 1 minggu lagi untuk habiskan masa. Tapi yang hairannya bila saya tanya doktor bila saya dijangka bersalin, adakah esok atau lusa? Doktor pakar hanya diam dan tidak menjawab soalan saya. Saya agak mungkin dia pon tak berani untuk nyatakan hari dan tarikh yang tepat untuk itu.

Selepas dibenarkan pulang dengan nasihat para jururawat dan doktor yang ada, jika saya sakit-sakit dan ada tanda untuk bersalin, kena segera datang ke hospital.

Pantang 2 Hari Tanpa Mak

Assalamualaikum w.b.t

Bangun pagi, gosok gigi dan cuci muka.
Kemas tempat tidur anak-anak dan sendiri.

Cepat-cepat sarapan pagi, alas perut dengan susu kambing kurma yusmira cicah biskut tawar.

Jam 9 pagi mak bidan dah datang untuk mengurut dan bertungku. Ambil pakej 3 hari berturut-turut.

Biasa urut dan tungku ambil masa 2jam hingga 3 jam. Sepanjang tempoh itu, suami tolong jagakan baby Amin. Ada merengek-rengek sedikit tetapi bila diberi susu botol, diamlah dia. Banyak tidur.

Lepas habis mengurut dan bertungku, bagi susu baby jika dia dah bangun dan menangis. Jika tak terus masuk dapur untuk masak dan rebus air mandi.

Mak tiada di rumah, semua kena buat sendiri. Nak suruh suami buat, mungkin lambat siap pula. Lagipun dia pun dah penat jaga baby dan 2 orang abangnya.

Biasa masuk dapur, saya rebuskan air mandian dulu, lepas itu masak nasi serta siang ikan bubuh garam kunyit. Kemudian baru potong sayur sawi dan lobak putih untuk masak sayur air. Buat kosong saja, rebus dengan air dan sedikit garam. Masih tak boleh bubuh bawang putih dan halia sebab baby Amin masih ada bacaan kuning.  Lada hitam pun masih tak boleh dimakan sebab nak bagi turun bacaan hingga bawah 100. Dah 2 minggu masih belum turun.

Sementara bakar ikan dan tunggu nasi masak, saya mandi dengan air rebusan herba dulu. Dah siap mandi baru makan laju-laju sementara baby Amin masih belum bangun.

Biasa lepas mandi, saya akan sapukan perut, kaki dan betis dengan minyak bayi Tropika herbs. Pakaikan bengkung PB  pada perut dan stokin pada kaki untuk bagi panas dan tak masuk angin. Memang badan rasa sedap saja lepas sapu minyak.

Saya jual dan guna minyak bayi ini


Biasanya jam 2 lebih mula siap-siap untuk mandikan baby Amin pula. Terpaksa mandikan sendiri dengan bantuan suami untuk 2 hari ini. Tak mudah dan tak susah sebab baby Amin kecil saja dan mama juga tak sakit-sakit lagi dah, dah banyak sihat berbanding bersalin anak pertama.

Jadi untuk 2 hari ini memang mandi lambat sebab suami tak reti nak mandikan sendiri.
Lepas mandikan baby, baru rasa tenang dan lega swdikit. Boleh lah nak baring-baring dan rehatkan badan..nak lelap tu tak dapatlah. Ada masa senggang macam ni, saya pamkan susu untuk bekalan baby dan juga nak menggalakkan penghasilan susu yang tak berapa banyak ni.