Tahun 2013 ini pertama kali dapat cuti awal dan pulang ke kampung halaman awal. Sangat beruntung lah sebab dapat sesama berbuka puasa dengan keluarga tercinta. Serta dapat siapkan persiapan raya dari segi juadah dan biskut raya.
Kali ini, bagi peluang pada cucu mak iaitu anak sulung ku untuk menolong nenek nya dan bersama-sama terlibat secara tidak langsung membantu nenek nya menyiapkan biskut raya 2013. Terkebetulan, kali ini lambat sikit mak siapkan biskut raya yang biasa dibuat setiap tahun kerana kesihatan tidak berapa mengizinkan. Ini kali pertama mak berpuasa tanpa ayah disisi. Sedikit sebanyak menganggu emosi mak. Sambut puasa dengan demam dan akhiri puasa dengan demam juga. Mungkin juga kerana rindu cucu-cucu.
Biskut pertama yang mak buat adalah biskut dahlia @ semperit yang memang menjadi kegemaran ramai. Mak buat tak banyak, cukup lah untuk makan raya tahun ni, ala kadar saja. Layan gambar anak sulungku, Amirul Hakim menolong nenek nya letak ceri di atas biskut dahlia sebelum dibakar.
Hari kedua pula iaitu esok nya nenek buat biskut kacang @ mazola, kali ini Amirul Hakim masih menolong dengan meletak kan kacang di atas biskut sebagai hiasan sebelum dibakar.
Di sebelah atas rumah pula adik bongsu perempuanku sedang siap sedia untuk membuat mini popia. Kali ini pun Amirul Hakim masih menolong untuk membuka popia. Alhamdulillah dikurniakan anak sulung yang rajin. Diharapkan dan didoakan semoga berkekalan setiap tahun lah macam ni, rajin menolong, senang kerja mama, ada teman di dapur.
Sekian dulu untuk perkongsian biskut raya tahun 2013 sebagai kenangan antara Amirul Hakim bersama nenek nya.
Salam keceriaan, semoga syawal kali ini yang terbaik untuk anda dan keluarga.
No comments:
Post a Comment