Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday 31 July 2013

Berdoa & Memohon Keredhaan Allah


Doa 3 Golongan Manusia yang tidak akan tertangguh
1) Doa Orang yang berpuasa
2) Pemimpin yang adil dan taat pada Allah
3) Orang yang dizalimi

Sebagai hamba Allah, kita nak keredhaan Allah
Sebagai pekerja kita nak kenaikan pangkat, kenaikan gaji

Bila orang nak buat sesuatu yang baik, memang orang akan kecilkan kita
Kita kena tabah, kena kuat, jangan berprasangka.
Bila kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita.

Kena ingat Nikmat, Ujian dan Bala yang Allah akan turunkan atas sesuatu yang kita dapat.
Contoh 1:
Naik gaji
Nikmat- awal-awal nya
Ujian-bila rasa megah, sombong, ego (bila kerja bertambah)
Bala-bila gaji yang besar itu menyebabkan kita jauh dari Allah (bila terpaksa balik lewat, korban masa dengan keluarga dan lain-lain)

Contoh 2:
Hujan
Nikmat-sejuk (tambah-tambah jika dalam kepanasan)
Ujian- jika berlarutan satu hari (semua rancangan di luar tidak menjadi)
Bala- bila jadi banjir

Kena ingat bila naik gaji, jangan ingat hanya dapat nikmat, ingat ujian , ingat bala.
Dan kena fikir juga ada hikmah di sebalik ujian.

" Ya Allah, aku minta redha mu Ya Allah,
jadikan segala amalanku satu ibadah , berikan aku keredhaan Mu" 


Tuesday 30 July 2013

Pati Delima

Assalamualaikum...
salam ceria dan salam berpuasa pada hari yang ke..??

Diharap semua pembaca dalam keadaan sihat lagi ceria dan lagi bahagia.

Kali ini adalah perkongsian bagaimana untuk minum pati delima jika anda tidak tahan dengan rasanya yang masam.

Caranya mudah saja iaitu:
Boleh campurkan 3 sudu gula di dalam air panas, cairkan gula dan masukkan 5 sudu pati delima, Maka jadi lah jus delima Gulsan.



Saya dapat idea ini kerana saya pernah minum jus delima Gulsan yang dalam pek kotak RM7 yang saya beli di sebuah kedai menjual barangan produk dari timur Tengah. Rasanya jus yang saya buat lebih kurang sama dengan yang dibeli siap dalam kotak.

Anda boleh cuba, kerana khasiat delima tidak dapat dipertikaikan lagi. Boleh dapat maklumat lanjut mengenai khasiat pati delima di facebook saya.

Jika ingin dapatkan pati delima, boleh hubungi saya di 

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog : wanrokiah.blogspot.com
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Kedaionlinecikroki

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti



Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Resepi Mudah.......Mi Goreng


Assalamualaikum w.b.t


Tiada apa yang nak dicoretkan pada entri kali ini melainkan hanya resepi mudah tetapi amat mengenyangkan. Ianya mudah, cepat dan senang dimasak.

Bagi yang baru berjinak-jinak masuk ke dapur, memang elok sangat lah mencuba resepi ini. Sedap tak sedap itu perkara nombor dua, yang penting masak dulu, letak bahan secukupnya pasti akan sedap. Pendek kata, mungkin orang yang makan akan suruh buat atau masak lagi buat kali kedua dan seterusnya.

Tak percaya sila cuba dulu. Lihat hasilnya kemudian.

Ok resepi kali ini adalah MI GORENG

Bahan-bahan
Mi basah (saya biasanya akan rendam dengan air panas dulu sekejap untuk hilangkan kapur pada mi)
Lauk (ayam dihiris, daging, sotong, udang dan apa-apa lauk yang ada)
Bebola ikan
Telur sebiji
sayur, biasanya sayur sawi.
garam
 sos cili,
sos tiram,
Kicap masin & manis

bawang merah dan bawang putih ditumbuk
cili boh



Cara-caranya
1)Tumis bawang bersama cili boh
2) Masukkan lauk dan gaul rata, biarkan air dari lauk agak kering.
3) Masukkan air sedikit dan garam,
4) Bolehlah dimasukkan kesemua sos dan kicap, gaul rata, pecahkan telur dan letak mi,
5) Akhir sekali letak sayur dan kacau rata sehingga masak.
6) Ambil sedikit dan rasa, jika ada yang kurang sila tambah.


Biasanya saya akan masukkan sedikit gula .al maklum la orang kelantan, tak sah jika kurang manis.


Selamat mencuba.

Tumis bawang & cili dulu
Masukkan lauk
letak fish ball & batang sayur



Baru masukkan mi

Masukkan sayur daun & cili besar

Gaul Rata

Siap dihidang




Resepi yang amat amat amat mudah...



Sangat sedap dimakan dengan keropok keping yang sudah siap digoreng.



 Anda nak dapatkan keropok keping, boleh hubungi saya

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog : wanrokiah.blogspot.com
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Kedaionlinecikroki

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Monday 29 July 2013

Tazkirah Puasa


Kesihatan Tubuh Badan

Puasa adalah salah satu latihan nafsu yang melalui tuntutan menyekat keperluan makan dan minum secara fizikal. Puasa juga bertujuan untuk menumbuhkan jiwa agar seseorang itu boleh tumbuh sihat dengan memiliki sifat-sifat yang baik dan terpuji. Bila jiwa dan akhlak dilatih melalui puasa, sedikit sebanyak akan mempengaruhi perkembangan fisiologi dan fizikal individu tersebut. Apatah lagi segenap bentuk minuman dan makanan yang kita ambil langsung memberi kesan pembentukan jiwa dan fizikal individu.

Petua kesihatan tubuh badan:
1)      Jangan ambil terlalu banyak asam (makanan masam )
2)      Jangan meneran semasa membuang air besar
3)      Jangan melihat najis
4)      Jangan baca perkara-perkara yang ditulis di tanah perkuburan
5)      Jangan makan organ-organ binatang
6)      JANGAN CAMPUR MAKANAN
Contoh: LAUK daratan (ayam, daging) dengan LAUK lautan (Ikan, Udang, Sotong)

Ini adalah ringkasan atau cebisan yang dapat daripada kuliah Ustaz Amir Mutakkin Bin Haji Ab Ghani di surau An Nur pada Kuliah Wanita 28 Julai 2013.

Semoga bermanfaat untuk bacaan saya sendir dan juga pembaca di luar sana. terima kasih kerana mengikuti dan membaca entri-entri di blog saya.