Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday, 26 September 2013

Idola kehidupanku

Salam kasih sayang,

Assalamualaikum wb.t,

Semoga anda semua dalam keadaan sihat sentiasa. Saya juga mohon semoga anda semua doakan saya dalam keadaaan sihat supaya saya boleh terus menulis dan menulis untuk bacaan anda semua.
Perkongsian kali ini adalah mengenai idola kehidupanku.

Saya ada seorang kakak (umur lebih tua dari saya) atau kawan setempat kerja, dia ini memang menjadi rujukan saya dalam banyak hal kehidupan. Cara hidup beliau sangat sederhana, tetapi pulangan yang diberikan kepada orang yang terdekat terutama keluarga adalah sangat lumayan.
Apa yang nampak di sini adalah cara beliau kendalikan wang gaji dan setiap kali dapat kenaikan dan bonus daripada syarikat kami bekerja.

Cerita pertama, hari-hari kakak ini akan bangun awal, tak silap saya 4.30 pagi setiap hari untuk masak sarapan pagi dan bekalan makanan untuk dibawa ke tempat kerja. Bekalan ini akan dimakan pada waktu rehat.Sarapan pagi itu pula disediakan untuk diri sendiri dan suami. Memang hari-hari rutin harian nya hampir sama, kecuali jika ada kawan-kawan yang sudah memang berjanji untuk makan di luar baru lah dia tidak akan bawa bekal. Betapa berjimat cermat nya beliau menguruskan duit harian.

Sumber gambar : google


Dua kali seminggu kakak ini akan pergi ke pasar malam untuk beli barang basah dan sayur-sayuran. Kebetulan dua kali seminggu ada pasar malam di sini. Setiap Selasa dan Sabtu. Memang sudah di bajet berapa jumlah yang akan beliau habiskan untuk barangan keperluan ini.

Sumber gambar: google


Lihatlah betapa jimatnya kakak ini uruskan setiap perbelanjaan bulanan beliau.
Nantikan episod seterusnya di cerita selanjutnya, banyak yang saya nak kongsikan tentang idola kehidupanku.

Sekian, sehingga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment