Dah banyak kali tertangguh untuk berkongsi entri tentang perniagaan kerepek ini.
Kisah kerepek bermula apabila pembekal atau tak lain dan tak bukan adalah cikgu kepada asas blog dan fanpages yang tawarkan kepada saya untuk berniaga kerepek semasa bulan puasa sebagai bekalan untuk menyambut Hari Raya. Ini bermula sebelum umat Islam mula berpuasa lagi. Seingat saya 7hb Julai 2013 adalah tarikh tutup untuk order. Dan pengambilan order dimulakan lebih awal dari itu.
Padahal bulan puasa pun belum mula lagi kerana pada tahun 2013, puasa bermula adalah pada 10 Julai 2013. Tetapi betapa terancang dan bersistem, kami mulakan langkah awal.
Gambar di atas merupakan sebahagian daripada kerepek yang telah ditempah. Sebenarnya saya telah ceritakan sedikit mengenai perniagaan kerepek ini di sini dan juga di sini. Tetapi kerana keterujaan saya rasa ingin berkongsi lagi supaya boleh menjadi rujukan saya dan yang lain di masa akan datang.
Dan yang paling tak disangka sambutan kepada kerepek yang bernama jagung pilus sangat menjadi rebutan ramai sehingga sampai sekarang order untuk ini masih masuk. Maknanya kerepek bukan hanya glamor atau popular semasa musim raya tetapi dia sangat sesuai untuk bila-bila masa sahaja.
Saksikan pula gambar opak kari yang ada bakinya selepas raya, maka cikgu kepada asas blog saya itu tanyakan sama ada saya nak jual atau nak habiskan jualan akan kerepek ini. Rupanya saya ambil dan buat promosi sikit, dah ada yang beli, licin pula tu. Kuat sungguh kuasa facebook di kalangan rakan-rakan.
Ini pula gambar model tak berbayar yang sedang makan keropok beroda yang sememangnya menjadi kegemaran ramai kanak-kanak.
Bagi anda yang masih ragu untuk menjalankan perniagaan, walau apa jenis sekalipun, anda boleh hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut dan ketahui cara nya.
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog :
wanrokiah.blogspot.com
Facebook :
Wan Rokiah
Fanpages:
Kedaionlinecikroki
Setakat itu dulu coretan di kala ini. Sehingga kita berjumpa lagi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment