Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday, 2 April 2016

Elakkan Perasaan Negatif

Assalamualaikum w.b.t,

Semoga semua dalam keadaan sihat dan gembira di hujung minggu biar apa saja aktiviti yang dilakukan ya.
Sedikit perkongsian dari saya.

Dalam dunia ini ada pelbagai jenis manusia, pelbagai ragam, dan kita pula memang mudah terpengaruh. Dengan siapa kita bergaul, dengan siapa kita berkawan, semua itu akan mempengaruhi kita. Tapi jika kita ini manusia yang neutral, walaupun berkawan dengan siapa saja, bergaul dengan siapa saja, kita akan kembali kepada asal diri kita. Biar kadangnya memang agak payah, sebab itu pentingnya kita memilih kawan yang positif. 

Walau apa pun, kita harus mengawal diri kita dari pelbagai perasaan negatif yang sentiasa datang mengganggu dari dalaman dan luaran iaitu persekitaran kita.

Bagaimana caranya?
1-Carilah rakan dan kawan yang boleh neutralkan kita semula

2-Belajarlah dari pengalaman, semakin kita berpengalaman, semakin kita tak endah atau tak melayan perangai manusia yang tidak memberi manfaat kepada kehidupan kita

3-Elakkan dari suka bercampur dengan merka yang negatif, atau bila mereka mula bercakap negatif, kita cepat-cepat blok merka dan bawa ke arah positif

4-Ingatlah Hidup ini sangat singkat masanya, jangan buang masa dengan melayan perkara-perkara negatif begitu.

Sekian dulu. 
Entri ringkas saja dari saya untuk kali ini.

Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua termasuk saya sendiri.
Istirehatlah sepuasnya, tidurlah secukupnya semasa hari cuti di hjung minggu bagi yang berkja seperti saya. Kerana ia sangat penting untuk anda kekal sihat sentiasa.

No comments:

Post a Comment