Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday 20 September 2013

Ikan Ayam Nama Diberi

Assalamualaikum w.b.t,

Pernahkah anda mendengar nama Ikan Ayam? Atau orang di sebelah Pantai Timur memanggil dengan nama Ikan Jebon.

Saya dapat empat ekor ikan Ayam ini daripada sepupu yang baru balik berjumpa bapanya di Kuantan.

Selain ikan ini, sotong dan udang turut sama diberi. Seingat saya sebelum ini dah pernah dia bagi tetapi dah siap sian, hanya tinggal untuk dimasak sahaja.

Tapi kali ini, dia bagi yang segar belum di sian. rupanya kulit dia seperti kertas pasir keras di di luar. 



Perlu ditarik keluar dulu kulitnya dan tinggal kulit dalam sahaja. Rupanya kulit dalam bersih dan lembut sahaja.



Kenapa dipanggil Ikan Ayam?
Kerana isi nya seperti rasa ayam. Memang sedap digoreng kunyit dan dimakan dengan nasi atau diratah begitu sahaja.

Kenapa dipanggil Ikan Jebon?
Yang ini saya tidak berapa pasti, mungkin kerana kulit luarnya yang keras.

Apa masakan yang sesuai dimasak untuk ikan ini?
1) Digoreng kunyit
2) Dimasak gulai kari
3) Dimasak tempoyak
4) dan mungkin pelbagai masakan lain 

Mana nak dapatkan ikan ini?
Jawapan yang tepat adalah laut. Jangan marah saya, sebab sememangnya ikan ini datang dari laut yang air masin. 
Yang lain mungkin di pasar-pasar basah lah.

Sekian. 


Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : 
http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini :  
Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini :  Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : 
Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : wanr82@yahoo.com
Sms/whats app :
010-9336935
Facebook :
Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment