Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday 29 November 2016

Merajuk

Assalamualaikum w.b.t,

Sekali sekala teringin nak coretkan coretan santai, untuk ringan-ringan bacaan sendiri dan mana-mana antara kamu yang sudi nak baca.

Susahnya nak pujuk orang yang jarang-jarang merajuk. Tuhan saja yang tahu.
Tuan dan puan bayangkan merajuk Isnin Malam dan Pagi Jumaat baru surut rajuknya.
Masya Allah, makhluk Allah buat pelbagai rupa perangai, maka selagi boleh hadap kita perlu hadapi jua. Apa yang perlu, minta bantuan dariNya kerana Dia yang pemegang hati semua makhluk.

Susah nak merajuk tapi rajuknya lama dan susah nak makan pujuk.
tak sama macam orang selalu merajuk, mudah hilang rajuknya.

Selalunya orang yang susah nak merajuk ini akan merajuk lama disebabkan memang salah orang yang buat dirinya rajuk, Jadi jika kita orang yang buat dia merajuk, maka pandailah pujuk. Apa yang perlu dibuat adalah minta maaf akan kesilapan yang kita lakukan. Bagitahu dengan nyata ucapan maaf itu. Jangan ulangi kesilapan yang buatkan dia marah dan merajuk.

Pujuklah dengan masak makanan kegemaran atau istimewa. Boleh juga bawa makan di luar.

Saya kongsikan gambar ehsan google muka-muka orang merajuk tetapi gambar kanak-kanaklah sebab comel, kalau gambar sebenar orang yang merajuk tu, buruk sangat.

Ginilah rupa kalau orang dha merajuk, suka bersendirian

Muka merajuk yang sedia sebab orang tersayang degil, susah dengar cakap


Sekian dulu ya.

Monday 28 November 2016

Beg Sekolah Anak-anak Tahan Lebih dari 4 Tahun

Assalamualaikum w.b.t,

Salam pagi Isnin, cuti sekolah sudah bermula dan jangan lupa, lagi lebih kurang sebulan akan buka sekolah semula dan ramai yang akan baru memulakan zaman persekolahan, anak saya juga tak ketinggalan memasuki era baru dalam hidupnya. Melangkah ke bangku persekolahan Tahun 1 di sekolah rendah berdekatan.

Dan saya memang bercadang untuk beli beg sekolah yang akan menjaga tulang belakang anak saya daripada sakit belakang kerana bawa beg dengan buku-buku yang berat. Paling seronok bila dapat tahu beg sekolah ini adalah Impact Ergo Beg galas yang boleh dibeli dari pasaraya saya sendiri. Mai saya ceritakan sedikit berkenaan ciri beg ini.

Ia diperbuat dari Bahan: Nilon Yan Berpintal 420D dengan salutan anti-UV, tidak telap air dan tahan lelasan yang tinggi. Makna kata kalis air dan tidak basah buku-buku jika terkena hujan. Sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia yang tidak menentu hujan panas nya.


Saiz: 27 (P) x 38 (T) cm x 16.5 (D) cm
Sesuai untuk kanak-kanak sekolah rendah dengan saiz mereka yang masih kecil.
Beg Galas Pink Untuk Kanak-kanak  Perempuan

Beg Galas Biru Untuk Kanak-kanak  Lelaki
Antara ciri-ciri yang lain yang sangat penting dan jarang ada pada beg-beg dengan harga biasa-biasa di luar sana adalah 

-​Sistem Perlindungan Tulang Belakang Ortopedik (OSPS)/Panel Perlindungan Spina 3D direka secara ergonomik supaya padan dengan bahagian belakang dan tulang belakang pengguna.

-Alur berlapik di bahagian belakang yang cukup diudarakan dan tali beg berlapik yang lebar memberi sokongan tanpa tekanan kepada bahu.
-Ruang fungsian untuk dokumen/buku. Tali suspensi bahagian dalam mengekalkan kandungannya dalam kedudukan menegak yang sebenar untuk kestabilan yang lebih baik.
Jadi pendek kata, beg ini boleh berdiri tegak dengan sendiri.
 Apa yang saya dapat testimoni dari kawan yang dah menggunakan beg ini adalah anak nya menggunakan beg ini dah 4 tahun dan masih utuh, tak perlu tukar beg sebab tak rosak. Jadi ia sangat ekonomi dan menjimatkan betul?
 Kata orang menanng membeli, menang memakai. 

Pengalaman saya sebelum ini, membeli beg sekolah anak-anak untuk ke Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) sahaja pun dalam 2-3 beg 1 orang anak-anak, jika dulu dalam RM25 dah dapat satu beg tapi sekarang rata-rata saya tinjau di kedai-kedai dalam RM35, RM40 malah ada yang lebih mahal dari itu, tapi tahannya hanya dalam 5-6 bulan sahaja. 
Jadi fikir-fikirkan ya ibu bapa sekalian. Labur sekali untuk barangan yang berkualiti dan anda akan jimat bertahun-tahun.

Sekian dulu.

Jika berminat untuk dapatkan beg sekolah, boleh hubungi saya 010-9336935.




Friday 25 November 2016

Rebus Makaroni 5 Minit Noxxa Vs 20 Minit di dapur Gas

Assalamualaikum w.b.t,

Sekarang ini mood untuk menulis dan berkongsi sangat ke laut. Jadi jarang-jarang saja kita muncul di sini ya.
Saya nak cerita peristiwa di dapur pagi tadi, maklumlah bersiap untuk bekalan anak-anak ke jamuan sekolah mereka di Pasti Al Hadi, jadi saya rancang masak pudding roti dan makaroni goreng.

Jadi kebiasaan yang saya gunakan untuk rebus makaroni menggunakan Noxxa hanyalah 5 Minit dengan fungsi HP, high pressure. Tetapi pagi tadi saya gunakan Noxxa untuk buat puding roti, maka saya terpaksa masak makaroni di atas dapur gas. Lebih kurang 20-25 minit digunakan untuk masak makaroni rebus, siap masak dan kembang dengan jaya. Jauh berbeza dari segi masa memasak menggunakan Noxxa Pressure Cooker dan dapur gas. Jimat masa berganda-ganda.

Makaroni Goreng siap dimasak
Saya buat puding roti bakar dengan menggunakan Noxxa fungsi stim selama 25 minit. Sungguh mudah dan cepat. Sedang elok puding masak dan macaroni atas dapur pun masak. Saya punyalah set masa bangun awal untuk memasak supaya tak lambat dan terkejar-kejar, rupanya hampir setengah jam hingga 40 minit saja dah siap masak semuanya.

Puding roti Simple Noxxa


1 kejadian yang agak menakutkan berlaku kepada saya pagi tadi yang saya nak kongsikan di sini adalah masa tengah sibuk memasak, tetiba terdengar ketukan di tingkap cermin rumah saya berdekatan sinki. Ketukan sperti manusia, dalam hati saya memang fikirkan kucing sebab kucing selalu suka bermain-main dekat situ tetapi seawall 5 pagi tak akan kucing dah ada. Gerun dan berdebar-debar di dada. Ini adalah pertama kali berlaku kepada saya. Saya tak berani nak jenguk. Saya kejutkan suami yang sedang tidur dan minta dia jenguk ke luar pintu, suami saya bangun dan buka pintu dapur, berkejaran kucing dating ke pintu. Rupanya memang betul kucing, lapar minta nak makan rasanya.

Baiklah sambung balik cerita makaroni dan puding roti, saya buat untuk anak-anak saya yang ada jamuan di sekolah mereka sempena akhir tahun. Habis sesi persekolahan dah.
Saya selitkan gambar di sini untuk kenangan dan tatapan pada masa akan datang.

 3 menu untuk mereka termasuk sosej rebus kesukaan anak-anak
 Saya juga tambah menu puding roti versi kisar halus untuk santapan saya dan kawan-kawan di tempat kerja, dengan Noxxa kerja memasak menjadi mudah. Kisar smeua bahan dan tuang dalam periuk Noxxa, setkan stim 25 minnit dan sementara saya bersiap untuk ke tempat kerja, elok masak pudingnya dan boleh dimakan panas-panas. Seronok kan? Cubalah dapatkan 1 periuk dan masak rasa sendiri di rumah.

Dah masak di dalam periuk, tunggu suam-suam untuk dipotong


Sekian dulu cerita saya. Nak cerita pasal rebus makaroni tetapi dah melalut hingga cerita-cerita lain sekali.

Jika anda nak tahu, saya ni penjual Noxxa pressure cooker, jika berminat nak beli, boleh dapatkan segera dengan saya ya.

Boleh hubungi saya 010-9336935 (untuk maklum balas yang cepat).

Wednesday 16 November 2016

Vitamin C dan Air Minuman Phytopowder

Assalamualaikum w.b.t

kenanagan kami 2 beranak singgah ke HQ Amway di Petaling Jaya, tujuan asal untuk ambil periuk Noxxa yang jadi kegilaan ramai para suri. Selebihnya nak membeli belah barangan keperluan yang ada di Pavillion HQ ini.

Seperti saya janjikan dalam entri lepas, untuk tunjuk gambar-gambar kami, maka inilah tujuan entri ini sebenarnya. Sukanya Amirul apabila tengok wah banyaknya vitamin yang ada,ini saya punya sama kan mama katanya.

Vitamin C yang Amirul makan lebih dari 3 biji sebab suka
Minuman phytopowder pula memang kesukaan dia juga. Biasa saya dah beli perisa ceri, lemon dan kali ini oren pula. Amirul paling suka perisa ceri dengan warna merahnya. Ammar pula suka perisa oren.
Kali ini beli Phyto powder perisa oren pula lah 
Sebab datang berdua saja dan orang pun tak ramai sangat waktu kami datang, kami sempat lah bergambar-gambar di kawasan pavillion yang luas. Amirul tangkap gambar mama dan mama tangkap gambar Amirul. Saya juga ada meninjau di kawasan alat make up dan penjagaan muka  Aristry. Boleh mencuba lipstik dan apa saja yang ada di sana kerana ada tester @ sample.
Nak jugak muat walaupun gambar Kabur, hasil tangan Amirul

Ini pun sama kabur tapi nak buh jugak sebagai kenangan
Tempat masuk ke Pavillion, terpampar besar perkataan Amway. Memang menjadi kesukaan sesiapa saja yang datang untuk tak lepaskan peluang untuk bergambar di sini.Jadi kita pun minta Amirul ambilkan gambar, sekali separuh saja dia ambil.
Tak sah jika datang tapi tak bergambar di sini
 Selepas indoor, kita ber outdoor pula, masa ini nak pergi ke kaunter pick up periuk Noxxa.
Ini kes bila kita order online dan buat pilihan untuk ambil sendiri di HQ. Maka kena datang ambil di HQ dan minta borang atau slip di kaunter pertanyaan. Pastikan ada slip dulu baru ke kaunter ambil barang. Jika tak, jadi macam saya yang terpaksa ulang alik 2 kali untuk ambil barang. Kali pertama tanpa slip, sebab ikut arahan yang salah dari kaunter di Pavillion. Kalu kedua barulah betul. kena tunggu giliran juga sementara barang dari Gudang untuk dibawa ke kaunter pengambilan barang.

Bahagian luar, kira laluan tengah antara 2 bangunan
Lepas dah siap segala, kita isi perut dulu memandangkan dah tengahari, jam dah pukul  2 lebih. Memang target saya nak makan cendol di cafe. Untuk Amirul pula, kita order Maggie Goreng. Yang istemewanya kat cafe ini, kita akan dapat harga diskaun jika kita dah ahli. Lepas itu, masakan seperti mi, laksa dan maggie semua dibuat dengan Noddle Maker Noxxa. Memang home made la katanya.

Menu untuk hari ini : Cendol & Maggie Goreng

Cendol kegemaran

Kami Berdua, sorang cuti Pasti, Sorang cuti kerja
Lagi gambar kenangan kami semasa di cafe.

Makan jangan tengok orang

Sedap la mama : kata Amirul
Boleh pula tengah makan itu, meja berdekatan kami sapa kami dan bagi coklat sedap pada Amirul, rupanya kami ni 1 organisasi daripada datuk moyang lah kiranya kami ni dah tahap cucu cicit pada orang besar yang dah lama buat bisnes Amway. Mereka 1 keluarga dari pada ibu yang dah tahap nenek nenek, dengan anak-anak muda yang kiranya 1 keluarga buat bisnes Amway lah. Seronok tengok mereka berbual dan bercerita mengenai perniagan ini.

Sekian dulu. Cerita asal hanya nak promosikan Vitamin C untuk kanak-kanak dan air minuman berkhasiat Phytopowder, sekali dah mealulut cerita jalan-jalan di HQ Amway pula ya.

Jka berminat nak dapatkan barangan jualan saya, jangan lupa untk hubungi saya ya 010-9336935