Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday 27 August 2019

Nak pahala? Gila & Tamak Pahala?

Assalamualaikum w.b.t

Nak cari pahala mudah saja
Nak cari dosa pun mudah juga
Pilihan di tangan sendiri 😆😆😆

Ajar orang masak pun pahala
Ajar orang supaya buat baik pun pahala
Ajar orang buat duit pon pahala

Kita beli produk, kita kongsi kebaikan produk
Sampai mati kawan kita beli produk dan guna ke arah kebaikan, pahala itu mengalir saja

Jadi pilihan di tangan kita, nak beli periuk lepas tu kongsi kebaikan, cerita dan ajar resepi masak
Atau nak beli periuk sendiri pandai dan pahala terhenti di situ

#periukNoxxa #citePeriukPulakKuar

Ini antara ayat kita yang dikongsikan di laman Facebook dan Instagram milik kita.

Tak ada ayat skima atau copy writting, apa yang terlintas itulah yang ditulis. Semua ilham datang dari Allah jua.

Kalau berminat nak dapatkan periuk noxxa ohsem dari cikroki, hubungi kita segera ya.
Kita ajar guna sampai pandai dan kamu pula boleh ajar orang lain sampai pandai guna untuk memasak.
Kita mudahkan kerja orang, Allah mudahkan kerja kita berlipat kali ganda. Haaa gitu.




Monday 26 August 2019

Pakaian Paling Patriotik

Assalamualaikum w.b.t,

Pakaian paling patriotik yang dibuat dari jalur gemilang atau bendera Malaysia yang tercinta. Itu yang dipertaruhkan untuk murid @ pelajar tahap 1.

Jadi untuk lihat bagaimana rupanya, kita rajinkan diri google dan hasilnya seperti di bawah



Jadi ini rupanya pakaian paling patriotik iaitu bendera dijadikan pakaian baju kurung dan baju melayu.
Nampak lawa dan kreatif juga. Nanti bolehlah cuba cari dan buat juga untuk anak lelaki kita.


Sekian dulu. Penulisan santai saja kali ini.
Tak mau sarat sangat. Senyum.

Sunday 25 August 2019

Rezeki Jaminan Allah

Assalamualaikum w.b.t,

Percaya pada Allah, percaya pada rezeki. Itu jaminan Allah.

Rezeki akan datang pada yang berusaha
Rezeki akan datang pada yang tawakal
Rezeki akan datang pada yang istighfar
Rezeki akan datang pada yang bertenang
Rezeki akan datang pada yang bersyukur
.
Ia takkan datang pada yang berbunyi-bunyi
Ia takkan datang pada yang berkira-kira
Ia takkan datang pada yang meminta-minta
Ia takkan datang pada yang berkeluh-kesah
Ia takkan datang pada yang ragu-ragu.

Saya salin balik kata kata best ini dari buku FTR. Bila baca berulang kali pun tak jemu malah rasa makin melekat di jiwa dan kepala ini.
Jadi saya kongsikan di sini khas untuk pembaca blog saya.

Macam biasa jika ada berminat nak dapatkan produk jualan saya, boleh terus wasap.my/60109336935/kedaionlinecikroki

Sekian dulu.