Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday, 3 September 2013

Resepi Sambal Udang Petai Mudah

Assalamualaikum w.b.t,

Sambal Petai Istimewa




Sengaja nak kongsikan sedikit resepi mengenai petai sempena musim petai yang banyak sekarang. Saya sendiri telah beli petai dengan banyak terkebetulan ada rakan setempat kerja yang menjual dengan harga yang murah.

Ok, teruskan dengan resepi sambal udang petai yang saya buat,

Bahan-Bahan yang diperlukan:
Petai yang telah dikupas, buang kulitnya
Udang yang juga dikupas kulit (ini untuk memudahkan pemakannya terus makan)
Cili boh,
Bawang merah,
Bawang putih,
Halia,
Serai,
Sos Tiram,
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit air.



Cara-caranya:
1) Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia, Serai hanya diketuk.
2) Tumiskan bersama minyak yang lebih dulu dipanaskan. Masukkan cili boh dan kacau sehingga naik bau. Masukkan sedikit air untuk jadikan kuah.
3) Masukkan udang dan biarkan sehingga masak sambil kacau-kacau sedikit untuk pastikan udang masak.
4) Masukkan sos tiram, tambah garam dan gula sedikit.
5) Akhir sekali, masukkan petai dan tunggu sehingga masak.
6)   Sedia dihidang.

Sekian.


Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah



No comments:

Post a Comment