Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday 14 May 2017

Nasi Ayam Resepi Mudah

Assalamualaikum w.b.t,

Bila tiada mood tetapi terpaksa masak juga, jadi kita fikirkan cara mudah dan resepi mudah saja untuk si pemalas.

Maka terhasil lah nasi ayam si pemalas, nasib baik ada gajet canggih, periuk tekanan Noxxa dan Air Fryer Philips.  Jadi tiada alasan untuk tidak memasak jika ada tukang makan ya.

Resepi mudah
Saya basuh bersih ayam lebih kurang 1 ekor
Masukkan dalam periuk noxxa
Ketuk 3 biji bawang putih dan masukkan sekali dengan 3 sudu kecil garam serta 1 kiub ayam
Tekan hp10 minit dan biarkan sehingga masak
Bila dah masak, saya asingkan kuah ke dalam periuk lain, ayam nya saya letak dalam bekas.
Taruh sos tiram, sedikit kicap dan 2 sudu kecil kunyit. Gaul sebati dengan ayam yabg direbus tadi. Saya tak gaul sangat pun sebab ayam masih panas.

Basuh beras dan rendam sekejap dengan sedikit kunyit. Masukkan beras 3 pot dalam periuk noxxa berserta daun pandan yang diikat. Masukkan kuah ayam tadi secukupnya ikut sukatan beras tadi.

Saya tetapkan hp5 minit sahaja untuk nasi masak sempurna.

Kuah ayam pula saya tambah sedikit garam lagi dan rasa sudah  cukup elok

Ayam tang diperap tadi, saya susun kesemuanya dalam Philips Air Fryer XL dan setkan suhu 180° selama 3 minit sahaja. Ini kerana ayam sudah masak sempurna dengan periuk noxxa tadi. Ini bertujuan untuk goreng secara sihat.

Bila nasi sudah masak, boleh lah dihidangkan dengan sos cili tomato dan kicap beserta timun, tomato dan salad.
Tapi kali ini saya hanya hidangkan nasi ayam dengan kuah sup dan ayam goreng sahaja. Nama nya kan nasi ayam si pemalas.

Tak sangka sedap juga rasanya dan dimakan bersama 5 kanak-kanak di rumah ini.

Nasinya masak elok dan ayam pun sedap diratah  atau dimakan dengan nasi ayam.

Ini dia nasi ayam dan ayam AF


Sekian dulu.

Jika berminat nak dapatkan Noxxa dan Air Fryer Philips boleh hubungi kita  dan kita bantu anda gunakan nya dengan semaksima mungkin.


Thursday 4 May 2017

Baju Sekolah Anak Kotor

Assalamualaikum w.b.t,

Oh sangat menderita untuk melakukan kerja-kerja membasuh baju sekolah anak. Memerlukan tahap kesabaran yang tinggi dan tahap kekuatan yang luar biasa al maklumlah baju putih, kain kapas.

Gambar baju di bawah ini adalah baju putih sekolah anak saya yang sudah dibasuh dan direndam dengan sabun X yang mana sangat popular jugak, lepas rendam, saya keluarkan dan tabur sabun X tersebut pada tempat-tempat yang kehitaman. Anak saya jika hitam di leher dan pergelangan tangan itu sudah biasa, ini tambah pada bahagian perut/pinggang dan bahu. semacam terkena minyak tar atau  minyak gris dari pagar mungkin.

Kesan Kotor di bahu dan dada/perut baju

Ini pula yang saya basuh kembali dengan sembur SA8 pre-wash, biarkan 1 minit dan baru basuh. Saya gunakan sabun cecair SA8 pula. Sebenarnya Ahad lepas saya ada sembur SA8 pre wash pada kasut sekolah anak, dan dibiarkan 1 minit sebelum saya sental dengan berus. Memang agak terperanjat dan terkejut 'beruk' sedikit apabila sental saja, kasut bertukar jadi putih, sental lagi putih lagi, jadi naik 'raliks' pula kita mencuci kedua belah pasang kasut sehingga habis. Kerja mencuci jadi lebih mudah.

Sedikit tips:
1-Semasa sembur dengan pre wash SA8, pakaian yang nak dicuci haruskan dalam keadaan kering
2-Biarkan lebih kurang 1 minit saja, jangan lebih kerna khuatir kesa spray akan kering dan menyukarkan kerja mencuci
3-Terus cuci pakaian kotor dengan sabun pula
Selamat mencuba

Kotoran hilang dan tanggal segera-Selepas dibasuh

Sekian dulu coretan saya sebagai ibu yang baru anak 1 masuk sekolah kebangsaan dan agama. Bagi ibu-ibu yang ada lebih ramai anak yang bersekolah, saya syorkan harus ada 1 pre wash SA8 di rumah anda untuk membantu kerja-kerja mencuci.

Set SA8 yang ada di rumah untuk kegunaan basuh pakaian

Ini dia SA8 Pre Wash yang disembur pada baju sebelum dibasuh


Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935

Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 3 : Bisnes

Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

 Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

 Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)

melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel

Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:

Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
 Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: 
Akademi 

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:

Sms/whatsapp ke : 010-9336935

Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook : Wan Rokiah