Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday 8 August 2017

Basuh Pakaian Setiap Hari?

Assalamualaikum w.b.t,

Hari-hari basuh baju dan perlu uruskan setiap hari?

Kenapa ya? Sebab utama adalah kerana setiap hari kita memakai baju, jika ada anak, mestilah lebih banyak pakaian digunakan dan lebih kerap kerja-kerja membasuh dan menguruskan pakaian perlu dilakukan.
Image result for kain bertimbun
Pinjam gambar dari Google


Kerja menguruskan pakaian melibatkan lipat baju, susun semula di almari atau kabinet untuk setiap orang yang ada dalam rumah. Menyidai pakaian atau baju-baju yang sepatutnya, menggosok dan menyimpan dengan kemas sebelum ia digunakan semula.

Proses ini akan sentiasa berulang dan tidak akan pernah berhenti walaupun kita sudah tiada lagi di dunia ini.

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah perniagaan untuk membasuh dan menguruskan pakain ini sentiasa terbuka bagi mereka yang nampak akan peluang. Macam saya, saya pernah kerja sambilan di kedai dobi kerana ada permintaan dari orang ramai yang memerlukan khidmat, membasuh, mengering, melipat  dan menggosok pakaian. Perniagaan ini masih berjalan sehingga sekrang malah sudah dimodenkan dengan kedai-kedai yang layan diri sendiri, di mana keja lebih mudah, orang ramai boleh membasuh, menegeing pakaian mereka menggunakan mesin awam dengan membayar nilai yang sedikit murah berbanding kedai dobi biasa.

Bagi saya pula, sekarang saya lebih suka untuk basuh sendiri di rumah dan ketambahan pakaian anak-anak setiap hari menyebabkan saya terpaksa basuh pakaian hari-hari. tetapi disebabkan saya ini orang dan ibu yang bekerja dan berbisnes jadi saya hadkan basuh pakaian pada hari minggu atau 2 kali saja pada hari bekerja.  

Saya menggunakan sabun dari kedai saya sendiri, yang mana setiap kali saya beli dan guna sampai habis, saya akan dapat bonus bulanan. Dalam masa yang sama, saya ajak-ajak anda dan kawan-kawan saya menggunakan sabun yang sama, saya akan dapat bonus juga. Kiranya dalam 1 masa, kita dapat bantu diri sendiri untuk mendapatkan pendapatan tambahan, termasuk orang lain yang menggunakan dan praktik perkara sama seperti kita buat. Yang paling seronok, pakaian kita berbau wangi dan bersih dari kotoran.

Dalam rangkaian sabun SA8 yang saya jual atau Amway Home,  ada pelbagai sabun untuk pelbagai kegunaan seisi rumah, jadi jemput datang ke kedai online saya KedaiOnlineCikRoki di page fb dan juga blog ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Sekian dulu. 

Sunday 6 August 2017

Majukan Diri

Assalamualaikum w.b.t,

Penat kan kerja siang malam
Tak cukup hari biasa sambung pada hari minggu
Dari pagi bawa ke malam
Tak cukup rehat
Dapat pendapatan aktif
Tak kerja, langsung tak dapat apa
Akhirnya badan penat, anak ke mana, pasangan ke mana
Apa yang di kejar sebenarnya?

Cuba berfikir sejenak
Renungkan tujuan hidup ini
Cerdikkan sedikit pemikiran, tajamkan minda
Baca dan ikuti kisah kejayaan orang yang dah lalui dan sedang berjaya kini
Terutama yang dapat kebebasan masa
Yang dapat pendapatan pasif
Yang dapat pahala mengalir bak air yang tidak pernah henti

Contohi lah Rasul kita
MUHAMMAD S.A.W
Sampaikan kebaikan, kongsikan ilmu
Bantu diri kita dan orang lain
Biar orang itu bantu orang lain lagi
Indahkan?

Jadi elok sangat jika kita terus majukan diri dan bantu orang lain majukan diri juga dalam masa yang sama
Jom kita majukan diri.
Berusaha selagi kudrat tulang 4 kerat ada.

Selamat berusaha wahai semua sahabat.

Jom Baca Buku Tambah Ilmu

Assalamualaikum w.b.t,

Assalamualaikum dan selamat tengahari,

Selamat berhujung minggu bersama keluarga bagi yang bercuti
Bagi yang bekerja, selamat bekerja dan semoga kerja yang anda lakukan mendapat redha dan keberkatan dari Allah S.W.T,

Kebetulan 2 pagi hari yang lepas, saya terbangun jam 5 pagi dan terus bangun tanpa sambung tidur, maka banyak kerja-kerja rumah yang selama ini tertangguh, dapat disiapkan. Kain yang dah lama tak berlipat, sempat siap dilipat dan disusun ke rak masing-masing. Yang mana perlu gantung, siap digantung.

Pagi kedua terbagun awal lagi,saya ambil masa sedikit untuk menyusun dan melihat stok buku yang ada di rak, rasanya dah lama tak terusik. Sebenarnya depan susunan buku-buku ini saya letak deretan Vitamin atau supplemen dari Nutrilite, Amway yang mana saya makan harian dan jual juga ya.
Maka buku di belakang memang tak terusik, hanya Vitamin dan supplemen saja yang saya sentuh setiap hari.

Saya hanya menyusun semula mengikut sedap mata yang memandang, ikut ketinggian buku, dari tinggi ke rendah. Nanti kita rajin, susun semula ikut nama-nama betul.
Habuk-habuk halus pada rak juga disapu dan nampak lebih terjaga.

Susunan buku di rak, banyak lagi yang dalam kotak (belum susun)

Antara stok buku yang ada di rak

Sebenarnya jadikan buku sebagai kawan adalah lebih bernilai dan bermakna untuk tambah pendapatan dan ilmu pengetahuan kita. Sesuai untuk kita manusia yang ingin elakkan membuat dosa dan menambah pahala. 

Sekian dulu coretan kali ini.

Rutin hujung minggu saya sejak 1 bulan yang lepas agak berubah,nanti saya ceritakan dalam entri akan datang.