Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday, 30 September 2013

Tetamu Mengejut

Salam sayang wahai pembaca sekalian,

hahaha, apa akan jadi pada anda bila tetamu yang tiba-tiba ingin berkunjung ke rumah anda tanpa info lebih awal? Awal itu maknanya sehari, atau lebih sehari awal sebelum berkunjung. Bila tiba-tiba anda dapat panggilan telefon yang mengatakan tetamu sedang dalam perjalanan untuk ke rumah anda, apa perlu anda lakukan?

Pernahkah anda mengalami situasi begini?
Jika pernah apa yang anda lakukan?

Ok di sini ada tips atau beberapa langkah yang anda boleh ikut apabila tiba-tiba ada tetamu mengejut yang ingin bertandang ke rumah.

Langkah pertama: 
Sudah semestinya mengemas adalah perkara utama. Ruang tamu yang paling utama untuk kelihatan kemas. Selainnya adalah tandas dan kemudian adalah dapur.

Langkah kedua:
Juadah untuk menjamu tetamu yang bertandang. Sediakan benda yang paling mudah dan ringkas. Penyelesainya adalah keropok lekor atau karipap segera yang ada dalam peti sejuk. Hanya keluarkan dan goreng.



Paling mudah dan ringkas lagi adalah, kerepek dan biskut, makanan yang tak perlu dimasak, hanya keluarkan dari plastik dan hidangkan.

Langkah ketiga:
Layanlah tetamu anda sebaiknya, jangan sibuk dengan urusan-urusan lain pula semasa keberadaan mereka.

Sekian tips mudah dari saya jika anda tiba-tiba menerima tetamu mengejut.

No comments:

Post a Comment