Cari di sini

iklan

Thursday, 19 September 2013

Carilah Ilmu, Gunakan Ilmu, Kongsikan Ilmu

Assalamualaikum w.b.t,

Ingatlah bekalan kita yang akan dibawa ke Akhirat nanti. Antara ilmu, harta dan amal soleh, ketiga-tiga nya memang boleh dibawa ke sana.

Tetapi yang paling ketara Ilmu yang diamalkan dan yang diajari paling mudah untuk kita bawa sebagai di sana. Mungkin ramai yang kata untung lah siapa yang menjadi cikgu atau guru sekolah. Sebenarnya tidak untung mana jika dia lakukan bukan kerana Allah, tidak seikhlas hati mengajar anak murid. Pokok pangkal kena IKHLAS.

Untuk harta, ya memang  kita tidak nampak harta ditanam sekali dalam kubur bersama jasad kita yang tiada roh, tetapi harta di sini dimaksudkan ialah harta yang kita belanjakan di jalan Allah, derma kita, sedekah kita, zakat kita yang kita laburkan untuk ke jalan Islam dan Allah. Segala harta benda yang kita wakafkan, akan dihurai lebih lanjut dlam entri yang akan datang.

Ketiga, Amal Soleh. Segala amalan kita, baik yang wajib, sunat atau perbuatan kita buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang. Semua itu akan dihitung. Jagalah akhlak kita selepas buat segala perkara yang wajib, jaga adab sopan.


Carilah ilmu, betapa pentingnya ilmu, bukan ilmu di sekolah, di maktab atau di universiti yang membolehkan kita dapat sijil tetapi ini mengenai ilmu yang akan kita bawa ke sana nanti.Tempat yang kekal abadi. Semoga syurga tempat kita semua nanti.





Jom cari ilmu yang boleh memberikan kita bekalan untuk ke sana suatu hari nanti. Gunakan ia ke jalan yang diredhai, moga memberi manfaat untuk diri sendiri dan orang lain.Kongsikan apa saja ilmu yang berguna, kita tidak tahu bila ia akan diperlukan tetapi saat ia berlaku dan diperlukan, ia memang sangat berguna.
Lihatlah, ilmu umpama air yang mengalir.



Ilmu tidak akan pernah mati sekalipun kita telah mati.
Wallahualam.
Sekian.

 
Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : 
http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini :  
Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini :  Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : 
Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : wanr82@yahoo.com
Sms/whats app :
010-9336935
Facebook :
Wan Rokiah