Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday 24 January 2017

Clearance Stock Tupperware : Jualan Murah-Murah Saja

Assalamualaikum w.b.t,

Saya nak buat jualan Tupperware penghabisan stok secara besar-besaran. Boleh lihat barangan apa yang ada dan jika berminat boleh terus hubungi saya 010-9336935.


Gambar ehsan google : Tupperware Red Pack

Ada 3 saiz berbeza : Boleh pilih nak beli saiz mana atau 1 set

Let's Party with Big Packer

Green Punch Bowl

Party Set : Punch Bowl and Mug

Fairy Flask RM35 1biji, pm 010-9336935 untuk lebih murah

Freezer mate Essential set :Kegunaan 1 rumah

Freezer Mate segarkan lauk pauk anda

Freezer Mate Essential Set : Keperluan untuk anda



Botol Air 1Liter

Bowl

Modular Mate Hijau

Party Set : Take a lot Set

Party Set : Elegancia Bowl

Party Set : Signature Series
Untuk Party Set memang kebiasaan saya terus jual set RM160, tetapi jika anda mahu beli asing, tidak ada masalah, boleh saja hubungi saya dan saya akan berikan harga yang terbaik untuk anda.

Yang pasti untuk clearance stock dan jualan murah-murah saja Stok Tupperware yang ada.

Sekian dulu.

Wednesday 18 January 2017

Kasut Sekolah Bersih dengan EziClean

Assalamualaikum w.b.t,

Dah mula sesi persekolahan selama 2 minggu dan rutin saya sebagai ibu kepada anak yang bersekolah juga dah berubah. Ada tambahan kerja-kerja yang menanti, salah satunya adalah basuh baju sekolah putih dan kasut sekolah. Jadi saya pilih untuk guna sabun yang mudah dan senang untuk hilangkan kekotoran pada baju ptuih dan juga sekaligus kasut sekolah.

Mempunyai anak lelaki rasanya kerja membasuh dan mencuci lebih berganda berbanding anak perempuan kata kebanyakkan orang. Bagi saya sama sahaja mungkin. Kerja membasuh jadi lebih mudah dengan eziclean, sejenis sabun yang selamat untuk manusia dan alam sekitar.

Untuk baju-baju sekolah kebangsaan dan baju sekolah agama, saya rendamkan dalam sabun eziclean dan air separuh baldi. Selepas setengah jam kadang terlebih sebab selalunya saya basuh semasa sedang mandi, sekali jalan saja. Kerja mudah sangat, hanya berus tempat yang kehitaman seperti di kolar baju dan di lengan baju, untuk seluar putih pula di bahagian lutut dan kaki bawah. Memnag kotoran mudah tanggal.

Bagi kasut pula, saya tak rendam, kebanyakkan testimoni bagitahu supaya rendam sekejap dan baru basuh. Saya pula hanya taburkan serbuk sabun eziclean di atas kasut yang dah dibasahkan terlebih dahulu. Biarkan seketika sebelum di berus bersih. Bukan apa sebab kasut masih baru, jadi saya tak berani untuk rendam dalam air, risau kasut akan mudah rosak.

Kasut kehitaman pada hari kedua persekolahan
Jangan terkejut jika anda tengok kasut anak anda kotor dan hitam bila pulang dari sekolah. Sebab anak saya sendiri yang darjah 1, 7 tahun umurnya, hari pertama sekolah saja kasut memang dah hitam, bila ditanya katanya kawan terpijak semasa perhimpunan. Esoknya, hari kedua perskolahan, balik dari sekolah kasut semakin hitam, sama juga dipijak rakan sekolah. Jadi memang sesuai untuk ibu-ibu di rumah beli dan guna sabun eziclean ini, saya jual juga sambil guna. Jika anda mahu, boleh hubungi saya 010-9336935.

Beli sepasang kasut lagi untuk bergilir pakai

Sabun ezi clean ini dipek sebanyak 1kg setiap pek dan harganya RM23 satu pek. Jika berminat boleh segera hubungi saya kerana saya ada ready stok, cuma limited saja.

Ini dia sabun eziclean yang saya guna dan jual sekali
Jika nak tau sebenarnya pernah viral yang 10,000 pek 1 hari habis dijual di seluruh Malaysia. Dan ia sememangnya benar kerana stok yang saya nak beli di stokis Kota Bharu kehabisan, nasib baik saya telefon sebelum datang. Dan dengan jasa baik Leader yang berada di Selangor, belikan untuk saya berpek-pek kerana saya sendiri nak pakai dan kawan-kawan di tempat kerja dan sekitar juga mahukannya.

Antara gambar-gambar testimoni dari kumpulan TLC, group kami
Anda percaya? Seharusnya cuba dan lihat sendiri kesannya. Saya tidak menipu, saya bercerita dari kisah benar. Dan mereka jua bercerita berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

Di masa lain, saya akan ceritakan bagaimana saya gunakan eziclean untuk cuci kuali.
Sekian dulu. 

Monday 16 January 2017

Ammar di Pasti Al Hadi


Assalamualaikum dan selamat pagi wahai pembaca blogku
 Alhamdulillah masih mood rajin untuk menaip dan berkongsi cerita-cerita semasa yang berlaku kepada diri saya buat masa sekarang. 2 hari si abang dah masuk sekolah rendah, adik dah  mula tak keruan, umpama dia yang pertama masuk sekolah padahal dari umur 2 tahun lebih dah daftar Pasti sekali dengan abang. Ramai juga kenalan dan kawan-kawan dari dia umur 3 dan 4 tahun. Sekarang dah masuk tahun ke3 di Pasti jika diikutkan tapi masih liat dan menangis tidak suka dan jika boleh nak cuti berada di rumah bawah jagaan mama dan abah saja.

Dan untuk pengetahuan, Ammar memang selalu juga demam boleh dikatakan setiap bulan. Dan sekarang pun badannya tidak berapa sihat, panas dahinya dan dia mengadu sakit tekak, bila ditengok dalam tekak tak merah pula seperti biasa tonsil.
Setiap pagi juga perlu mandikan dia dengan air suam. Sebenarnya sebagai langkah memujuk juga.

Minggu kedua persekolahan sah Ammar cuti lagi, demam badannya panas dan mula batuk-batuk. Merengek tak nak ke sekolah dan minta mama cuti untuk menjaga dia di rumah. Tak nak duk bersama abahnya. Padahal jika diikutkan badan dah tak demam dan panas setelah makan ubat demam dan batuk. Ber'galok' dapat duk rumah. Satu kebahagiaan bagi dia jika cuti dari sekolah

Kadangkala kita terpaksa berkorban kerja demi anak walaupun sudah merancang untuk menjaga kedatangan tahun ini 2017, serik dengan 2016 yang cuti selama 5 hari.  Walaupun jika diikutkan tahun 2017 adalah tahun saya bersama anak-anak di rumah, urus rumahtangga dan hal sekolah anak sahaja. Tetapi nampaknya rezeki belum memihak pada saya. 

Jadi berbalik cerita pada Ammar Husaini di Pasti Al hadi, balik dari sekolah minggu lepas katanya ada kawan buat dia, sepak dengan kaki tapi dia lawan balik katanya. Tanya adakah budak yang selalu kacau dia, katanya tak, budak selalu tu baik baik sahaja hari ini. Budak baru yang lain pula. Biasalah cerita budak-budak, kita dengar dan layan saja kerenah mereka. Sebab jika apa yang guru mereka bagitahu Ammar ni di sekolah senyap sahaja, tak bercakap pun.

Dulu masa abang ada, selalu lah juga nampak dia bergurau dengan abang. Sekarang abang dah tiada, dia termenung saja, cikgu-cikgu yang dah faham biarkan saja dulu dia  melayan perasaan.


Sekian dulu cerita si Ammar di Pasti Al Hadi.


Saturday 14 January 2017

Tupperware Kedap Udara (One Touch Spring Floral)

Assalamualaikum w.b.t,

Saya nak buat clearance sales untuk produk Tupperware yang kedap udara. Harganya sangat murah sahaja berbanding harga pasaran. Lebih 40% JIMAT.



Boleh segera hubungi saya 010-9336935

Friday 13 January 2017

Ubi Kayu Rebus Noxxa

Assalamualaikum w.b.t,

Makanan yang paling jarang ditemui zaman sekarang. Tetapi ia sangat popular pada zaman dulu. Makanan yang paling lazat mungkin pada zaman dahulu disebabkan tiada makanan yang lain seperti zaman sekarang.

Saya pula kebetulan ke pasar Tani dan ternampak ada orang jual ubi kayu dan kami punya group wasap pula tengah hot bercerita mengenai bingka ubi kayu Noxxa. Jadi semangat nak membeli dan mencuba untuk masak itu sangat tinggi. Beli sajalah dan makcik yang jual tu siapkan dah potong bersih untuk mudahkan saya balik, kupas dan terus masak.

Jadi dipendekkan cerita sebelum buat bingka, kita rebus dulu 1 ubi sebab terliur dan teringin nak makan cicah gula. Sangat sedap dan menyelerakan sekali jarang-jarang bertemu.

Yang paling seronok rebus dalam 3-4 minit sahaja dengan periuk noxxa, jimat masa sangatlah. Ubi pun masak elok saja.

Ini dia ubi rebus cicah gula-sedap sangat
Ini dia periuk noxxa yang duk cerita dan glamor sekarang. Jika mau segera bagitau saja, ada ready stock tau. Jika nak buat belian secara kutu juga ada. Jadi jangan segan-segan nak hubungi saya 010-9336935

Harga Asal RM788, order dengan kita untuk lebih nilai murah dan berbaloi
Sekian dulu ya.



Wednesday 11 January 2017

Resepi Kuih Bahulu Canggih Air Fryer

Assalamualaikum w.b.t,

Biasalah barang baru mestilah mahu guna sehabisnya lah kan, kata produk canggih seharusnya lah kita gunapakai sehingga boleh. Tahu saja boleh guna untuk bakar bahulu, saya terus cari resepi mudah dan paling ringkas semata-mata nak mencuba, tetapi memang ternyata hasilnya sangat memuaskan.

Resepi Bahulu Mudah:
Bahan-bahan:
Telur 3 biji saiz A
Gandum 2 cawan
Gula setengah cawan
Esen Vanilla 1 sudu kecil

Cara-cara:
1-Pukul telur dan gula sehingga kembang, saya guna mixer saja dan yang tukang buat adalah anak sulung saya, dia memang suka. Letak terus esen vanila. Jika nak letak esen pisang pun ok juga.
2-setelah kembang, adunan menjadi putih dan pekat, saya masukkan gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan jika diangkat dengan senduk dan dijatuhkan, elok jatuh adunannya.
3-Panaskan acuan dan sapu minyak pada acuan (saya tertinggal langkah ini), dan masukkan adunan ke dalam acuan.
4-Bakar selama 5 minit pada suhu 200 darjah Celcius. Cucuk adunan dengan lidi untuk periksa benar-benar masak ke tidak. jika tiada yang melekat pada lidi, maknanya dah masak.

Bahulu yang dibakar naik tinggi gebu

Tapi melekat sebab tak sapu minyak dulu pada acuan

Tengoklah hasilnya sangat gebu dan lembut

Ini kali kedua bakar memang melekat habis
Jangan lupa ya, saya ada jual Air Fryer Philips yang saiz XL. Ada belian secara tunai dan juga kutu. Jika berminat boleh hubungi saya 010-9336935.

  • AirFryer’s patented Rapid Air Technology uses a unique combination of fast circulating hot air and a grill element to fry food without additional oil
  • Less fat, less smell, easy to clean
  • More power - 2100 W
  • Rapid Air technology
  • 1.2kg cooking capacity
  • Digital touch screen
  • Up to 80% less fat!*


Sekian dulu ya.

Monday 9 January 2017

Bekal Sekolah Anak

Assalamualaikum w.b.t,

Dah beberapa hari sesi persekolahan bermula dan alhamdulillah saya sempat bekalkan anak saya Makanan yang dimasak sendiri di rumah. Dan gembira juga kerana anak saya makan makanan yang dibekalkan. Duit belanja RM3 yang suami saya beri langsung tak digunakan.

Dua hari saya bekalkan dia makanan, hari pertama sup ayam yang ada 2 ketul ayam di dalamnya bahagian kepak kesukaannya dengan nasi putih dan telur dadar. Tapi nasi dengan kuah sup beserta telur dadar saja yang dimakannya. Ayam 2 ketul langsung tak dijamah, balik dari sekolah suami saya yang ratah dan makan ayamnya.


Bekal Sup ayam dan telur dadar dengan nasi putih
Hari kedua saya bekalkan sayur lemak dan ayam goreng 2 ketul kegemarannya dengan nasi putih. Juga nasi putih dan kuah sayur lemak saja yang dimakan. Langsung ayam 2 ketul yang agak besar saya goreng tidak dijamah, saya yang ratah selepas dia balik dari sekolah. Sayur juga tidak dimakan, ini sudah dapat diagak walaupun jika di rumah dia akan makan lobak merah yang ada dalam kuah sayur lemak tersebut.


Balik Rumah, ayam 2 ketul tidak disentuh


Bekal Nasi Putih, Sayur Lemak dan Ayam Goreng

 Hari ketiga saya bekalkan nasi putih, kuah sup ayam dan udang goreng 4 ketul. Saya harap sangat kali ini kesemua makanan yang dibekalkan habis dimakan. Rupanya sama juga lauk udang goreng 4 ekor langsung tak disentuh, dia hanya makan nasi putih dan kuah sup seperti kebiasaannya.


Bekal Amirul dan mama sekali menyendeng

Balik dari sekolah langsung udang tak disentuh, suap baru makan


Hari Keempat, hari Jumaat dan hari akhir dalam minggu ini sesi persekolahannya, saya bekalkan mi maggie goreng sedap beserta ayam goreng bahagian kepak. Sebenarnya ini permintaan dia sendiri, jika ikutkan saya nak bekalkan nasi dan telur dadar sahaja. Yang paling seronok bila mi yang dibekalkan habis dimakan dan kepak ayam nampaknya dijamah sedikit sahaja. Rupanya bila disoal siasat katanya dia berkongsi makan dengan Azfar rakan semasa Pasti tahun lepas, Tahun ini sama sekolah tetapi berlainan kelas, boleh pula berkawan masa kat kantin sekolah.

Sekian dulu bekal sekolah anak untuk 4 hari pertama persekolahan.
In shaa Allah semoga Allah sentiasa berikan momentun kerajinan yang sama untuk bekalkan Amirul Hakim dengan makanan yang dimasak sendiri di rumah.

Friday 6 January 2017

Tukar Kad Bank

Assalamualaikum w.b.t,

Sana sini riuh dah jadi fenomena pula isu tukar kad bank kepada yang baru katanya yang ada ciri keselamatan dan boleh gunapakai untuk debit yang mana boleh guna kad untuk beli belah. Saya rileks sahaja sebab dah tukar awal-awal secara online saja untuk kad Maybank. Ingatkan dan selesai. Rupanya kad Bank Islaam pun perlu ditukar. Maka saya dengan langkah segera setelah tahu ke Bank Islam yang berdekatan dan tukar di sana. Masa yang diambil tak lama dalam 20 minit saja, agak cepat walaupun ada beberapa orang yang ada mempunyai tujuan yang sama untuk menukar kad bank yang baru.

Selamat datang kad bank yang baru berwarna hitam 
Selamat tinggal Kad bank yang putih

Pinjam ga,mbar dari google
 Sebenarnya saya jarang menggunkan bank islam memandangkan gaji yang masuk bulan-bulan adalah menggunakan bank Maybank, tetapi sekali sekala saya memang tambah duit ke dalam bank islam terutama dengan niat dan tujuan untuk menyimpan konon-kononnya.

Sekian dulu entri ringkas dari saya
Ada masa saya tambah lagi entri mengenai tukar kad bank, Ada banyak cerita lainnya.

Thursday 5 January 2017

Mencari Semangat Yang Hilang

Assalamualaikum dan salam kasih sayang di tahun 2017,

Ya saya mulakan tahun baru dengan tiada atau kurangnya semangat, tidak pernah tahu ke mana menghilang semangat dan kerajinan yang berkobar-kobar sbelum ini. Apa yang perlu dibuat adalah ambil masa dan bertenang. Rehatkan minda dan layan saja mood yang tengah benar-benar tiada semangat.

Biasalah mungkin sesuatu yang baru akan hadir dalam hidup dan sesuatu perubahan yang besar sedang berlaku, maka siapalah kita untuk menolak kuasa dan takdir yang bakal berlaku.

Sepatutnya apa yang harus kita lakukan jika semangat menurun?
*Kaji semula apa punca
*Cari sebab yang utama dan sampingannya
*Rancang dan cari jalan keluar
*Jumpa rakan-rakan yang bermotivasi tinggi
*Jumpa kawan-kawan lama
*Baca balik apa tujuan dan objektif hidup kita
Mungkin cara di atas adalah sebahagian sahaja yang dapat bantu naikkan semangat kita iaitu saya sendiri.

Rujuk dan pandang balik apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2016, apa yang ditinggalkan dan apa yang perlu diperbaiki.
Jika memang tak dapat diselamatkan maka tinggalkan saja dan mulakan yang baru walaupun yang baru tak semudah yang lama.

Sekian dulu catatan di tahun baru, semoga semangat baru akan datang berkobar-kobar ke dalam diri.
Kadang-kala kita perlu bagi masa pada diri sendiri untuk menyendiri mencari diri.


Wednesday 4 January 2017

Mahal Sebuah Harga Syukur

Assalamualaikum w.b.t,

Sebenarnya ini adalah entri tertangguh yang saya dah mulakan dari 17 Disember tapi barulah hari ini dapat di 'publish'kan. Saya nak kongsikan yang betapa mahalnya sebuah harga syukur. Syukur berkait rapat dengan redha. Susah untuk bersyukur jika tidak redha.

Ya, betul-betul mahal harga sebuah kesyukuran, bukan semua orang tahu dan reti bersyukur.
Syukur ada kaitan denga redha. Jika anda bersyukur maka anda akan redha dan anda lega kerana dapat menerima apa saja yang berlaku terhadap anda. Anda rasa gembira dengan banyak mana atau sedikit mana yang anda dapat dalam kehidupan anda.

Tetapi jika tiada erti redha dalam diri, maka perasaan untuk bersyukur atau berterima kasih itu hilang dan membuatkan diri anda sedniri yang tidak lega, macam ada sesuatu yang sedang anda tahan tanpa melepaskannya pergi.

Bagaimana nak bersikap redha?
Sentiasa rasa diri itu cukup dan melebihi dari segalanya
Percaya akan ada Kuasa Besar di atas sana yang berkuasa untuk memberi dan menarik balik setiap kurniaanya
Sentiasa bandingkan kita dengan mereka yang kekurangan

Itu antara cara untuk mendidik jiwa kita supaya ada sifat syukur.

Di sekeliling saya sekarang yang sedang berlaku, betapa ramai manusia yang tidak bersyukur. Di tempat kerja saya baru sahaja berlangsung Majlis Makan Malam dalam bulan November, ramai yang dapat hadiah. Ada yang besar-besar, ada yang biasa-biasa saja. Suka apabila saya sebagai orang tengah yang memberi mereka hadiah tersebut, mereka gembira dan redha. Tetapi ada ramai yang tidak bersyukur dan agak bising apabila hadiah yang mereka dapat tidak seberapa malah marah-marah pula menunjukkan sikap tak puas hati.

Semua orang  sedang diuji dan terpulang kepada diri kita sam ada nak redha saja atau nak belajar bersyukur atau terus dengan sikap kita yang tidak tahu bersyukur.

Salam 2017, semoga yang baik-baik sahaja untuk kita di tahun 2017 ini.
Sekian.



Monday 2 January 2017

Resepi Udang Stim Berempah

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah masih dihidupkan dan masih dapat berkongsi di blog yang dah suam-suam kuku , entri tak berapa nak ada, harapnya di tahun 2017 semakin rajin kemaskini blog  dan makin banyak perkongsian untuk pembaca sekalian.

Kali ini saya nak berkongsi resepi baru yang saya cuba masak sendiri.

Sedap rupanya udang yang stim atau kata lainnya rebus dengan bawang-bawangan. Saya termakan pada makanan yang dibeli dari rakan sepejabat yang suaminya masak. Sangat sedap dan masuk dengan tekak saya. Saya korek resepinya dari rakan tersebut tapi dapat luarnya sahaja  iaitu bawang besar dan bawang putih dikisar, sebab katanya dia pun intai dari jauh, suami masak cepat sangat tanpa sempat tengok dari awal hingga akhir.

Jadi saya rasa saya cuba buat sendiri kebetulan beli udang agak murah di Pasaraya HM, tempat kesukaan saya beli barangan dapur sekarang ini. RM5 saja dapat udang saiz sederhana dalam 20 ekor. Masa beli wajib kira tapi lupa sebab anak-anak pun ada pilih juga 2 ekor udang sekali masuk dalam plastik.
Udang yang dah siap perap dengan rempahnya

Masuk dalam kuali yang diletak sedikit air terlebih dulu

Tutup periuk/kuali dan masak sehingga udang masak

Inilah rupan udang berempah yang dah siap masak

Bahan-bahan;

Bawang besar

Bawang putih

Sedikit halia

Garam

Udang (bahan utama)


Cara-caranya:

Kupas kulit udang kasi habis, Kemudian basuh bersih-bersih.

Tumbuk bawang putih, halia dan bawang besar dengan garam

Gaulkan bahan tumbuk tadi dengan udang dan perap seketika

Sediakan kuali kecil yang ada air dan masukkan udang bersalut bawang tadi

Stimkan sekejap sehingga udang masak.

Sangat sedap dimakan ratah begitu saja atau makan dengan nasi @ pasta.


Sekian dulu resepi ringkas dari saya, entri ini saya dah taip siap-siap dulu dan kemudian baru di publishkan, maklum lah sekejap-sekejap curi masa untuk siapkan 1 entri. Nak siapkan sekaligus tiada idea dan tiada masa yang mencukupi.

Semoga semua gembira dan dapat mencuba resepi ini.