Alhamdulillah
Walau masih di bulan Syawal, sibuk beraya, Sudah ramai juga kawan-kawan dan orang-orang terdekat yang berkahwin dan menjemput untuk hadiri majlis perkahwinan mereka.
Antara majlis perkahwinan yang teruja untuk diceritakan di sini adalah kenduri kahwin jiran kami yang berbangsa India.
Dalam seminggu lepas, rasanya mendapat kad jemputan yang hampir setiap rumah berdekatan pun dapat jemputan ini. Special kad yang berupa cek. Tau lah keluarga yang berkahwin ni adalah tuan kedai runcit jalan 6B yang berhampiran dengan rumah kami. Malah hampir setiap hari juga lah singgah kedai dia sebab anak kecil nak beli macam-macam, gula-gula lah, jajan lah, ais krim lah.
Sesuai lah dengan kad kahwin yang berupa cek itu.
Majlis kahwin nya pula baru berlangsung malam semalam, Alhamdulillah makanan yang dihidangkan adalah dari catering Melayu, masakan pun masakan melayu seperti mana kita menghadiri majlis kahwin orang melayu. Iaitu dari Catering ARBE yang juga dari tempat yang berdekatan, Sg Tangkas, Kajang.
Lawan kepada pengantin adalah Doktor,cantik orangnya. Berkulit cerah dan kecil molek sahaja. Sesuai denganpasangan yang bakal bergelar jurutera.
Apa yang nak diceritakan di sini adalah kemeriahan majlis kahwin yang diserikan dengan kehadiran Badut yang memberi belon percuma kepada anak-anak kecil sebagai tarikan kepada mereka.
Selain menu utama nasi Beriani beras nya panjang, berlauk daging kambing masak kicap, ayam goreng tepung yang rangup dan garing serta lembut, Ada pula acar buah dengan papadum, memang menambahkan selera. Di samping itu ada juga khemah Air Batu Campu,ABC disediakan, tapi kami tak makan pun ABC.
Selepas bersalaman dengan mak pegantin, tokey kedua kedai Maniam tersebut, kami beransur pulang setelah dapat saguhati atau door gift dari tuan rumah.
Apa yang diperhatikan, kebanyakkan tetamu yang hadir adalah dari kalangan orang Melayu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment