Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday 2 October 2019

Kerja : Ikut Aliran Saja

Assalamualaikum w.b.t,

Bila bekerja dengan orang kita kena lah ikut apa suruhan orang kan. Bila kerja dengan majikan, wajib ikut apa suruhan majikan. Macam tulah adat bekerja dengan orang. Ikut sajalah, tiada apa yang menang bila kita melawan, umpama mentimun dan si durian kan.

Kalau rasa takleh ikut atau nak buat kerja sendiri, kena kerja sendiri takleh kerja dengan orang.
saya baru terjumpa seorang adik yang membaiki dan menampal kasut, kerjanya begitu dan dia buat kerja itu kerana dia tak boleh nak terima arahan bila dia bekerja dengan orang atau majikan.

Dia pernah cuba bekerja dengan orang tapi tak boleh tahan sebab katanya satu kerja yang diberi belum siap dah ada kerja lain yang majikan bagi suruh buat, jadi dia tak boleh tahan dengan keadaan begitu. Jadi keputusannya bekerja sendiri lebih baik.

Gambar di bawah adalah tugasan yang saya kena buat iaitu rakam video pemeriksaan saya sedang periksa produk. Lepas rakam, akan ada penilai yang menilai dan Video ini akan dihantar ke HQ di Jepun untuk dinilai di sana pula.

Ada kawan syarikat lain tanya, buat apa tu

Gambar di bawah pula adalah rutin saya kebiasaan setiap pagi pada permulaan hari di awal setiap minggu, akan buat sesi latihan untuk pekerja untuk mudahkan mereka faham akan kerja dan lakukan sama seperti yang di ajar. Ada penolong seperti ketua dan pembantu di sana untuk memantau dan memberi tunjuk ajar yang sama pada pekerja bawahan.




Jika masih ada kesalahan yang dilakukan , bukan kesalahan guru yang mengajar kan, macam di sekolah cikgu dah ajar benda yang betul, sekali bila pelajar melakukan kesalahan, bukan guru lagi yang dipersalahkan tetapi mungkin datang dari pelbagai sebab yang lain.

Sekian dulu celoteh saya.
Sekali sekala nak berkongsi juga mengenai kerjaya kita,barulah betul dari pena seorang wanita berkerjaya dan berbisnes, tak gitu?

Bagi anda yang nak beli produk jualan saya atau berminat untuk berusaha sama berniaga untuk dapat pendapatan, segera hubungi saya.

Terima kasih.