Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday 30 March 2015

Makanan Orang Diet sama dengan Makanan Orang Berpantang

Assalamualaikum w.b.t

Ramai juga yang dah tahu dan ramai juga yang belum tahu, tak kisah lah. Yang penting saya tahu apa yang saya sedang lakukan iaitu saya sedang dalam proses nak turunkan berat badan kerana berat saya sudah melebihi ideal tetapi belum dikira obesiti lagi. Tujuan nya tidak lain dan bukan hanya niat semata untuk kesihatan dan untuk mudah beramal ibadat, bila badan ringan kita mudah untuk bergerak aktif dan tidak terhalang oleh badan yang berat dengan lemak tersebut. Tujuan kedua saya nak kempiskan perut saya yang sentiasa nampak buncit seperti ada bayi di dalam. Keadaan ini sangat tidak selesa bagi sesiapa saja saya kira, terutama yang suka jaga kesihatan seperti saya.

Baiklah, berat saya dah melebihi 60kg rupanya selepas lama tak timbang, padahal saya duk bajet hanya 58 kg saja paling berat pun, rupanya dah melebihi apa yang disangka.
Berat ideal untuk orang yang berketinggian seperti saya adalah 44-48kg jika tak silap. Maknanya saya kena turunkan berbelas kilo juga lah kan. Tapi saya tak nak turun terlalu mendadak dengan diet gila, saya nak diet secara sihat.

Seperti yang saya ceritakan di entri sebelum ini, saya dah mendapat jadual pemakanan saya untuk sihat, iaitu 1100Kcal kalori pengambilan saja untuk sehari dan semalam. Jika saya ambil berlebihan, maka berat saya tidak akan turun dan jika ambil terlalu kurang, akan menjadi tidak cukup pula bagi proses biasa dalam badan, seperti proses perkumuhan, pecernaan dan lain-lain.

Seperti yang dah ramai tahu, memang Kevin Zahri ada menyatakan yang sebenarnya kita harus makan dalam segenggam nasi  saja setiap kali. Dalam 2 kali sehari. Biasa lah kita orang Malaysia yang tidak boleh lari dari makanan ruji iaitu nasi. Bagi saya pula, jadual saya kena ambil nasi setengah genggam saja satu hari dan berita baiknya semalam setelah saya minum minuman dari herbalife F1 Shake, saya kenyang sampai ke malam. Tidur tanpa makan nasi tetapi ada lah makanan yang saya makan pada malamnya yang hanya sedikit saja. Tumpang makan spaggeti seafood yang saya goreng untuk anak saya.


Spaggeti goreng seafood separuh habis dimakan oleh anak dan saya habiskan sikit saja


Sejak saya amalkan, cuba amalkan dan ikut jadual tersebut walau ada juga pada hari minggu, jadual tersebut tidak diikuti kerana terlalu banyak makanan yang ada. Sayang pula jika tak makan dan membazir begitu saja. Jadi sebab itulah dari Sabtu dan Ahad berat saya tak turun banyak. Tetapi bila Isnin kembali, jadual rutin bermula dan suka saya apabila berat dah pun turun kepada 1.8kg sejak berdiet sihat ini.

Tengok sajalah makan pagi saya kali ini, maknanya tengahari nanti saya hanya perlu minum sahaja, tak perlu makan nasi lagi.

Makan pagi saya nasi yang setengah genggam dan seekor ikan sardin bakar

Sekian dulu setakat ini cerita panjang lebar, makan pagi saya tersebut terasa seakan makanan orang dalam pantang.

Tetapi selain amalkan pemakanan ikut jadual diet, saya tak tinggalkan Green Tea dan Lactofiber dari Tupperware, Nature Care.

Jika anda ingin sihat, haruslah ikut panduan untuk sihat. Jika nak dapatkan Green Tea dan Lactofiber, boleh hubungi saya.
Pakej lengkap Green tea dan Lactofiber termasuk harga
Nak harga lebih murah? Hubungi saya. Bulan April akan masuk GST dan akan bertambah harganya ya. Jika nak beli sekarang, segera lah hubungi saya supaya saya boleh cepat-cepat dapatkan untuk anda.




Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Wednesday 25 March 2015

DIET SIHAT : Turun 900gm Lemak dalam Badan sehari saja



Assalamualaikum w.b.t,

Dengar tajuk pun rasa seronok bagi yang sedang berusaha untuk diet dan turunkan berat badan 
Ini betul dan ia benar-benar berlaku pada diri saya sendiri. Masih ingat entri yang saya ceritakan yang saya berkunjung ke kelab diet sihat kerana niat ingin timbang berat badan saja. Jika lupa, boleh klik sini.  Jadi semalam saya sudah timbang dan hari ini saya menemani kawan saya untuk timbang sebab beliau seakan berminat juga, sekali saya pun tumpang timbang juga, dan amat terkejut yang saya telah turun berat badan lebih kurang sekilo. Dan yang paling seronok adalah lemak yang turun rupanya iaitu sebanyak 900 gm.

Boleh tengok perkongsian gambar yang saya dapat dari hasil timbangan berat badan.
 
Hasil timbang hari ini

Hasil timbang semalam

Sebenarnya saya dah amalkan minum Green Tea suam sekali sehari pada petang hari balik dari kerja. Selepas saya tahu jadual pemakanan yang saya harus ambil iaitu paling utama setengah genggam nasi, jadi saya dah mulakan green te untuk diet sihat.

Setelah lama tak minum, sekali minum semula, pada esoknya saya membuang seperti biasa tetapi yang lain perkara berlaku adalah najis menjadi seperti serbuk. Saya tak cirit, tetapi itu hasilnya. Agak terkejut juga.

Hari kedua minum, esoknya najis jadi ringan, semua berkumpul di atas permukaan air dalam mangkuk tandas. Saya tahu memang tak elok melihat najis tetapi usaha untuk melihat untuk lihat perbezaan.

Inilah dia Green Tea yang saya minum, dari Tupperware Brands, rangkaian Nature Care produk juga.

Green Tea ada 20 uncang dalam sekotak

Jika nak dapatkan produk ini, boleh hubungi saya, nak dapat dengan harga extra discount juga boleh hubungi saya. Kita ada caranya.

Bagi yang minat untuk menjual dan mencari pendapatan sampingan boleh hubungi saya, yang penting minat untuk berniaga.

Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Tuesday 24 March 2015

Nutri Rich Oil Penawar Untuk Kulit Kena Minyak Panas

Assalamualaikum w.bt.t

Kita sebagai wanita atau surirumah memang tak lari dari kerja memasak di dapur, biasa bermain dengan minyak dan air panas. Jadi potensi untuk kena adalah sangat tinggi, tetapi kadang kala orang yang biasa masak tak mudah kena kecuali jika leka dan cuai semasa membuat kerja. Biasanya orang yang kena adalah orang yang jarang buat kerja memasak.

Kononnya nak cerita yang baru-baru ini suami saya sendiri kena minyak panas apabila sedang menggoreng bontot ayam. Padahal ayam itu dah masak dibeli di pasar malam, cuma bila nak makan nampak mcam tak garing dan lembik di bahagian dalamya, Jadi encik suami pun goreng balik, kesukaan en suami bila memasak @ menggoreng ayam, pasti akan dicucuk atau usik dengan pisau untuk pastikan isi dalam masak, sedap duk mencucuk bontot ayam, terpercik minyak panas ke tangan dan jarinya, hampir separuh tangan kena percikan tersebut.

Nasib baik saya segera ambil Nutri Rich Oil yang saya sudah beli dan guna, memang dah lama teringin nak beli. Terus sapu di tempat percikan, en suami rasa lega dan sejuk katanya tidak seperti mula-mula kena minyak panas tadi.

Saya juga ada juga terkena, kisahnya juga kerana menggoreng ayam dan ikut cara en suami, cucuk ayam dengan pisau di bahagian dalam, masa itu kaki ayam. Memang habis meletup dan terpercik minyak ke jari saya, 2 jari saja, sikit saja. Lalu saya sapukan Nutri Rich Oil dan sekejap saja tiada kesan merah dan tangan pun tak rasa panas. Langsung tiada kesan parut di jari saya yang telah sembuh sepenuhnya.

Tetapi en suami kesan terpercik tersebut masih ada kesan tetapi dah kering dan warna kulit bewarna coklat pudar, kena rajin sapu lagi dengan Nutri Rich Oil tetapi en suami tak serajin kita.

Itu saja kisah benar yang berlaku pada kami berdua, jadi memang sangat perlu setiap rumah kena ada Nutri Rich Oil sebagai 1st aid untuk anda dan keluarga di rumah.

Nutri Rich Oil, bau nya sangat wangi, kesan tidak berminyak pada kulit



Juga jangan lupa untuk dapatkan harga yang berbaloi, baik join ahli sebagai ahli tupperware, lagi best apabila kita membeli dan menggunakan produk dari rangkain Nature Care, kita akan dibayar lagi komisen sebanyak 5% bagi setiap pembelian minima retails RM300 setiap bulan.
Maknanya jika kita berbelanja sebanyak RM1000 pada bulan tersebut, kita hanya bayar RM750 saja kerana ahli Tupperware dapat diskaun sebanyak 25%. Dan komisen akan terus masuk ke akaun kita sebanyak RM37.50, banyak bukan? siapa nak bagi kita sebanyak itu?

Jangan terus buang masa, dapatkan Nutri Rich Oil dengan saya dengan harga diskaun ber baloi.
Fikir JIMAT, gunakan produk yang beri kita pulangan semula.




Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

Friday 20 March 2015

Trafik Jam di Plaza TOL : Itu Biasa Jika Musim Cuti Panjang

Assalamualaikum w.b.t

Memang biasa musim perayaan atau  musim orang bekerja cuti panjang jalan raya akan sesak dengan kereta, penuh dengan bas dan tersumbat dengan lori-lori.
Jika tak nak tempuhi semua ini baik duk diam-diam di rumah saja atau naik kapal terbang atau helikopter saja, silap-silap jalan atas juga jem, kebanyakkan tiket pun habis dijual, pantang ada cuti mesti laku laris.

Ini pula kisah perjalanan kami yang pulang ke bandar setelah lama bercuti di kampung, semasa perjalanan balik ke Kelantan, jalan sangat elok, lancar saja sebab kami bercuti awal dari orang lain, tetapi semasa perjalanan balik semula, Tuhan saja tahu betapa jem nya jalan, banyaknya kenderaan atas jalan. Nasib baik kami bergilir memandu dan bukan seorang saja. Kali ini saya larat dan bersemangat untuk memandu, sebenarnya dah lama saya tak minat untuk memandu semasa balik kampung atau datang semula ke bandar KL ni, biasa si suami yang terpaksa bawa seorang diri. Jika jalan lancar mungkin tiada masalah sangat, jika memakan masa sehingga berbelas jam di dalam kereta kerana kesesakkan, kasihan juga lah. Jadi persefahaman dan saling bantu-membantu itu sangat perlu.

Kebiasaan yang kami ambil masa dari kampung saya ke kampung suami, Kota Bharu ke Machang dalam setengah jam sahaja, jika jem pun dalam sejam dah sampai. Sekali masa malam Raya cina tu jalan nya penuh dengan kereta mereka yang pulang bercuti dan bawa keluarga membeli belah di bandar Kota Bharu terutama di Wakaf Che Yeh, ada uptown di sana, hampir 2 jam baru sampai ke rumah suami dan kami bermalam dahulu dengan ayah mertua dan anak-anakpun sempat bermanja seketika. Kebetulan selepas itu ada keluarga kakak ipar dengan anak-anaknya pun ikut pulang ke rumah, meriah lah mereka anak-anak ada kawan bermain.

Dalam tengahari, kami keluar dari rumah untuk beli sedikit barang-barang sebagai bekalan untuk pulang. Siap beli barang dan pergi jumpa tok ayah di Pasar Machang, kami pun pulang kemas kan barang dan mula bergerak .

Jalan pun dah mula sesak tetapi trafik masih lancar.
Masa awal bertolak jalan dah banyak kereta
 Dari satu tempat ke satu tempat memakan masa yang agak lama, berjalan pada waktu siang memang agak panas, kami berhenti rehat di Gua Musang dahulu untuk makan dan solat di Masjid Gua Musang. Manakala makan tengahari di kedai tepi Masjid saja sebab kawasan R&R penuh dengan latan manusia.

Apabila dan beransur malam, kami dah hampir sampai tetapi sangat terkejut kerana di Plaza Tol bentong pun dah banyak kereta. Masuk ke Tol Gombak masih jem kerana semua berpusu untuk balik ke bandar semula, dari Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Tak sanggup nak menempuh, banyaknya kereta

Penuh kereta atas jalan sebelum dan selepas tol
 Akibat terlalu lama di dalam kereta, anak-anak kebosanan terutama yang kecil kerana kereta bergerak perlahan. jadi nasib baik ada alternatif bagi saja mereka tengok movie dalam laptop.

Ada budak 2 orang buat apa dalam gelap tu?
Itu saja kisah kami balik bercuti pada raya cina tahun 2015, bila-bila musim perayaan mesti jam, nasib baik kami bertolak awal pada hari Sabtu, jadi ada masa pada hari Ahad untuk mengemas dan rehat-rehatkan badan untuk bekerja pula pada Isnin nya.

 Sekian dulu, sehingga berjumpa lagi.


Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah