Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday 28 October 2015

Bekas Kedap Udara

Assalamu alaikum w.b.t,

Antara bekas Tupperware pertama yang buatkan saya jatuh cinta dan terus bertahan menggunakannya serta menyebarkan kebaikan kepada ramai orang. Caranya saya kongsikan cara buka dan tutup bekas ini.
Sekali tekan saja sudah tertutup dengan Kedap. Dan buka juga sangat mudah.

Jika anda berminat nak dapatkannya, Meh hubungi saya
010-9336935

Thursday 22 October 2015

Bahaya Smart Phone

Assalamualaikum w.b.t,


Sekarang banyak kes sejak manusia terlalu leka dan asyik dengan smart phone saja, di mana-mana saja walaupun kadang kala sedang menguruskan sesuatu yang sedang penting, manusia masih tak lekang dengan smart phone. Contoh sedang uruskan mesin, memasak di rumah dengan periuk dan api yang panas, menandu kereta dan juga membawa motor.

 

Kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri apabila terlalu leka semasa memandu dan dalam masa yang sama fikiran dan mata tak lekang dari smart phone, akhirnya membawa padah apabila saya melanggar bonet kereta seorang pemandu cina yang berada di hadapan saya dekat dengan lampu isyarat. Sepatutnya memang lampu dah hijau dan kereta depan perlu jalan tetapi dia terlambat sedikit untuk bergerak, sedangkan saya terlebih dahulu menekan minyak dan perlanggaran berlaku.

 

Dan kisah terbaru adalah juga kes benar apabila kawan saya sendiri mengalami kemalangan. Kereta nya remuk di bahagian sisi kerana kecuaian pemandu lori yang sedang leka dengan smart phone semasa memandu. Nasib masih baik kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku, hanya perlanggaran kenderaan tetapi  walaupun nyawa selamat, duit ringgit melayang jua.

 

Seperti kes saya, lebih kurang RM500 melayang untuk membaiki bonet kereta dan cat semula bahagian yang tercalar.

 

Tetapi apa yang berlaku itu tidak menyedarkan diri saya, saya masih leka dengan tabiat lama yang tak boleh lekang dengan Smart phone semasa memandu. Kesedaran saya mula timbul setelah dengar dan tahu sendiri kisah kawan-kawan rapat yang mengalami nya. Jadi kena sematkan dalam kepala yang memandu sambal ber smart phone adalah sangat tidak selamat.

 

Tipsnya untuk mengelak dari terlalu leka dengan smart phone adalah:

1-      Biarkan orang lain yang memandu

2-      Jika kita terpaksa sendiri memandu, letakkan smart phone ke dalam beg tangan atau jauh dari kita

3-      Biarkan penumpang yang pegang smart phone kita semasa kita memandu.

 

Sekian dahulu info ringkas dari saya, sehingga kita bertemu lagi di lain ruang dan masa. Izinkan saya terus menulis dan mempromosikan barangan jualan saya di blog kesukaan saya ini.

Wednesday 21 October 2015

Spageti Bolognaise Mudah Home made

Assalamualaikum w.b.t,

Dah lama tak makan spaggeti masakan air tangan sendiri sebab jika masak, hanya saya seorang saja di rumah ini yang makan. Anak-anak nampak saja kuah merah, automatik mereka set (kata) pedas. Si suami memang tak layan mana makanan barat, satu-satunya pasta yang dia makan adalah pasta goreng dari kedai makan The gratoz . Dan sesekali jika saya goring ala-ala kedai begitu dia akan makan. Memang selera kami jauh berbeza.

Baik berbalik kepada sapgeti bolognaise yang saya masak sedniri ini, rasanya kali ini saya tak nak kongsi resepi tetapi bagaimana tekak saya terasa nak makan spageti dan dating dengan sendiri kerajinan untuk memasak.


Ceritanya bila saya terasa dan rancang untuk terus singgah PKNS Bandar Baru Bangi dan membeli bahan-bahan yang saya rasa perlu untuk masak kuah bolognaise, memandangkan saya dah ada tomato puri di rumah yang sentiasa saya buat stok untuk masak nasi arab yangf juga kesukaan saya sebab senang dimasak dan kenyang serta sedap dimakan tetapi bukan kesukaan suami sebab katanya tiada kuah.

 Jadi balik dari kerja saya terus singgah an beli bahan-bahan dan malamnya juga saya masak. Saya ini jika di rumah memang akan masak bubur nasi makanan harian anak sulung saya, dia wajib makan bubur nasi kegemarannya. Jadi saya terpaksa memasak 3 menu untuk malam tersebut iaitu bubur nasi, mudah saja masak nasi biasa untuk suami, dan masa masih panas, saya blend atau kisar dengan turbo chopper keluaran Tupperware brands. Memang lain hasil bubur nya jika dimasak dan kisar dengan turbo chopper semasa masih panas, ia menjimatkan masa memasak dan buburnya lembut sangat.

Dan nasi sudah ada, saya masakkan sajalah lauk kegemaran suami iatu ayam goreng cili hijau tumis. Saya pula makan bertambah-tambah spageti bolognaise, memang puas hati masa dan makan sendiri.
Malam ini saya hiraukan diet lagipun
pasta mempunyai kalori yang rendah berbanding nasi tetapi ia sangat mengenyangkan.

Antara bahan-bahan yang dieli untuk masak spageti bolognaise


Masa untuk makan, mula-mula memang ambil sedikit saja, kemudian makan bertambah-tambah.

 
Sekian dulu.
 
Jika ada nak beli barangan jualan saya, boleh hubungi kita semula ya.


Sunday 18 October 2015

Berhenti Kerja

Assalamualaikum w.b.t,


Memang pilihan yang tepat jika dah bersedia dari segenap segi. Tetapi jika hanya semata-mata kerana sakit hati, Ia sangat tidak berbaloi untuk berhenti kerja secara melulu. Perlu dikaji dan buat keputusan sebaiknya.

Semalam lepas berborak dan mengadu cerita dan ketidak puasan hati dengan kakak yang boleh dijadikan tempat meluahkan perasaan, rasa gak lega dan mula berfikir kembali apa yang dinasihatkan banyak betul nya dari mengambil tindakan melulu.

Satu saja bila kita minta pendapat dari orang yang lebih makan garam atau lebih matang dari pegalaman hidup, mestinya pendapat mereka sangat berharga dan boleh diguna pakai.

Apa yang diberitahu adalah sama seperti mana pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah

Iaitu fikirkan, apa sebab nak berhenti?

Itu yang utama, sebabnya mesti kuat contohnya

1-      Nak bagi tumpuan pada keluarga dan anak-anak

2-       Nak menjaga ibu atau bapa yang semakin uzur

3-      Komitmen kepada  suami

4-      Sudah ada pendapatan yang kukuh dari sumber pendapatan yang lain

 

Jika alasan itu kuat, maka memang patut lah kita berhenti kerja dan bagi tumpuan kepada sebab utama kita berhenti tersebut.

 

Tetapi jika alasan kita semata-mata kerana sakit hati, ia perlu difikirkan semula. Apa yang dikongsikan kepada saya adalah belajar untuk terima dan redha bagi mengurangkan sakit hati dari kerja yang ditimbun atau dihumban jika tidak setimpal dengan apa yang kita perlu dapat.
 
Sekadar perkongsian ringkas, sehingga berjumpa di lain masa.

Friday 9 October 2015

Mudah: Ikut saja MLM

Assalamualaikum w.b.t,

Bagi anda yang nak mulakan perniagaan MLM atau dah pun bermula dengan mendaftar sebagai ahli dan menggunakan produk tetapi baru rasa nak mulakan perniagaan sebab perkongsian demi perkongsian yang diberikan mendapat sambutan dan anda terima order, jadi ini nasihat saya:


Konsepnya Mudah
Upline kena jaga dan follow up Downline
Downline kena follow step Upline yang berjaya



Sekian entri ringkas dari saya kali ini.
Peringatan untuk diri saya sendiri juga





Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah






Wednesday 7 October 2015

Bukan Selalu Nasib Itu Baik

Assalamualaikum w.b.t,

Kadang kala nasib tak menyebelahi kita
Nak balik rumah melalui jalan yang kebetulan lampu isyarat (Trafik light) nya rosak, jalan depan lagi ada kereta pula rosak menyebabkan lalulintas sesak,
Dah nak sampai rumah tetiba terserempak dengan kereta yang makan jalan kita pula, makin melambatkan dan perjalanan jadi tak lancar
Ini kisah benar yang berlaku pada saya masa bulan puasa yang lepas.

Datang isi minyak kat stesen minyak, tetiba kita sendiri yang kena isi dan menunggu sedangkan ada petugas yang berada berdekatan kereta kita yang selalunya ringan tulang untuk menolong tapi tidak hari ini. Yang lebih menyakitkan apabila petugas tersebut tolong isi kereta orang sebelah kita yang datang kemudian dari kita.

Dalam hati kecil berbisik, maklumlah orang tersebut isi banyak RM90, aku RM40 saja, orang itu kereta mewah, kita pula kereta tempatan saja. 
Dan ia melambatkan kita walau kita tak adalah nak cepat atau tergesa ke suatu tempat yang lain.

Sebenarnya kita boleh set hari atau nasib kita tidak seburuk yang di atas jika kita tahu caranya.
Yang paling utama, adalah jaga hubungan dengan pencipta kita.
Setkan yang baik dalam kepala fikiran kita dan yang akan terhasil juga sesuatu yang baik.


Sekadar selingan di masa saya lapang dan terfikir untuk berkongsi, ya kadang hidup ini jika dibiar sekadar hidup akan rasa bosan, tapi bila kita berfikir dan hubungkaitkan apa yang berlaku dalam kehidupan dengan pencipta dan alam sekeliling, kita akan lebih rasa senang dan tenang. 
Apa yang nak dikejar sangat dalam hidup yang singkat ini, kena betulkan persepsi diri. Kejar Akhirat yang lebih utama.  

Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah



Friday 2 October 2015

Ruang Kerja Idaman

Assalamualaikum w.b.t,
 

 

Ini anganan atau impian jika ada pejabat sendiri di rumah. Saat baru membeli laptop dengan duit hasil perniagaan kecil-kecilan semasa masih bekerja, kira buat sampingan sahaja, setelah beberapa bulan kumpul dan boleh beli satu, saya dah bina pejabat dan ruang kerja sendiri. Namun setelah beberapa lama, pejabat ke mana, ruang kerja ke mana dan laptop hasilnya dapat kepada anak-anak untuk tengok cerita kegemaran mereka sahaja. Masa mereka tidur barulah ia menjadi kepunyaan saya sepenuhnya.  Itu pun jika mood rajin dan banyak idea yang datang untuk buat kerja.

 

Jadi kini datang balik semangat nak ada ruang kerja dan pejabat sendiri, mana tahu impian dan cita-cita untuk bekerja dari rumah terlaksana dan sinilah nanti tempat saya habiskan masa semasa membuat kerja-kerja saya. Bila berimpian memang indah dan Nampak semuanya cantik dan tersusun.

 

Jika ada duit dan rezeki boleh saja terlaksana. Jadi kumpulkan dulu impian dan sikit-sikit cuba laksanakan. Bila ada impian kita mudah dan Nampak jalan untuk lakukan atau berusaha untuk dapatkannya.

 

Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935




Blog 3 : Bisnes

Facebook : Wan Rokiah

Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki

Fanpages produk DCL: Stokis DCL

Fanpages  Tupperware : Tupperware

 

Sila buat pembayaran ke

Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)

 

 

Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)

melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel

Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:

Nama Penuh,

Alamat Penghantaran,

No telefon,

Item Order dan kuantiti

 

 

Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

 

Jom beriklan di sini : SOHO Directory

Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan

Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki

Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi


Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:

Sms/whatsapp ke : 010-9336935

Facebook : Wan Rokiah