Seperti yang dijanjikan sebelum ini, semalam rasanya. Hari ini saya kongsikan keletah anak saya yang mana sangat suka memasak. Harapnya sikap atau kerajinan ini berterusan sehingga besar lah. Senang kerja mama dan bakal isteri nya nanti. Ecece..lama lagi nak bercerita tentang bakal isteri, anak saya baru 3 tahun 8 bulan.
Saksikan dahulu gambar-gambar anakku sayang.
Gambar-gambar di bawah adalah sesi dia nak goreng Nugget 2 ketul. Ini kerja makcu (adik bongsu saya) yang ajar dia masak.
Mirul nak menggoreng ni |
Senyum dulu sikit, nampak gigi yang tiada tu |
Hah..ni nampak sodek ni?? |
Muka cuak pulak..naper ni? |
Tengok ini taktik yang betul untuk menggoreng |
Ini pula gambar semasa anakku sayang sedang tolong mama panaskan kuah kacang untuk dimakan dengan nasi himpit. Bangun awal pagi tu...
Sambil mengacau, mama suruh dia ucap La ilaha illallah..suka dia..boleh la sebut dalam pelat dia.
Sekian sahaja entri kali ini. Semoga ini boleh dijadikan kenangan untuk kami sepanjang zaman kanak-kanak bernama Amirul Hakim yang juga anakku ini. Juga sebagai sesi pengajaran untuk dia membesar menjadi manusia yang berguna.
Diharapkan juga boleh dijadikan panduan untukkaum ibu di luar sana supaya jangan sekat minat anak. Biarkan sambil pantau dari dekat. Ajar apa sahaja yang baik selagi mampu.
As salam sahabat...
ReplyDeleteSaya sharekan entry ni kat blog saya untuk 28/8
http://kenapaberblog.blogspot.com/
Tqvm...
Wslm...ok dear friend....
Deletesila2..
ilmu yg bermanfaat..in shaa Allah..boleh dikongsikan...
terima kasih kerana sudi share di blog...nti sy view yer.
hoi tak bahaya ke tu, jangan jatuh dalam minyak panas dahler :P
ReplyDeletetak..sbb monitor dari jarak dekat....
ReplyDeleteagk2 dah tak terkawal...angkat bwk turun lah pulak..tutup api segala...