Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday 30 June 2013

Kerepek...Order untuk Raya

Assalamualaikum w.b.t,

Diharapkan anda semua ceria pada hari ini, dan jadikan hari ini hari yang bermakna untuk anda dan seluruh keluarga anda.


Kerepek Raya adalah projek saya untuk tahun ini, menjadi agen yang mana saya tidak perlu keluarkan duit modal sendiri, pendek kata tak perlu keluarkan sesen pun lah kerana semuanya adalah ditanggung oleh mentor @ sifu @ cikgu @ tauke saya.

Malah sampel kerepek juga ditaja sepenuhnya oleh beliau. Semoga Allah panjangkan umur beliau dan tambahkan rezeki yang melimpah ruah untuk membantu menambah nilai dan makna hidup untuk orang lain. Terima Kasih kawan ku Zaila Mohamad.

Antara gambar kerepek yang dijual seperti gambar di atas.

Setelah hampir seminggu lebih saya mengambil tempahan dan edarkan sampel kerepek pada rakan-rakan di tempat kerja, saya telah mendapat lebih daripada 30 orang pelanggan yang terdiri dari semua kaum, Melayu, India dan Cina. Kiranya makanan kerepek ini adalah untuk semua kaum lah.

Kalu nak kira kilo, Alhamdulillah dapat lah 60kg lebih lebih sehingga kini, belum tambah lagi yang baru-baru nak rasa sampel, ada beberapa orang lagi. Tarikh tutup order dah tak lama lagi sehingga jam 12 malam ini sahaja.



Terdapat lebih kurang 30 jenis kerepek semuanya yang ada di dalam senarai. Pasti ada yang menarik hati anda kan. Harga nya sangat murah berbanding harga pasaran kerana saya tidak ambil untung pun, hanya komisen yang dibayar kepada saya.Sungguh seronok sebenarnya berniaga ini.

Kepada anda yang berminat untuk berniaga tetapi tiada modal dan produk, boleh hubungi saya, 
Saya akan tunjuk ajar dan beri anda maklumat yang anda mahu.

Anda boleh hubungi saya melalui cara seperti di bawah.

Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog : www.wanrokiah.blogspot.com
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Kedaionlinecikroki






2 comments:

  1. Sy berminat utk cari duit extra...sy juga minat berniaga..
    Boleh bntu sy?

    ReplyDelete
  2. ye..sila terus ke mail saya
    wanrokiahwannor@gmail.com
    saya akan bantu setakat yang saya mampu..
    mudah-mudahan Allah permudahkan segala nya..

    ReplyDelete