Assalamualaikum w.b.t
Sempena Hari Rehat pada hari Ahad ni, saya nak kongsikan pengalaman saya sendiri sebagai orang yang baru mulakan langkah pertama memulakan bisnes @ perniagaan online melalui blog, fanpages dan facebook.
Kali pertama saya rasa teruja dan tertarik apabila ternampak tayangan percuma 'resit/cek/penyata' seorang kawan yang ditayang pada laman muka bukunya dan orang tersebut tak lain dan tak bukan adalah sifu atau cikgu saya sendiri, Sifu saya Tersayangggggg.
Ok saya nak teruskan entri kali ini dengan beberapa ilmu atau info bermakna mengenai langkah pertama untuk mulakan bisnes.
Yang penting sekali mesti ada asas yang kukuh dan keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perniaagaan itu sendiri.
Selain itu ilmu yang penting harus diketahui adalah mengenai produk, harga, pembekal, untung, modal, hutang, pesanan dan aliran tunai.
Jadi saya mengambil langkah pertama dengan mengadakan buku-buku kecil atau buku nota atau buku rujukan untuk pastikan segala data /maklumat adalah direkod dengan betul dan ada hitam putih bukan hanya keluar di mulut dan bermain di dalam kepala sahaja.
Contoh buku-buku kecil/nota/rujukan.
Kedua, segala perihal tentang produk seperti ramuan, kandungan (berapa gram, berapa biji), khasiat, harga jika produk tersebut adalah berupa makanan atau minuman. Kalau pakaian pula, harus tahu ukuran saiz setiap baju, seluar atau apa saja jenis pakaian yang dijual.
Dan seterusnya, yang paling penting bagi seorang peniaga adalah aliran tunai seperti modal, untung rugi, hutang.
Selain daripada itu, buku kecil untuk rekod atau catit setiap order atau pesanan daripada pelanggan harus ada untuk pastikan tidak tertinggal maklumat dan setiapnya perlu dicatit sejurus setiap order masuk. Data tersebut mesti jelas menunjukkan siapa nama pelanggan, item order, kuantiti, tarikh dikehendaki dan butiran lanjut seperti alamat dan no telefon, jumlah harga.
Ok setakat ini dulu perkongsian kali ini, semoga entri ini bermakna buat anda pembaca dan buat diri saya sendiri juga.
Ceria-ceriakan diri anda, tukarkan sebarang masalah menjadi peluang dalam hidup anda.
Tukarkan kata-kata negatif yang tengah bermain di kepala kepada kata-kata positif. Jom!
roky..ko jadi sifu kt aku plak la..bleh?
ReplyDeleteoppp lupe plk nk kenalkn diri..dayah la..haha
ReplyDeletehaha..ok mmg boleh..jom belajar cara n teknik yg betul dgn sifuuuuu yg betul dulu...
ReplyDeletesori aku lmbt baca komen ko dayah oit..jom sesama kita memajukan dunia perniaagaan
apa-apa nti inbox di facebook ok........