Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday 5 June 2013

Resepi Keropok Lekor a.k.a Kepok Gote Terbaik

Assalamualaikum w.b.t

Mari-mari siapa mahu buat keropok lekor yang sangat sedap sebab mengandungi lebih ikan berbanding tepung.

Fakta atau Auta?
Kenapakah keropok yang ada ikan yang banyak lagi sedap berbanding yang hanya ada tepung kanji yang banyak?
Jawapannya ini adalah kerana rasa keropok yang ada kanji atau tepung tersebut agak liat berbanding kepok yang ada ikan banyak. Yang ada ikan banyak lagi lembut dan lebih mengenyangkan.

Di sini saya ingin kongsikan dengan  pembaca resepi Kepok Gote atau keropok Lekor


kepok gote/kepok lekor hasil buatan sendiri...
Bahan-Bahan :
ikan tamban(pastikan ikan banyak)
garam kasar (kalau guna garam halus dikhuatiri terlebih masin)
kanji (kurangkan kanji, asal boleh dibentuk, kuantiti dah cukup)
sedikit air 
(semua bahan adalah mengikut kesukaan pembuatnya dan adalah secukupnya)

 Cara-Caranya:
 1) Asingkan atau perisi tulang ikan dengan isi ikan. 
2) Ambil isi ikan sahaja dan kisar isi ikan hingga hancur. 
3) Campurkan isi ikan tadi dengan tepung kanji dan garam.
4) Uli sebati dan bentukkan memanjang.
5)Kemudian jerang air hingga mendidih dan masukan  keropok tadi, rebus sehingga timbul.
6) Angkat dan toskan.


Kepok yang siap direbus

Kepok yang dipotong untuk nampakkan kelembutan kepok
Silakan mencuba ya semua pembaca, Resepi adalah sangat mudah dan hanya memakan masa tidak sampai satu jam jika dibuat dalam kuantiti yang sedikit, cukup lah sekadar untuk makan berdua dengan suami tersayang.

Sehingga kita berjumpa lagi, jika ada sebarang soalan anda boleh ajukan pada ruangan komen. 
Semoga ceria-ceria selalu dan jadikan hidup kita bermakna untuk diri sendiri dan orang lain.
 

No comments:

Post a Comment