Cari di sini

iklan

Wednesday, 14 August 2013

Sampul Duit Raya Upin Ipin

Alhamdulillah dan syukur kerana masih diberi kesempatan untuk saling berkongsi cerita di ruangan ini.

Assalamualaikum w.b.t,

Dengar atau baca saja sampul duit raya pasti semua nak kan terutama anak-anak kecil, dengar dan tengok lagi sampul nya ada gambar upin ipin pasti lagi berminat kanak-kanak nya. Sebab pendek kata cerita upin ipin digemari oleh siapa saja. Bukan saja anak-anak kecil @ kanak-kanak tetapi orang dewasa macam kita pun layan.

Sampul duit raya dan duit nya, sikit jer


Ok cerita baik punya, beli sampul ni di pasaraya Mydin sahaja, terkebetulan datang membeli barang kelengkapan raya dan barang keperluan rumah. Ini bukan saya yang jual ya, jika berminat nak beli pun ok tapi saya buat bisnes untuk tahun depan pula lah yer. Kira pembaca kena order awal-awal dengan saya sebagai pre-order.

Saya beli sampul raya ni 1pek besar RM12 ada10 pek kecil di dalam nya. Dan 1 pek kecil ada 10 sampul duit raya Upin Ipin. Jika anda beli satu dapat harga RM10 untuk 1 pek kecil dan 10 sampul raya. Maka jimat lagi beli secara borong.

Layan gambar dulu, kali ini pun ank sulung saya rajin menolong untuk memasukkan duit raya dalam sampul upin ipin. Tapi berapa keping sangat lah yang ditolong nya. Selebihnya dibuat main.

Rajin menolong mama


Ringkas saja entri kali ini. Hanya perkongsian biasa. Jika ada lain masa, saya akan berpanjang lebar lagi, mungkin lebih ke arah bisnes.

Sekian...........

Duit raya dah siap isi