Entri ini adalah untuk perkongsian semasa saya dan keluarga menjamu selera semasa bulan Ogos lagi, cuma baru berkesempatan untuk dikeluarkan.
Sebenarnya lebih kepada nak berkongsi gambar dan selebihnya untuk memperkenalkan tempat makan Yogurt kepada ramai. Walau tak dapat komisen hasil mempromosikan tempat ini, namun sekadar untuk ceritakan pengalaman sebagai kenang-kenangan kami sekeluarga yang pernah berkunjung ke sini, eloklah disematkan pada blog saya, dalam erti kata lain, menambah keluaran entri. Dan mencapai target, satu entri untuk satu hari.
Jom layan gambar yang kebanyakkan dindingnya dihiasiengan warna pink putih. Sama tema pula dengan tudung adik saya dan anak-anak lelaki saya yng berpakaian Angru Bird pink ini. Cuma saya yang agak lari, kehijauan pula kali ini.
Ada tilam untuk baringkan si kecil sambil minum susu. Bekalan susu memang selalu kena ada bila bawa si kecil ini berjalan-jalan. tilam juga bercadarkan warna pink.
Kawasan makan yang agak luas terkebetulan pada hari ini tidak ramai yang datang untuk makan yogurt dan aiskrim campur-campur.
Em sangat menyelerakan, berlatarbelakangkan krim yogurtdan buah strawberi.
Anda nak? Boleh lah datang dan berkunjung sendiri ke sini. Tidak jauh bagi mereka yang berada di kawasan Bandar Baru Bangi,Kajang, Sri Kembangan dan Putrajaya.
Kebiasaan yang berlaku, memang selalu anak-anak berdua ini akan berebut untuk didukung sekali pada masa yang sama. Si adik sibuk tengok Si abang yang tengah main dengan belon.
Setelah santai-santai dan penat bergambar, Ais krim yogurt juga sudah habis, maka eloklah kami beredar dan keluar dari kedai Snogurt ini yang berada di Serksyen 6, Bandar Baru bangi, berhampiran dengan Tasik Cempaka, PKNS Bangi.
Bagi anda yang ada kelapangan dan buntu tidak tahu ke mana ingin bawa anak-anak untuk mengembirakan mereka, boleh lah sekali sekala bawa mereka ke sini.
Sekian.
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang
berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook : Wan Rokiah
No comments:
Post a Comment