Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday, 19 June 2013

Testimoni Belajar Asas Blog dan Fan Page


Saya hanya lah seorang pekerja biasa di sebuah syarikat jepun, ini lah tempat kerja pertama sehingga kini setelah habis belajar kursus kejuruteraan di universiti dulu, Siapa saya dulu tidak penting, yang penting sekarang siapa saya pada masa kini.

Di syarikat ini sendiri saya telah bertukar jawatan dari seorang yang menjaga proses dan antara barisan hadapan pembuatan kepada seorang yang beralih bidang lebih kepada pengajaran dan melatih pekerja-pekerja baru serta memasukkan data-data ke dalam perisian komputer. Peluang yang saya dapat ini tidak di sia-siakan kerana saya memang minat mengajar dan bercita-cita ingin menjadi guru sejak dari dulu. Tapi apakan daya untuk jadi guru yang sebenar dalam bidang perguruan saya tidak dapat.Bukan rezeki saya di situ.

Jadi kerja saya sekarang lebih kepada berada di depan PC dan pekerja baru, sangat jarang berhadapan dengan pekerja-pekerja lama dan proses pembuatan. Jadi makin banyak masa untuk saya menggunakan kelebihan ini untuk membuka atau mencari maklumat di laman sosial atau di carian google.

Kalau dulu saya suka layari laman sesawang muka buku (Facebook) atau baca blog-blog orang terutama blog yang ada resepi, salin resepi orang dan cuba sendiri. Tidak terfikir langsung nak ada blog sendiri dan kena menulis untuk menjadi bahan bacaan yang berguna untuk orang lain.Blog yang saya suka tentang resepi terutama yang ada gambar langkah demi langkah sebab senang nak ikut dan buat rujukan.

Sumber :Google


Untuk laman muka buku, saya suka baca-baca kisah atau kata-kata yang dikongsi atau di muat naik, kadang-kadang sahaja saya ambil maklumat –maklumat yang berkenan untuk dimasukkan dalam slaid (bahan belajar) sebagai bahan latihan dan digunakan semasa sesi rehat selepas mengajar pekerja baru sesuatu topik yang teras/berat.

Sekarang walaupun masih suka lakukan perkara yang sama seperti di atas tetapi maklamat saya sudah berlainan, corak fikiran yang ada pada saya sekarang adalah mencari jalan bagaimana untuk jadikan semua itu menjadi hasil yang bermakna dan bernilai dalam hidup saya dan diri orang lain.Maksudnya di sini, tingkatkan potensi diri untuk tingkatkan nilai hidup diri sendiri dan orang lain.



Selepas saya ceburi atau belajar di kelas asas blog dan fan page secara atas talian online, saya makin banyak menggunakan masa yang yang ada untuk sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan hasil atau pulangan berbentuk keuntungan kepada saya. Pulangan tersebut adalah selain saya dapat ilmu-ilmu yang baru yang semuanya adalah percuma, saya lebih belajar cara untuk buat perniagaan dengan rakan-rakan yang ada. Selain itu saya dapat juga kawan-kawan baru yang sama-sama minat dalam bidang ini.

Setelah mendapat suntikan dan belajar kelas asas blog dan fan page ini, saya jadi lebih bersemangat dan rutin hidup saya mulai berubah. Saya sering bangun awal pagi di mana sebelum subuh, lebih kurang 5.30 pagi. Semangat berniaga telah mendorong saya untuk lebih berusaha pada awal pagi.

Kelebihan kelas asas blog dan fan page ini juga saya sentiasa dibimbing oleh cikgu-cikgu yang sememangnya sangat mahir dalam bidang blog dan telah menulis buku mengenai bidang ini dan bukunya telah pun berada di pasaran. Selain ebook yang ada di alam sesawang ni. 

Cikgu-cikgu yang sendiri berpengalaman dan blog nya telah mendapat pulangan hasil yang agak lumayan hanya dengan menulis blog sahaja. Selain dari itu, sumber keuntungan mulai masuk untuk jualan produk-produk yang telah di iklankan di blog mereka.

Saya kira memang tak rugi belajar kelas asas blog dan fan page ini kerana cikgunya boleh dihubungi pada bila-bila masa shaja, sebarang soalan boleh di tanya dan dijawab dengan puas hati. Bukan itu sahaja, cikgu-cikgu ini selalu memberi semangat dan memantau dari jauh segala yang pelajar nya lakukan. 

Akhir sekali, jadikan hidup kita lebih bermakna dengan ilmu yang kita pelajari, aplikasikan ia dalam setiap detik kehidupan kita. Niat mestilah nak tingkatkan nilai hidup sendiri dan orang lain.



Jika anda berminat untuk belajar kelas yang sama seperti saya belajar, boleh lah jenguk ke sini.
 Atau boleh juga ke sini.

Anda akan dibimbing oleh Cikgu Masayu Ahmad dan Cikgu Zaila Mohamad.

Ok selamat belajar dan ubah lah diri anda menjadi orang yang berguna untuk diri sendiri dan orang lain.  

Sekian.

4 comments:

  1. Tahniah. Entry yang sangat menarik...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih...
    ada hadiah x? hehe..
    kena mintak hadiah ngn cikgu Zaila Mohamad n Kak Masayu Ahmad ni

    ReplyDelete
  3. Ini hadiahnya ye, Che Wan,, he he http://kenapaberblog.blogspot.com/2013/08/apa-faedahnya-buat-blog-ni.html

    ReplyDelete