Cari di sini

iklan

Friday, 16 August 2013

Raya 2013

Allah, Allah, Allah...........

Tidak tahu kenapa raya tahun ini adalah amat teruk dalam sejarah setelah berkeluarga ni, bukan apa, tahun ni paling sedikit ziarah keluarga dan saudara, rumah makcik saudara sebelah rumah pun tak naik jenguk dan bersalaman.

Hanya beraya pertama di rumah jiran terdekat di sebelah suami. Pagi raya naik turun, naik turun itu pun kurang dari sepuluh buah rumah.

Pagi raya kedua dah balik rumah sendiri, anak kecil asyik tidur-tidur, tak kan nak pergi beraya tanpa bawa dia pula kan, Jadi semua sekali tak pergi beraya. Saudara-saudara terdekat pula dah datang beraya semasa kami di rumah sebelah suami, Makanya tak dapat lah berjumpa dan bersua muka.

Raya ketiga, plan asal nak berkunjung ke rumah kawan-kawan terdekat pun tak jadi. Hanya ikut mak pergi kenduri kahwin saudara terdekat saja yang rumah dia pun dekat juga. Hanya sebuah rumah, sempat lah bertemu muka ramai saudara di sana.

Diharapkan raya tahun depan atau raya haji nanti dapatlah bertemu. Sebab plan nya memang nak balik beraya lagi nanti. In shaa Allah.....dengan izin nya jua.