kadang mendung, redup dan lagi parah hujan...
tapi Hujan adalah rahmat...
Sekadar perkongsian kali ini, teringatkan lagu Nasyid dari kumpulan Hijjaz.
Lirik Nasyid Lukisan Alam – Hijjaz
Hidup tidak selalunya indahLangit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan
Cabaran memang tak boleh lari dari sesiapa pun, apa jua pun yang kita lakukan.
Cabaran sebagai peniaga lagi getir, sebulan pertama Alhamdulillah segalanya baik dan nampak berjalan seperti yang diatur dan dirancang. Masuk awal bulan kedua masih Ok, bila dah dekat masuk bulan ketiga, semakin banyak cabaran yang perlu dilalui.
Bermula dengan cabaran pertama yang memang menguji tahap kesabaran yang tinggi,
apabila saat akhir, pelanggan yang memang pesan barang telah batalkan pesanannya padahal semuanya kita telah siapkan, cuma tunggu barang dan masa nya tiba sahaja untuk diagihkan.
Allah masih menyayangi, nasib baik ordernya tak banyak, hanya sedikit sahaja.
Cabaran kedua apabila barangan yang dipesan tidak kunjung tiba seperti masa yang dijanjikan, Menanti dan terus menanti, terpaksa sentiasa bertanya untuk tahu keadaan sebenar (follow up). Nak mengharapkan orang atau pembekal tersebut info, memang tak lah. Kita perlu tahu perkara sebenar kerana kita sudah berjanji denggan pelanggan kita, perlu info kepada mereka supaya tidak terus menunggu tanpa berita. Akhirnya penantian tiba.
Yang ketiga dan paling terbaru adalah paling pedih untuk dikenang tetapi perlu dicoretkan di sini sebagai pengajaran untuk saya dan rakan seperniaagaan yang lain. Apabila kita ditikam dari belakang oleh kawan sendiri yang sama-sama menjual produk yang sama. Cerita lanjut tidak perlu dihurai di sini. Tetapi bila sekali terkena, ia mengajar kita untuk lebih berhati-hati dan perlu beringat supaya tidak terkena untuk kali kedua. Yang paling penting ia menjadikan kita lebih mengenal siapa musuh di dalam selimut.
Pesan saya di sini, biar siapa pun dia, ingatlah..apa yang dia buat itu salah dan sangat tidak betul, kita tidak perlu guna cara kotor untuk berniaga. Bersaing lah secara sihat. Tolong menolong itu lebih utama. Lebih rasa seronok disitu bila kita bekerjasama dan saling membantu, kita dapat tambah nilai hidup orang lain dan jadikan ia lebih bermakna untuk diri sendiri dan orang lain.
Pesan guru saya, abaikan orang sebegini kerana dia adalah makhluk perosak dalam perniagaan. Kena abaikan dia dan jangan berurusan lagi dengan dia. Tak perlu gaduh-gaduh, diam itu lebih baik. Doakan dari jauh moga dia sedar diri dan mohon maaf.
Semoga Allah sentiasa merahmati dan menunjukkan jalan kebenaran kepada kita semua.
Amin
Bersabar dan Solat lah..
Ada penyelesaian di situ..
No comments:
Post a Comment