Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday, 29 August 2013

Iklan Vs Pembekal Terbaik

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit perkongsian untuk pagi ini.

 Iklan yang paling baik lawan dengan pembekal yang paling cepat menjawab pertanyaan pembeli atau bakal pembeli adalah merupakan pilihan kepada ramai pembeli atau pelanggan.

Hari ini juga saya telah banyak hubungi pembekal yang membuat iklan di laman-laman sosial kerana mencari satu produk yang paling murah dan berbaloi dengan perkhidmatan yang diberikan. Kita tidak perlu keluar duit pun untuk bertanya. Maka disini, siapa yang paling awal membalas dengan harga paling murah akan dibeli.

Seperti saya sendiri, bila berminat dengan sesuatu produk dan rasa sangat perlu akan produk tersebut bila mana dah tahu khasiat dan kebaikan untuk diri dan orang sekeliling. Saya akan cuba untuk mendapatkannya dari pembekal yang menawarkan harga paling MURAH, CEPAT dan MESRA pelanggan.

Jadi dari sini, saya belajar cara dan kehendak pelanggan di luar sana. Jika saya adalah pembekal, maka saya perlu cepat respon atau bertindak balas dengan setiap pertanyaan yang bakal pembeli ajukan. Memang setiap penanya tidak semestinya akan terus menjadi pembeli atau pelanggan akan produk kita, tetapi dari sini, mana tahu kita akan menjadikan ia sebagai satu landasan untuk mereka mencari dan balik semula kepada kita untuk membeli sebarang produk dari kita.

Itu saja tips yang rasanya nak dikongsikan. Iklan yang baik dan menarik lawan Pembekal yang mesra dan cepat respon.


Sekian.

No comments:

Post a Comment