Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday, 10 August 2013

Perjalanan Balik Kampung

Assalamulaikum w.b.t,

Seronoknya bila dah boleh balik kampung dan mulakan perjalanan dengan selamat.
Kami mula bergerak dalam jam 10 malam kerana saat akhir baru packing segala barang untuk bawa balik kampung. Sebelum ni macam tak berapa nak ada semangat untuk packing dan bersiap lebih awal. Lepas berbuka sehingga jam 10 malam baru segala barang masuk bonet kereta walau pada awalnya agak tak muat bonet. Terpaksa diubahsuai dan buka semula pack untuk muatkan segala barang.

Jalan raya dan perjalanan agak lancar walau jumlah kereta di atas jalan raya semakin bertambah. Kami sampai di hentian gua musang dalam jam 2.30 pagi. Rehat di sini dulu sebelum mulakan perjalanan semula. Cik Abe beli sebungkus nasi goreng dan sebungkus mi goreng untuk alas perut dan tak sangka menjadi juadah sahur kami pada pagi ini sebab selepas makan, sambung tidur sebentar sehingga lah jam 6 pagi baru sedar semula.



Selepas solat subuh di stesen minyak shell, yang pada mulanya niat untuk solat di hentian rehat R&R Gua Musang terbantut kerana air tiada disana. Di stesen shell pula terpaksa beratur panjang untuk guna tandas  awam sebleum solat subuh. Kami mulakan semula perjalanan pulang selepas semua selesai.

Hari pun dah mula siang, nasib baik anak-anak masih nyenyak dibuai mimpi. Suasana diluar pun banyak kabus, lagi menyejukkan dan menyamankan untuk sesiapa sahaja sambung tidur.

Si adik nyenyak sangat

Sian si abang keletihan
yeay..dah masuk kuala krai

lambatnya nak sampai kampung

senyum dulu sikit



Kira-kira jam 8.30pagi, kami selamat sampai di Machang, rumah tok Ayah. Singgah sebentar untuk letak barang-barang keperluan raya, mandi untuk segarkan badan, bagi makan pada si adik sebab si abang memang langsung tak nak makan. Agak susah untuk pujuk. Siap-siapkan susu masing -masing dan mula gerak semula untuk balik ke rumah nenek jam 10.30 pagi.

Perjalanan di hari siang dah mula sesak kerana bercampur dengan mereka yang keluar untuk bekerja dan menyelesaikan urusan masing-masing. Kereta bersusun di atas jalan tak kira yang memang orang kampung dan ramai juga perantau yang sudah balik.

Layan gambar aksi-aksi dua beradik ini sepanjang jalan ke rumah nenek. Masing-masing dah segar bugar, maka asyik bergurau senda.









Hampir jam 12 tengahari baru sampai ke rumah nenek, jalan memang sesak teruk. Kena bersabar sepanjang jalan dengan panas terik nya, penyaman udara di dalam kereta tidak berapa berfungsi, maklum lah kereta dah lama, kesian anak-anak kepanasan. terpksa lah guna manual kipas untuk sejukkan. Tingkap tak usah kiralah tutup dengan tuala untuk elak cahaya matahari sebab sebelum raya tak sempat nak tambah tinted (penggelap cermin) kereta. Sibuk sangat buat bisnes dan hal lain-lain.

Itu saja coretan panjang lebar kali ini.Apa-apa pun bila dah sampai tempat yang dituju, segala penat dan kesusahan sepanjang perjalanan hilang begitu sahaja. Malah ditukar dengan perasaan gembira apabila dapat melihat wajah ibu tercinta dan adik-beradik yang lain.

Sekian.....
salam keceriaan daripada saya dan keluarga.







No comments:

Post a Comment