Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday, 26 August 2013

Makanan Juadah Raya versi 2..Gambar

Mesti pembaca sekalian sudah baca atau tertengok blog saya yang bagi idea juadah untuk tetamu datang beraya kan. Entri kali ini saya muatkan gambar-gambar supaya dapat gambaran lebih jelas mengenai makanan yang diceritakan sebelum ini.






Antara juadah di pagi raya yang saya masa tatkala berada di rumah mertua. rasanya dua tahun berturut saya masak ni. Lain kali tukar rendang dengan nasi himpit pula. Atau menu lain yang lagi bagus.


Makaroni goreng dan seterusnya makaroni Bakar. serentak dapat dua menu yang berlainan rasa walau seakan-akan tetapi yang bakar lebih special dan istimewa kerana ada cheese (keju) dan telur yang dipukul.






Puding gula hangus sebagai pembasuh mulut atau dessert. Resepi yang sangat mudah dan sekejap sahaja masa untuk menyediakan nya.




Spaggetti goreng yang dihidangkan semasa saya berziarah raya ke rumah kawan satu tempat kerja. Memang permintaan saya sebab makan semasa kawan ni masak tahun lepas sangat best. Nama nya Spaggetti seafood. Ada udang, sotong dan kek ikan kalu tak silap. Sangat sedap.

Mi goreng yang paling simple dan mudah. Sediakan sekali keropok goreng dan hirisan timun.





Nasi himpit segera yang sedang direbus dan kuah kacang.

Sekian dulu, nanti saya ceritakan resepi dan keletah anak sulung lelaki saya yang amat suka memasak.

Nantikan yer...


No comments:

Post a Comment