Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 25 August 2013

Hikmah Puasa (Sahur dan Terawih)

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, hari ini saya terpanggil untuk menulis mengenai sesuatu pengetahuan mengenai puasa yang saya telah dapat dari bahan bacaan atau perkongsian dari rakan-rakan yang lain.

Rupanya ada terawih di bulan Ramadhan adalah Allah nak tunjuk hikmah solat secara berjemaah. Supaya hambaNya terbiasa buat solat sunat banyak-banyak seperti mana yang biasa kita buat semasa solat sunat terawih.


Manakala adanya sahur di bulan puasa adalah untuk melatih kita supaya bangun awal pagi, bukan sahaja untuk makan sahur tetapi bangun untuk buat amal ibadah pada Nya. Bangun solat sunat sebelum azan Subuh.



Jika kita sentiasa amalkan ini sepanjang bulan puasa dan teruskan selepas bulan puasa iaitu bulan Syawal, genap 40 hari maka akan jadi amalan tetap kita. Fizikal dan mental kita telah terbiasa dan menerima untuk sentiasa teruskan amalan tersebut.

Allah amat suka hambaNya bangun di kala orang lain nyenyak dibuai mimpi, bangun bertahajud pada Nya, bangun meminta doa pada Nya, bangun menangis penyesalan di atas dosa-dosa yang lampau dan memohon keampunan dari Nya.



 Itu sahaja sedikit perkongsian kali ini untuk pembaca di luar sana.

Semoga boleh memberi manfaat untuk anda dan diri saya sendiri.


No comments:

Post a Comment