Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday, 23 August 2013

Peringatan Mati

Semua orang pasti mati..perlu sangat kita buat persediaan ke arah itu.

Teringat saya akan kisah yang saya baca dalam minggu ini, kisah benar seorang kanak-kanak 11 tahun yang meninggal. perkongsian dari Ustaz yang memandikan jenazah nya.

Jom saya kongsikan di sini, semoga memberi manfaat pada semua. Moga kita dapat insafi diri dan perbanyakkan amal kita sebagai persediaan ke sana. Ini kisahnya...

Sayu hati...

Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.

Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11tahun. Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu.

Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah "pergi buat selamanya".

Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.

Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya....Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?

Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab...dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata. Hari ini...semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota...

"Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut...tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu...along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita semua... Sayang Ibu, ALONG"...

Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka...takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepadanya. Wallahualam.

Alfatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Maksu yg sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!

Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor


 Inilah kisah yang sedikit sebanyak memperingatkan kita akan kematian dan amal kita di dunia ini.
Formula nya amat mudah, Kita sebagai hamba, ikut sahaja suruhan Nya dan tinggalkan larangan Nya.

In shaa Allah..

Syurga yang abadi yang perlu kita kejar sebenarnya. Sekian.





No comments:

Post a Comment