Assalamualaikum w.b.t,
Sebenarnya resepi ini telah lama disimpan dan ianya pertama kali dibuat oleh saya. Cerita sebenarnya adalah kerana saya terpengaruh dengan sifu saya yang merangkap kawan saya, iaitu Zaila Mohamad yang bercerita tentang makanan ini di dalam laman muka buku dan blog beliau.
Dengan tidak sabar dan terfikir-fikir cara nak membuatnya dan adalah juga mencari-cari di laman google, petang hari yang sama itu juga saya berjaya hasilkan makanan ini.
Memang panggilan makanan ini untuk saya, keluarga dan seangkatan mereka yang tinggal di kawasan pantai adalah Lawa, tetapi bagi Cik Abe saya yang berasal dari kawasan bandar memanggil nya dengan nama Kerabu Ikan...apa yang penting makanan ini adalah sama dan serupa sahaja.
Resepi Lawa/Kerabu Ikan
Ikan segar (sardin 2 ekor)
Asam limau 2 biji
kacang botol dipotong
timun batang dihiris nipis
cili hijau (merah pun boleh)
daun kesum
serai dipotong halus
garam
gula
cara-cara:
1) Ikan segar diambil isi dan dipotong kecil
2)Perah asam limau pada ikan (ini untuk pastikan isi ikan masak), biarkan seketika
3) Hiris atau potong siap-siap semua sayur-sayuran atau ulaman yang nak dimasukkan.
4) Tumbuk isi ikan, garam, gula dan cili ijau sehingga agak lumat.
5) Angkat dan campurkan dengan segala ulaman termasuk serai.
6) Gaul sebati dan biar rata.
7) Boleh dihidangkan dan dimakan bersama dengan nasi panas-panas atau diratah begitu sahaja.
Anda akan rasa sedap, masin, masam dan manis serata. Cubalah, pasti tidak rugi.
Ikan dan ulaman untuk diproses |
Dah siap gaul sebati dalam bekas |
Dah siap dihidang dalam pinggan dan sedia untuk di makan |
No comments:
Post a Comment