Assalamualaikum w.b.t,
Rata-rata sekarang tengah sibuk menghadiri jemputan open house sempena bulan syawal.
Bagi tuan rumah pula kadang pening memikirkan nak masak apa. Biasanya yang memang tempah dari catering agak senang dan mudah.
Tetapi bagi mereka yang sendiri masak, mungkin agak pening.Terutama pada tuan rumah yang tidak membuat open house tetapi jemput makan secara kecil-kecilan, setiap malam selepas waktu kerja, ada tetamu nak datang beraya.
Maka menu ringkas dan segera menjadi pilihan. Zaman moden sekarang semakin canggih terlalu banyak pilihan makanan atau juadah raya yang segera. Hanya perlu panaskan dan masak dalam masa yang ringkas.
Atau pada hari minggu yang sibuk, tidak punya banyak masa untuk memasak kerana ada undangan rumah terbuka dari kawan-kawan dan saudara yang lain. Tetapi dalam masa yang sama ada tetamu ingin bertandang, maka mesti perlu dimasak serba sedikit juadah berat sebagai meraikan kehadiran mereka, sebagai tanda gembira beraya bersama.
Takkan pula nak jamu tetamu dengan kuih kering dan kerepek-kerepek kering yang menjadi makanan kunyah-kunyah sahaja. Sedikit sebanyak perlu masak.
Terus kepada antara menu sebagai idea untuk tuan rumah masak dan sediakan juadah dalam masa singkat.
1) Rendang Ayam @ Daging, guna perencah segera
2) Lemang Nona rebus
3) Ketupat palas Nona rebus
4) Pes kuah kacang
5) Nasi Himpit segera
6) Spaggetti
7) Makaroni
8) Mi goreng
9) Bihun goreng
Itu antara idea yang boleh saya kongsikan di sini. Mungkin ada idea lain yang pembaca boleh kongsikan di sini. Boleh komen di ruangan bawah.
No comments:
Post a Comment