Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 18 August 2013

Petua Minyak Zaitun

Assalamualaikum w.b.t,

Anda selalu atau pernah masak gulai lemak?
anda menyukai gulai lemak?
selalu makan di kedai-kedai @warung-warung ?
Atau suka masak sendiri?



Saya ada petua sedikit yang mana saya dapat dari seorang kakak yang menjual barangan dari Timur Tengah. Ceritanya semasa saya dah kehabisan minyak zaitun botol kecil, jadi saya mencari nya untuk membeli, terus botol besar. Semasa membeli tu lah kakak yang jual tu bercerita.

Dia cakap masa masak gulai lemak, lepas siap dan padam api, curahkan sedikit minyak zaitun di atas gulai. Ini untuk menjadikan lemak dari gulai lemak itu tidak akan menjadi kolestrol dalam badan kita.

Jika diikut dari segi sains kimia, kira juntaian atau ikatan lemak tepu daripada santan itu akan terurai, sebab itu tidak akan jadi berkolestrol. Betul ke wahai pakai kimia sekalian?

 

Boleh cuba lah lepas ni. Tak pasti pula jika masakan lain yang menggunakan santan boleh gunapakai petua ini atau tidak. Cuba lah dulu, kemudian komen di sini.

Ok itu saja entri kali ini.

Sekian.......

Sumber gambar: dari google

No comments:

Post a Comment