Assalamualaikum w.b.t,
Pasti sudah ramai yang balik bekerja semula seperti biasa, cuma mungkin jemputan ke rumah beraya belum habis dan belum surut, makanan dan juadah raya juga masih banyak.
Bagi yang baru mula bekerja hari ini setelah bercuti panjang, moga dapat siapkan semua kerja-kerja dengan segera supaya tidak makin menimbun.
Bagi surirumah pula mungkin lagi sibuk mengemas rumah dan memasak juadah jika tetamu ingin berkunjung ke rumah tak kira siang atau malam. Apa pun kisah nya hidup perlu diteruskan.
Berkisar tentang bajet lari ialah, semasa sebelum raya rasanya banyak duit yang ada dalam simpanan, dompet pun penuh saja. Tinggal lepas raya, duit makin menyusut, tinggal sedikit dan dompet makin nipis. Tunggu gaji lah untuk menjadi penuh semula. Bagi mereka yang tiada pendapatan tetap, mungkin akan keluarkan simpanan lama atau pinjam dengan keluarga terdekat.
Apa pun sepatutnya, di kaji semula kenapa bajet boleh lari, apa punca dan penyebabnya??
ini untuk pastikan tidak akan berlaku lagi di kemudian hari.
Seterusnya jika sudah tahu sebabnya, maka langkah penyelesainya boleh dilakukan, dirancang dengan teliti.
Bagi saya, bajet saya kali ini lari adalah kerana mood beli baju baru. Banyak baju baru yang dibeli bukan sahaja untuk pakai raya tapi untuk pakai harian. Agaknya musim beli baju baru padahal ni musim raya.
Penyudahnya, duit abis, bajet lariiiiiiiiiiii..........
Tapi Alhamdulillah bagi saya, masih ada simpanan untuk sisa-sisa hari sebelum gaji, tak perlu keluarkan simpanan lama, tak perlu meminjam.
Sekian..........
Sumber gambar: dari google
No comments:
Post a Comment