Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday, 2 August 2013

Ogos datang....


Sekejap saja masa berlalu...sekarang dah hari kedua kita di bulan Ogos.

 

Biasa lah awal bulan macam ni dan gaji pula baru masuk, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Mujur sekarang semua pakai online (atas talian) sahaja jadi jimat masa dan tenaga, minyak kereta untuk ke sana sini. Alhamdulillah semua bil dan hutang piutang semua sudah selesai. Hanya tinggal beberapa perkara saja lagi yang belum selesai.

Bila duit dah masuk, Sedap sungguh membeli belah al maklum lah sekarang tinggal beberapa hari lagi untuk umat Islam menyambut Hari Lebaran. Bagi saya, sekarang musim membeli juadah hari raya, untuk pakaian hari raya sudah tutup buku sebab dah membeli belah sebelum puasa lagi.




Sedang bergembira, sedar tak sedar..hampir setahun dah arwah 'wan' iaitu ayah kandung saya meninggalkan kami sekeluarga iaitu 30.08.2012.  Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Al fatihah.



Bermula puasa awal Julai lepas, kesihatan mak tidak baik, demam berhari-hari. Sekarang di akhir-akhir Ramadhan, kesihatan mak kembali tidak baik, demam semula. Mungkin mak terlalu rindukan arwah dan rasa sunyi maklumlah arwah dulu selalu suka mak masak macam-macam makanan. Mesti ada lauk yang dibawa balik dan bermanja suruh mak masak makanan kegemarannya.
Sekarang bila mak seorang, tiada siapa selain adik-adik yang suruh mak memasak makanan itu ini.



Ya Allah, aku mohon pada Mu berikan kesihatan pada ibuku, panjangkan usia nya, jadikan dia mukminah solehah.

Ogos datang dan pergi..kenangan silih berganti....

Sumber gambar: Google


No comments:

Post a Comment